Daerah Alor Gajah

Daerah Alor Gajah is located in Bumi
Daerah Alor Gajah
Daerah Alor Gajah (Bumi)
Koordinat: 2°23′00″N 102°12′38″E / 2.38331748737431°N 102.21065423330029°E / 2.38331748737431; 102.21065423330029Koordinat: 2°23′00″N 102°12′38″E / 2.38331748737431°N 102.21065423330029°E / 2.38331748737431; 102.21065423330029NegaraMalaysiaNegeriMelakaPusatAlor GajahPihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Alor Gajah
(utara)
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
(tenggara)Pentadbiran
 • Pegawai daerahSaiful Hazwa Kipli[2]Keluasan • Jumlah674 km2 (260 batu persegi)Penduduk
 (2019[4])[5]
 • Jumlah212,000[1]Zon waktuUTC+8 (WPM) • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak diamalkan)Poskod
76100 and 78xxx
Kod panggilan+6-06-5Nombor plat kenderaanM
Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah

Daerah Alor Gajah merupakan salah satu daerah di Melaka, Malaysia, 24 kilometer dari Bandaraya Melaka dan juga merupakan salah satu pintu masuk utama ke negeri Melaka melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Ibu daerah Alor Gajah berpusat di Bandar Alor Gajah. Keluasan daerah Alor Gajah adalah seluas 674 kilometer persegi yang merangkumi 31 buah mukim.[6]

Sejarah

Nama Alor Gajah berpunca daripada tabiat sekumpulan gajah liar yang kononnya diketuai oleh seekor gajah putih. Gajah berkenaan dilihat sangat gemar berjalan secara berkumpulan menurut alur sebatang sungai yang terdapat di bandar ini. Atas keadaan itu penduduk tempatan menamakan bandar ini sebagai Alor Gajah.

Alor Gajah pada mulanya didiami oleh orang Minangkabau pada kurun ke-12. Apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai penduduk Minangkabau di Tampin pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka maka wujudlah pemerintahan Melayu di Bandar Alor Gajah.

Semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu seorang pegawai British telah ditempatkan di Alor Gajah bagi mengutip hasil. Sesuai dengan peranan dan tanggungjawab tersebut, Pejabat Daerah telah ditubuhkan agar perlaksanaan tugas dapat dijalankan dengan sempurna. Alor Gajah juga terkenal dengan pahlawan Naning iaitu Dato' Dol Said yang menentang British di dalam Perang Naning pada tahun 1832 adalah dari sebuah kawasan hutan yang dipercayai menjadi laluan gajah-gajah liar.Selain itu, Alor Gajah juga pernah mempunyai landasan kereta api dari Pulau Sebang terus ke Bandaraya Melaka (melalui Alor Gajah) tetapi telah ditutup semasa pendudukan Jepun 1942. Stesen Kereta Api Pulau Sebang yang dibuka pada tahun 1905 masih lagi beroperasi pada masa kini yang lebih dikenali dengan nama stesen Kereta Api Tampin/Pulau Sebang.

Pentadbiran

Daerah Alor Gajah ditadbir dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Alor Gajah di utara dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya di tenggara. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Alor Gajah dan terbahagi kepada 31 mukim. Terdapat tiga buah bandar dan empat buah pekan di dalam daerah ini.[7]

Bil Mukim Luas (km2)
1. Lendu 27.17
2. Masjid Tanah 19.56
3. Ramuan China Kechil 13.29
4. Sungei Baru Tengah 21.81
5. Kuala Sungei Baru 11.09
6. Sungai Baru Ilir 39.14
7. Brisu 20.67
8. Tanjong Rimau 5.21
9. Padang Sebang 8.34
10. Belimbing 3.66
11. Parit Melana 6.32
12. Pegoh 18.29
13. Kelemak 17.93
14. Taboh Naning 31.84
15. Melekek 11.22
16. Rembia 16.61
17. Pulau Sebang 7.05
18. Tebong 34.14
19. Kemuning 25.52
20. Gadek 14.85
21. Machap 76.12
22. Malaka Pindah 24.32
23. Durian Tunggal 51.80
24. Sungei Petai 17.80
25. Sungai Baru Ulu 35.69
26. Beringin 3.84
27. Ayer Pa'Abas 29.61
28. Sungei Siput 19.53
29. Ramuan China Besar 19.38
30. Sungei Buloh 8.16
31. Kuala Linggi 24.44
Jumlah 674.4

