Abad ke-5 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-6 SM
  • abad ke-5 SM
  • abad ke-4 SM
Garis masa:
  • abad ke-6 SM
  • abad ke-5 SM
  • abad ke-4 SM
Ketua negara:
  • abad ke-6 SM
  • abad ke-5 SM
  • abad ke-4 SM
Dekad:
  • 49-an SM
  • 48-an SM
  • 47-an SM
  • 46-an SM
  • 45-an SM
  • 44-an SM
  • 43-an SM
  • 42-an SM
  • 41-an SM
  • 40-an SM
Kategori: Kelahiran – Kematian
Penubuhan – Pembubaran


Abad ke-5 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 500 SM hingga 31 Disember 401 SM dalam kalendar Gregory.

Gambaran keseluruhan

Pemandangan Parthenon di Athens dari bukit yang terletak di Pnyx di barat. Lokasinya 23°43'35.69" T 37°58'17.39" U

Abad ke-5 dan ke-4 SM merupakan zaman kegemilangan falsafah di kalangan peradaban-peradaban yang maju, khususnya di masyarakat Yunani.

Falsafah Yunani berkembang pada sepanjang abad ke-5 SM, dan menyediakan asas untuk ideologi Barat. Di Athens dan tempat-tempat lain di dunia Mediterranean, abad ke-5 menandakan puncak dalam perkembangan institusi-institusi politik, seni, seni bina, dan kesusasteraan.

Peristiwa

  • Skrip demotik menjadi skrip utama Mesir kuno.

490-an SM

  • 499 SM - Aristagoras yang bertindak bagi pihak Empayar Parsi, mengetuai sebuah serangan yang gagal ke atas pulau Naxos yang memberontak.
  • 499 SM - Aristagoras memulakan Pemberontakan Ionia yang mencetuskan Perang-perang Parsi antara Yunani dengan Parsi.
  • 499 SM - Sardis dimusnahkan oleh angkatan tentera Athens dan Ionia.
  • 498 SM - Leontini dikuasai oleh Hippocrates dari Gela.
  • 498 SM - Alexander I mewarisi bapanya, Amyntas I, sebagai raja Macedon.
  • 497 SM - Potidaea dilanda oleh tsunami.
  • 496 SM - Pertempuran Tasik Regillus: Kemenangan Rom legenda yang awal menawan hati orang-orang Etruska atau Latin.
  • 496 SM - Raja Gon Jian dari Yue menewaskan serta membuang Raja Fucha dari Wu, dan memperoleh hegemoni sementara di China kuno semasa Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh.
  • 495 SM - Candi untuk dewa Mercury di Circus Maximus, Rome di bina.
  • 494 SM - Perang yang tentera Parsi mengambil kembali Ionia.
  • 494 SM - Dua tribun marhaen dan dua aedil marhaen dipilih buat pertama kali di Rom: jawatan ketribunan dicipta.
  • 494 SM - Tahun yang Rom berubah daripada sebuah Republik Bangsawan kepada sebuah Republik Liberal.
  • 493 SM - Pertempuran Tasik Regillus oleh Rom.
  • 493 SM - Piraeus, kota pelabuhan untuk Athens, diasaskan.
  • 493 SM - Coriolanus menawan kota Corioli, Volsci untuk Rom.
  • 492 SM - Ekspedisi pertama Raja Darius I dari Parsi terhadap Yunani, di bawah pimpinan menantunya, Mardonius. Ini menandakan permulaan kempen yang memuncak dengan Pertempuran Marathon pada tahun 490 SM.
  • 491 SM - Leotychidas II mewarisi sepupunya, Demaratus, sebagai raja Sparta.
  • 491 SM - Gelo menjadi penzalim Gela.
  • 12 September 490 SM - Pertempuran Marathon, pertempuran yang Darius I dari Parsi ditewaskan oleh tentera Yunani di bawah Miltiades.
  • 490 SM - Phidippides berlari 40 kilometer dari Marathon ke Athens untuk mengumumkan berita tentang kemenangan Yunani; asal sukan marathon, perlumbaan jarak jauh.

