Ara Damansara

ارا دامنساراKoordinat: 3°07′29″N 101°34′33″E / 3.124693°N 101.575845°E / 3.124693; 101.575845Koordinat: 3°07′29″N 101°34′33″E / 3.124693°N 101.575845°E / 3.124693; 101.575845NegaraMalaysiaNegeriSelangorDaerahPetalingMukimDamansaraKawasan parlimenPetaling JayaKawasan negeriSeri SetiaPentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Perbandaran Selayang • Ahli ParlimenLee Chean Chung • Ahli Dewan NegeriFahmi NgahZon waktuUTC+8 (WPM) • Musim panas (DST)UTC+8 (tidak digunapakai)Poskod
47301
Kod kawasan+603

Ara Damansara (Jawi: ارا دامنسارا‎code: ms is deprecated ) merupakan kawasan perbandaran di Daerah Petaling, Selangor, Malaysia. Secara pentadbirannya, Ara Damansara merupakan sebuah kawasan petempatan manusia yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Mukim Damansara, iaitu satu daripada empat mukim yang membentuk Daerah Petaling. Poskod bagi Ara Damansara ialah 47301 Petaling Jaya.[1] Ara Damansara juga merupakan salah satu kawasan yang terletak di dalam bidang kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Sejarah

Ara Damansara mula dibangunkan pada tahun 1999 di atas tanah estet kelapa sawit. Bandar ini dibangunkan oleh Sime Pilmoor Development Sdn Bhd, sebuah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya Sime Darby; manakala pembangunan pula diuruskan oleh Sime Darby Property.[2][3] Menurut pengurus bandar ini semasa dibangunkan, Sime Darby Property akan memastikan projek pembangunan Ara Damansara ini dilengkapi tahap kawalan keselamatan yang komprehensif bagi mewujudkan persekitaran yang selamat, sekali gus meningkatkan nilai hartanah di kawasan tersebut.[4]

Lokasi

Ara Damansara terletak di sepanjang Jalan Lapangan Terbang Subang (sebahagian daripada Jalan Persekutuan 15).[5] Ara Damansara berjiran dengan Kota Damansara, Kelana Jaya,[3] Taman Mayang, Taman Bukit Mayang Emas, Tropicana, dan Tropicana Indah. Terletak juga berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Pengangkutan

Bas Rapid KL laluan T782 di stesen LRT Lembah Subang
Bas Rapid KL laluan T807 di stesen MRT Surian

Ara Damansara dapat dicapai dengan menggunakan perkhidmatan bas awam yang disediakan oleh Rapid KL; iaitu laluan 772 dalam Koridor Lebuhraya Persekutuan. Laluan bas 772 akan bermula di Hentian Akhir Bandar (HAB) Pasar Seni di Platform D, di Jalan Sultan Mohamed, Kuala Lumpur (kod hentian bas – KL2212) dan tamat di Hentian Akhir Bandar (HAB) Seksyen U5 Shah Alam (kod hentian bas – SA669) dekat Jalan Utarid U5/10 di Seksyen U5 Shah Alam untuk ke arah Subang Mahsing. Manakala untuk ke arah Hab Pasar Seni, adalah sebaliknya.[6]

Stesen LRT Ara Damansara dan stesen LRT Lembah Subang merupakan stesen kereta api di Ara Damansara. Stesen kereta api ini menyediakan perkhidmatan Laluan Kelana Jaya dan buat julung kalinya beroperasi pada 30 Jun 2016 di bawah projek penyambungan jajaran laluan Kelana Jaya ke stesen LRT Putra Heights. Di stesen MRT ini juga, terdapat perkhidmatan bas perantara MRT Laluan Kelana Jaya.[7] Terdapat satu laluan bas yang disediakan di stesen LRT Lembah Subang, membabitkan T782 dalam Koridor Damansara. Laluan bas T782 bermula di pintu selatan stesen LRT ke Lotus's Ara Damansara.[7][8] Selain itu juga, bas perantara MRT Laluan Kajang laluan T807 dalam Koridor Damansara juga berkhidmat di Ara Damansara. Bas laluan T807 bermula di stesen MRT Surian menuju ke Dataran Ara Damansara.[7][9]