Bandar dan pekan

Geografi

Daerah Alor Gajah terletak di barat laut negeri Melaka bersempadan dengan daerah Tampin dan Port Dickson, Negeri Sembilan di utara, Jasin di timur, Melaka Tengah di selatan dan Selat Melaka di barat. Daerah ini juga mempunyai sebuah eksklaf di persisiran Port Dickson iaitu Tanjung Tuan.

Iklim

Iklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[8] Purata suhu ialah 27.22 °C (81.0 °F). Bulan Mei merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 27.9 °C (82.2 °F). Bulan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 26.5 °C (79.7 °F).[8] Purata kerpasan di Alor Gajah adalah 2050.6 milimeter pertahun. Bulan November merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 229.9 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 89.3 milimeter.[8]

Data iklim untuk Alor Gajah (1990-2019)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata suhu harian, °C (°F) 26.7
(80.1)
27.3
(81.1)
27.6
(81.7)
27.7
(81.9)
27.9
(82.2)
27.6
(81.7)
27.3
(81.1)
27.2
(81.0)
27.1
(80.8)
27.0
(80.6)
26.7
(80.1)
26.5
(79.7)
27.2
(81.0)
Purata kerpasan, mm (inci) 105.7
(4.16)
89.3
(3.52)
161.4
(6.35)
196.6
(7.74)
180.3
(7.10)
165.4
(6.51)
168.3
(6.63)
180.6
(7.11)
186.4
(7.34)
220.9
(8.70)
229.9
(9.05)
165.8
(6.53)
2,050.6
(80.74)
Sumber: ClimateCharts[8]

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1980113,083—    
1991116,653+3.2%
2000132,317+13.4%
2010173,712+31.3%
2020249,356+43.5%
Pecahan etnik di Alor Gajah - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
79.8%
Cina
  
12%
India
  
7.9%
Lain-lain
  
0.3%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Alor Gajah ialah seramai 249,356 orang dengan kepadatan penduduk 370 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 79 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak tujuh peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[9]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 107:100. Terdapat 71,937 tempat kediaman dengan sebanyak 67,558 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 185 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 48 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 15 ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 184,476
Cina 27,861
India 18,231
Lain-lain 663
Bukan warganegara N/A 18,125

Agama

Agama di Alor Gajah - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
76.7%
Buddha
  
11.3%
Hinduisme
  
7.5%
Tidak diketahui
  
2.7%
Kristian
  
1.1%
Lain-lain
  
0.4%
Tidak beragama
  
0.3%

Majoriti penduduk di daerah Alor Gajah beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.[9]

Agama Jumlah
Islam 191,253
Buddha 28,284
Hindu 18,679
Kristian 2,712
Lain-lain 1,082
Tidak beragama 699
Tidak diketahui 6,647

Pengangkutan

Terminal Bas AG Sentral
Persimpangan Simpang Ampat di Lebuhraya PLUS menuju ke selatan

Daerah Alor Gajah boleh dihubungi dari Bandaraya Melaka melalui Lebuh AMJ , dari Tampin melalui Jalan Alor Gajah-Tampin dan dari Masjid Tanah melalui Jalan Alor Gajah-Masjid Tanah . Dari Lebuhraya Utara-Selatan E2 Tabliczka AH2.svg AH2 melalui susur keluar Simpang Ampat EXIT 227. Plaza Tol Simpang Ampat kira-kira 5 kilometer dari Bandar Alor Gajah. Alor Gajah merupakan satu-satunya keistimewaan bagi negeri Melaka kerana mempunyai stesen kereta api. Stesen keretapi Pulau Sebang/Tampin terletak kira-kira dua kilometer arah ke Tampin. Dua lagi perhentian KTMB daerah Alor Gajah terletak di Kampung Keru dan Tebong. Walau bagaimanapun perkhidmatan kereta api antara bandar tidak berhenti di stesen ini. Namun demikian kerja-kerja menaik taraf juga dilakukan disebabkan laluan landasan berkembar elektrik turut melalui stesen ini.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/6_Newsletter/Newsletter%202020/DOSM_DOSM_MELAKA_1_2020_Siri-81.pdf [PDF URL kosong]
  2. ^ "Perutusan Pegawai Daerah". pdtag.gov.my. Dicapai pada 1 Mac 2023.
  3. ^ "Latar Belakang". www.pdtag.gov.my.
  4. ^ https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/6_Newsletter/Newsletter%202020/DOSM_DOSM_MELAKA_1_2020_Siri-81.pdf [PDF URL kosong]
  5. ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ "Laman web Majlis Perbandaran Alor Gajah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-31. Dicapai pada 2016-03-29.
  7. ^ "Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah Melaka" (PDF). 2011. m/s. 45. Dicapai pada 1 Mac 2023.
  8. ^ a b c d Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Alor Gajah". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.
  9. ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/