480-an SM

  • 489 SM - Kota-kota di Rhodes bersatu dan memulakan pembinaan kota baru Rhodes.
  • 488 SM - Leonidas I mewarisi abangnya, Cleomenes I, sebagai raja Sparta, selepas Cleomenes didapati gila.
  • 487 SM - Mesir memberontak terhadap Parsi.
  • 487 SM - Aegina dan Athens berperang.
  • 487 SM - Kearkonan Athens dipilih melalui mengundi, dan merupakan peristiwa penting dalam usaha untuk mencapai demokrasi Athens yang radikal.
  • 486 SM - Bahagian pertama untuk Terusan Agung China dibina.
  • 486 SM - Xerxes I mewarisi Darius I sebagai Raja Agung Parsi.
  • 486 SM - Mesir memberontak terhadap pemerintahan Parsi.
  • 486 SM - Majlis Buddhisme Pertama di Rejgaha, di bawah naungan Raja Ajatasattu. Tradisi lisan diperkenalkan buat pertama kali.
  • Oktober 485 SM - Xerxes I mewarisi Darius sebagai raja Parsi.
  • 484 SM - Aeschylus, penulis drama Athens, memenangi hadiah puisi.
  • 484 SM - Xerxes I membubarkan Kemaharajaan Babel dan membuang arca emas Bel (Marduk, Merodach).
  • 484 SM - Parsi menguasai semula Mesir.
  • 483 SM - Xerxes I dari Parsi memulakan perancangan ekspedisinya terhadap Yunani.
  • 481 SM - Kongres di Segenting Corinth menamatkan perang antara Athens dengan Aegina.
  • 480 SM - Raja Xerxes I dari Paris mula menaklukkan Yunani.
  • 480 SM - Cimon dan kawan-kawannya membakar kekang-kekang kuda sebagai persembahan kepada dewa Athena dan menjadi anggota-anggota tentera marin.
  • 480 SM - Pleistarchus mewarisi bapanya, Leonidas I, sebagai raja Sparta.
  • Ogos 480 SM - Pertempuran Artemisium - Armada Parsi bertempur dalam pertempuran yang tidak muktamad terhadap armada bersekutu Yunani.
  • 11 Ogos 480 SM - Pertempuran Thermopylae yang merupakan kemenangan Parsi terhadap tentera Yunani.
  • 23 September 480 SM - Pertempuran Salamis antara Yunani dan Parsi yang menghasilkan kemenangan Yunani.
  • 480 SM - Pertempuran Himera - Tentera Carthage di bawah Hamilcar ditewaskan oleh tentera Yunani dari Sicily yang diketuai oleh Gelon dari Syracuse.
  • 480 SM - Angkatan tentera Rom berarak menghadapi tentera Veii.

470-an SM

  • 479 SM - Pertempuran Plataea yang tentera Yunani menewaskan tentera Parsi dan mengakhiri Perang-perang Parsi.
  • 479 SM - Pertempuran Mycale.
  • 478 SM - Pengasasan Kuil Confucius di Qufu kini.
  • 477 SM - Liga Delos dimulakan.
  • 476 SM - Archidamus II mewarisi Leotychides, datuknya yang dibuang negeri ke Tegea, sebagai raja Sparta.
  • 475 SM - Raja Yuan dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou.
  • 474 SM - Pertempuran Cumae - Tentera Syracuse di bawah Hiero I menewaskan tentera Etruska dan mengakhiri perluasan Etruska di Itali selatan.
  • 474 SM - Pindar, pemuisi Yunani, berpindah ke Thebes.
  • 473 SM - Negeri Wu di China diilhakkan oleh Negeri Yue.
  • 472 SM - Negara kota Carystus di Euboea dipaksa menyertai Liga Delos (tarikh anggaran).
  • 472 SM - Drama tragedi, Si Orang-orang Parsi (The Persians), dihasilkan oleh Aeschylus.
  • 471 SM - Themistocles, ahli politik Athens, dipulaukan.

460-an SM

  • 468 SM - Sophocles, penulis drama Yunani, menewaskan Aeschylus untuk anugerah Hadiah Athens.
  • 468 SM - Antium ditangkap oleh tentera Rom.
  • 468 SM - Raja Zhending dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China.
  • 466 SM - Liga Delos menewaskan Parsi dalam Perang Eurymedon.
  • 466 SM - Tanah jajahan Yunani di Taras, Magna Graecia, ditewaskan oleh Iapyges, golongan penduduk asli Apulia kuno; pemerintahan beraja Tarentine jatuh, dengan pengenalan demokrasi dan pembuangan pengikut-pengikut Pythagorus.
  • 465 SM - Raja Xerxes I dari Empayar Parsi dibunuh oleh Artabanus si Anak Hyrcania. Baginda diwarisi oleh Artaxerxes I, dengan Artabanus mungkinnya bertindak sebagai Pemangku Raja.
  • 465 SM - Thasos memberontak dari Liga Delos.
  • 464 SM - Gempa bumi di Sparta kuno: Yunani mengetuai pemberontakan Helot dan mengakibatkan ketegangan hubungannya dengan Athens, salah satu faktor yang mencetuskan Perang Peloponnesia.
  • 464 SM - Pemangku Raja Artabanus dari Parsi dibunuh oleh Artaxerxes I, orang yang ditugasinya.
  • 464 SM - Perang Messenia Ketiga.
  • 462 SM - Pemberontakan Thasos terhadap Liga Delos berakhir dengan penyerahan kalah mereka.
  • 461 SM - Cimon, ahli politik Athens, dipulaukan.
  • 460 SM - Mesir memberontak terhadap Parsi, dan mencetuskan perang enam tahun. Angkatan tentera Athens yang dihantar untuk menyerang Cyprus dialihkan untuk menyokong pemberontakan ini.
  • 460 SM - Cincinnatus menjadi konsul Republik Rom.

450-an SM

  • 459 SM - Pleistoanax mewarisi bapanya, Pleistarchus, sebagai raja Sparta.
  • 459 SM - Pemusnahan kota Morgantina di Sicily oleh Douketios, ketua puak Sikel, menurut Diodoros Siculus.
  • 459 SM - Ezra mengetuai kumpulan kedua orang Yahudi dari Babylon ke Jerusalem.
  • 458 SM - Aeschylus, penulis drama Yunani, menyiapkan Oresteia, trilogi yang menceritakan kesumat darah keluarga. Drama ini mempunyai pengaruh yang kuat kepada penulis-penulis masa hadapan.
  • 458 SM - Cincinnatus dinamakan sebagai diktator Republik Rom supaya dapat mempertahankan Rom daripada Aequi. Enam belas hari kemudian, selepas menewaskan penyerang-penyerang dalam Perang Mons Algidus, beliau meletakkan jawatan dan kembali ke ladangnya.
  • 457 SM - Reformasi teragung Pericles, negarawan Athens, membenarkan orang biasa untuk berkhidmat dalam sebarang jawatan awam, dan memulakan Zaman Keemasan Athens Kuno.
  • 457 SM - Perang Tanagra: Tentera Sparta menewaskan tentera Athens, dekat Thebes.
  • 457 SM - Perang Oenophyta: Tentera Athens menewaskan tentera Thebes dan menguasai Boeotia.
  • 457 SM - Dekri Artaxerxes I untuk menubuhkan semula kerajaan kota Jerusalem. Sila lihat Ezra 7, Daniel 9 dan Nehemiah 1 dalam Wasiat Lama.
  • 455 SM - Kedamaian sementara selama tiga puluh tahun diikat antara Athens dan Lacedaemon.
  • 455 SM - Euripides menyampaikan Peliades, drama tragedi pertamanya yang diketahui, dalam perayaan Athens di Dionysia.
  • 454 SM - Athens hilang armadanya dan mungkin sebanyak 50,000 orang dalam percubaan yang gagal untuk membantu pemberontakan Mesir terhadap Parsi.
  • 454 SM - Perbendaharaan Liga Delos dipindahkan dari Delos ke Athens.
  • 454 SM - Permusuhan antara Segesta dan Selinunte, dua buah kota Yunani di Sicily.
  • 453 SM - Taiyuan, sebuah kota di China, dibanjiri.
  • 451 SM - Athens berdamai dengan Sparta dan berperang dengan Parsi.
  • 451 SM - Perintahan bersepuluh bangkit untuk berkuasa di Republik Rom, dan menggubal dua belas jadual yang menjadi asas undang-undang Rom.
  • 450 SM - Perang Salamis: Tentera Athens di bawah Cimon menewaskan armada Parsi.
  • 450 SM - Perdiccas II mewarisi Alexander I sebagai raja Macedon (tarikh anggaran).

440-an SM

  • 449 SM - Perdamaian Callias antara Liga Delos dan Parsi mengakhiri Perang-perang Parsi.
  • 449 SM - Pembinaan Candi Hephaestus bermula di Athens.
  • 449 SM - Dua Belas Jadual, undang-undang awam yang pertama di Republik Rom, diperkenalkan kepada penduduk-penduduk Rom.
  • 449 SM - Pemberontakan Rom terhadap perintahan bersepuluh. Ahli-ahli perintahan tersebut meletakkan jawatan dan sebuah badan ketribunan ditubuhkan semula.
  • 449 SM - Herodotus menyiapkan karyanya, Sejarah, yang mencatat peristiwa-peristiwa mengenai Perang Parsi.
  • 448 SM - Phidias menyiapkan arca Athena yang tingginya 9 kaki di Acropolis.
  • 447 SM - Athens memulakan pembinaan Parthenon atas daya usaha Pericles.
  • 447 SM - Perang Coronea - Orang-orang Athens dihalau dari Boeotia.
  • 447 SM - Achaeus dari Eretria, penulis drama Yunani, mempersembahkan dramanya yang pertama.
  • 445 SM - Pericles mengisytiharkan Kedamaian Tiga Puluh Tahun antara Athens dan Sparta.
  • 445 SM - Artaxerxes I memberi kebenaran kepada Nehemiah untuk membina semula Jerusalem.
  • 445 SM - Lubang Lacus Curtius yang dicipta oleh kilat di Rom ditahbiskan oleh Gaius, Mettius atau Marcus Curtius.
  • 443 SM - Republik Rom mencipta jawatan penapis yang pada mulanya dikhaskan untuk ningrat sahaja.
  • 443 SM - Pengasasan tanah jajahan Yunani di Thurii, Itali. Kolonis-kolonisnya termasuk Herodotus dan Lysias.
  • 442 SM - Sophocles menulis drama tragedi, Antigone.
  • 441 SM - King Ai dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China tetapi mangkat sebelum hujung tahun ini.
  • 441 SM - Raja Si dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China tetapi mangkat sebelum hujung tahun ini.
  • 440 SM - Kebuluran di Rom.
  • 440 SM - Raja Kao dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China.
  • 440 SM - Meron menentukan kedua-dua titik solstis.
  • 440 SM - Democritus mencadangkan kewujudan zarah-zarah tak boleh bahagi yang dipanggilnya atom.

430-an SM

  • 439 SM - Cincinnatus semula lagi menjadi diktator Republik Rom dan menewaskan tentera Volsci.
  • 439 SM - Menurut legenda, Gaius Servilius Ahala menyelamatkan Rom daripada Spurius Maelius.
  • 438 SM - Ictinus dan Callicrates menyiapkan pembinaan Parthenon yang terletak di Akropolis Athens.
  • 435 SM - Arca Zeus di Olympia, salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia, disiapkan oleh Phidias.
  • 434 SM - Pertempuran antara pulau Kerkyra, Yunani dan kota induk Corinth.
  • 434 SM - Anaxagoras mencuba mempersegikan bulatan dengan tepi lurus dan kompas.
  • 433 SM - Perang Sybota antara Corcyra dan Corinth.
  • 433 SM (atau kemudian) - Pengebumian Marquis Yi dari Zeng di China.
  • 432 SM - Athens mengambil dan mengamalkan kitaran 19-tahun yang menyelaraskan takwim-takwim suria dan qamari.
  • 432 SM - Athens menewaskan Corinth dalam pertempuran Potidaea.
  • 432 SM - Tanah jajahan Yunani di Heraclea diasaskan oleh Tarentum dan Thurii.
  • 431 SM - Perang Peloponnesia bermula antara Sparta dengan Athens dan sekutu-sekutunya.
  • 431 SM - Penewasan tentera Aequian oleh Rom di bawah diktator A. Postumius Tubertus.
  • 431 SM - Empedocles, pakar perubatan dan ahli falsafah Yunani, menyatakan tanggapannya bahawa tubuh manusia mempunyai empat humor: darah, hempedu, hempedu hitam, dan kahak. Kepercayaan in menguasai pemikiran perubatan selama berabad-abad.
  • 430 SM - Athens mengalami wabak utama yang dipercayai diakibatkan oleh tifus.
  • k.k. 430 SM - Persembahan pertama Oedipus si Raja, drama tragedi Sophocles.

420-an SM

  • 429 SM - Pertempuran Chalcis - Tentera Chalcis dan sekutu-sekutunya menewaskan Athens.
  • 429 SM - Pertempuran Naupactus - Phormio menewaskan armada Peloponnesia.
  • 429 SM - Peletusan wabak membunuh melebihi satu pertiga jumlah penduduk di Athens.

Tokoh-tokoh

Buddha berdiri, kawasan kuno Gandhara, Pakistan utara, abad ke-1 Masihi, Musée Guimet.

Perekaan, penemuan, dan pengenalan

  • Besi tuang digunakan buat pertama kali di Wu.
  • Orang Yunani mereka kuku sauh.
  • Orang Yunani mula menggunakan kren yang berkaki ricih untuk pembinaan dan memuatkan kapal-kapal.
  • Orang Yunani mereka perspektif linear.
  • Orang Yunani mengembangkan proses lilin hilang tak langsung untuk menuang gangsa.


500-an SM 509 SM 508 SM 507 SM 506 SM 505 SM 504 SM 503 SM 502 SM 501 SM 500 SM
490-an SM 499 SM 498 SM 497 SM 496 SM 495 SM 494 SM 493 SM 492 SM 491 SM 490 SM
480-an SM 489 SM 488 SM 487 SM 486 SM 485 SM 484 SM 483 SM 482 SM 481 SM 480 SM
470-an SM 479 SM 478 SM 477 SM 476 SM 475 SM 474 SM 473 SM 472 SM 471 SM 470 SM
460-an SM 469 SM 468 SM 467 SM 466 SM 465 SM 464 SM 463 SM 462 SM 461 SM 460 SM
450-an SM 459 SM 458 SM 457 SM 456 SM 455 SM 454 SM 453 SM 452 SM 451 SM 450 SM
440-an SM 449 SM 448 SM 447 SM 446 SM 445 SM 444 SM 443 SM 442 SM 441 SM 440 SM
430-an SM 439 SM 438 SM 437 SM 436 SM 435 SM 434 SM 433 SM 432 SM 431 SM 430 SM
420-an SM 429 SM 428 SM 427 SM 426 SM 425 SM 424 SM 423 SM 422 SM 421 SM 420 SM
410-an SM 419 SM 418 SM 417 SM 416 SM 415 SM 414 SM 413 SM 412 SM 411 SM 410 SM
400-an SM 409 SM 408 SM 407 SM 406 SM 405 SM 404 SM 403 SM 402 SM 401 SM 400 SM
390-an SM 399 SM 398 SM 397 SM 396 SM 395 SM 394 SM 393 SM 392 SM 391 SM 390 SM