Rujukan

  1. ^ "Ara Damansara, Petaling Jaya". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2023. Dicapai pada 19 November 2023.
  2. ^ "Sime Uep Development Sdn Bhd - Company Profile and News". Bloomberg.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-12-09.
  3. ^ a b "Ara Damansara bakal jadi perbandaran berprestij". Berita Harian. New Straits Times Press. 1 November 2000. Dicapai pada 28 Januari 2024 – melalui KLiK.
  4. ^ "Projek Ara Damansara model perbandaran selamat". Berita Harian. New Straits Times Press. 22 Julai 1999. Dicapai pada 28 Januari 2024 – melalui KLiK.
  5. ^ Fadzil Fauzi (2 Ogos 2002). "Lure of Ara Damansara". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 28 Januari 2024 – melalui KLiK.
  6. ^ "MyRapid - Bus Kiosk | 772" [MyRapid - Hentian Bas | 772]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  7. ^ a b c "Rapid KL - Bus Info" [Rapid KL - Maklumat Bas]. myrapid.com.my (dalam bahasa Inggeris). Prasarana Malaysia Berhad. Dicapai pada 28 Januari 2024.
  8. ^ "MyRapid - Bus Kiosk | T782" [MyRapid - Hentian Bas | T782]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  9. ^ "MyRapid - Bus Kiosk | T807" [MyRapid - Hentian Bas | T807]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Shah Alam
Topik umum
Topik
Sosial
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
  • Pengangkutan
Bahagian
pentadbiran
9 Daerah dan 12 Kerajaan tempatan (3 Bandar, 8 Perbandaran, 1 Daerah)
Zon khas: Bandar gabungan Lembah Klang · Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia)
Majlis Bandaraya
Petaling Jaya
(Daerah Petaling)
Shah Alam
(Daerah Petaling dan Klang)
Subang Jaya
(Daerah Petaling)
Majlis Perbandaran
Kajang
(Daerah Hulu Langat)
Ampang Jaya
(Daerah Hulu Langat dan Gombak)
Klang
(Daerah Klang)
Selayang
(Daerah Gombak)
Hulu Selangor
Sepang
Kuala Langat
Kuala Selangor
Majlis Daerah
Sabak Bernam
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P092 Sabak Bernam
N01 Sungai Air Tawar
N02 Sabak

P093 Sungai Besar
N03 Sungai Panjang
N04 Sekinchan

P094 Hulu Selangor
N05 Hulu Bernam
N06 Kuala Kubu Baharu
N07 Batang Kali

P095 Tanjong Karang
N08 Sungai Burong
N09 Permatang

P096 Kuala Selangor
N10 Bukit Melawati
N11 Ijok
N12 Jeram

P097 Selayang
N13 Kuang
N14 Rawang
N15 Taman Templer

P098 Gombak
N16 Sungai Tua
N17 Gombak Setia
N18 Hulu Kelang

P099 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
N20 Lembah Jaya

P100 Pandan
N21 Pandan Indah
N22 Teratai

P101 Hulu Langat
N23 Dusun Tua
N24 Semenyih

P102 Bangi
N25 Kajang
N26 Sungai Ramal
N27 Balakong

P103 Puchong
N28 Seri Kembangan
N29 Seri Serdang

P104 Subang
N30 Kinrara
N31 Subang Jaya

P105 Petaling Jaya
N32 Seri Setia
N33 Taman Medan
N34 Bukit Gasing

P106 Damansara
N35 Kampung Tunku
N36 Bandar Utama
N37 Bukit Lanjan

P107 Sungai Buloh
N38 Paya Jaras
N39 Kota Damansara

P108 Shah Alam
N40 Kota Anggerik
N41 Batu Tiga

P109 Kapar
N42 Meru
N43 Sementa
N44 Selat Klang

P110 Klang
N45 Bandar Baru Klang
N46 Pelabuhan Klang
N47 Pandamaran

P111 Kota Raja
N48 Sentosa
N49 Sungai Kandis
N50 Kota Kemuning

P112 Kuala Langat
N51 Sijangkang
N52 Banting
N53 Morib

P113 Sepang
N54 Tanjong Sepat
N55 Dengkil
N56 Sungai Pelek

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori
Ikon tunas

Rencana berkaitan geografi dan tempat di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s