Pautan luar

  • http://www.mpag.gov.my - Laman web Majlis Perbandaran Alor Gajah
  • http://www.ptag.gov.my[pautan mati kekal] - Laman web Pejabat Tanah Alor Gajah
  • Koleksi peta-peta Alor Gajah
  • https://web.archive.org/web/19991011044800/http://www.geocities.com/CapitolHill/Lobby/9835/non.htm
Port Dickson Rembau Tampin
Selat Melaka Jasin
   Alor Gajah    
Selat Melaka Melaka Tengah Jasin
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Bandaraya Melaka
Topik
Masyarakat
Pemerintahan
Tuan Yang Terutama
Eksekutif
Bahagian pentadbiran
Peringkat pertama
  • l
  • b
  • s
Daerah di Melaka
Daerah
Peringkat kedua
  • l
  • b
  • s
Mukim di Melaka
Alor Gajah
Jasin
Melaka Tengah
Lihat juga: Mukim di Melaka
Peringkat ketiga
Bandar baru
Kawasan perumahan
Kampung
Kampung baru
  • Desa Taboh Naning
  • Kampung Baru Ayer Keroh
  • Kampung Baru Air Salak
  • Kampung Baru Bertam Ulu
  • Kampung Baru Bukit Beruang
  • Kampung Baru Bukit Katong
  • Kampung Baru Bukit Rambai
  • Kampung Baru Gunung Emas
  • Kampung Baru Lendu
  • Kampung Baru Machap Baru
  • Kampung Baru On Lok
  • Kampung Baru Parit Keliling
  • Kampung Baru Paya Mengkuang
  • Kampung Maju Pondok Batang
  • Kampung Baru Simpang Bekoh
  • Kampung Baru Sungai Udang
  • Kampung Baru Tanjung Minyak
  • Kampung Baru Tiang Dua
  • Kampung Permai
Tanah rancangan
FELDA Gugusan
Tun Ghafar
  • FELDA Tun Ghafar Air Kangkong
  • FELDA Tun Ghafar Bukit Senggeh
  • FELDA Tun Ghafar Hutan Percha
  • FELDA Tun Ghafar Kemendor
  • FELDA Tun Ghafar Machap
  • FELDA Tun Ghafar Menggong
Bahagian perundangan
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P134 Masjid Tanah
N01 Kuala Linggi
N02 Tanjung Bidara
N03 Ayer Limau
N04 Lendu
N05 Taboh Naning

P135 Alor Gajah
N06 Rembia
N07 Gadek
N08 Machap Jaya
N09 Durian Tunggal
N10 Asahan

P136 Tangga Batu
N11 Sungai Udang
N12 Pantai Kundor
N13 Paya Rumput
N14 Kelebang

P137 Hang Tuah Jaya
N15 Pengkalan Batu
N16 Ayer Keroh
N17 Bukit Katil
N18 Ayer Molek

P138 Kota Melaka
N19 Kesidang
N20 Kota Laksamana
N21 Duyong
N22 Bandar Hilir
N23 Telok Mas

P139 Jasin
N24 Bemban
N25 Rim
N26 Serkam
N27 Merlimau
N28 Sungai Rambai

Tempatan
Pihak berkuasa tempatan
  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori