Gombak

Gombak is located in Bumi
Gombak
Gombak (Bumi)
Koordinat: 3°16′27.3″N 101°34′14.6″E / 3.274250°N 101.570722°E / 3.274250; 101.570722Koordinat: 3°16′27.3″N 101°34′14.6″E / 3.274250°N 101.570722°E / 3.274250; 101.570722Negara MalaysiaNegeri SelangorPusatBandar Baru SelayangPihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Selayang
(Barat)
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
(Timur)Pentadbiran
 • Pegawai daerahNor Azlina Abdul Aziz[1] • Orang Besar DaerahWan Mahmood Pawanteh[2]Keluasan • Jumlah650.08 km2 (251.00 batu persegi)Penduduk
 (2020)
 • Jumlah942,400 • Kepadatan1,400/km2 (3,800/batu persegi)Zon waktuUTC+8 (MST) • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak diamalkan)Poskod
48xxx, 52xxx-54xxx, 68xxx
Kod panggilan+6-03-41, +6-03-60, +6-03-61, +6-3-62Nombor plat kenderaanB

Gombak merupakan sebuah daerah di negeri Selangor. Daerah ini terletak di bahagian timur negeri Selangor dan berkeluasan 650 kilometer persegi. Daerah ini juga menjadi daerah kelima paling ramai penduduk dan antara yang terpadat di Malaysia dengan jumlah penduduk seramai 942,400 orang. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Bandar Baru Selayang.

Geografi

Daerah Gombak bersempadan dengan daerah Hulu Selangor di utara, Kuala Selangor di barat, Hulu Langat, Petaling dan Kuala Lumpur di selatan serta negeri Pahang di timur.

Keadaan rupa bumi daerah ini adalah berbukit-bukit di kawasan timur, sebahagian kawasan utara dan barat. Manakala di kawasan tengah, keadaan tanah melebihi kepada tanah pamah. Sungai-sungai utama yang mengalir daerah ini ialah Sungai Gombak, Sungai Klang, Sungai Batu dan Sungai Buloh.[4]

Pentadbiran

Daerah Gombak ditadbir oleh dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Selayang di barat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya di timur. Daerah ini dibahagikan kepada empat mukim, 10 bandar dan enam pekan.[5]

Mukim Bandar Pekan
01 Batu 01 Selayang 01 Sungai Buloh
02 Kepong
03 Sungai Buloh
02 Ulu Kelang 04 Ulu Kelang Tiada
03 Rawang 05 Batu Arang 02 Batu 20
06 Kundang 03 Pengkalan Kundang
07 Kuang 04 Kuang
08 Rawang 05 Templer
04 Setapak 09 Sungai Pusu 06 Mimaland
10 Gombak Setia

Demografi

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Gombak ialah seramai 942,400 orang dengan kepadatan penduduk 1,444 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Kebanyakan penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 64.6 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India . Sebanyak 7.1 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[6]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 109:100. Terdapat 253,148 tempat kediaman dengan sebanyak 222,549 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 572 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 347 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 21 ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 565,310
Cina 200,496
India 95,503
Lain-lain 14,121
Bukan warganegara N/A 66,970

Agama

Majoriti penduduk beragama Islam iaitu 66.5 peratus (627,052 orang) dari jumlah penduduk, diikuti Buddha seramai 18.3 peratus (172,400 orang), Hindu sebanyak 9.5 peratus (89,997 orang), Kristian sebanyak 4.1 peratus (38,928 orang) dan lain-lain sebanyak 0.9 peratus (8,261 orang). Sebanyak 4,059 orang (0.4 peratus) tidak beragama manakala selebihnya 1,703 orang (0.2 peratus) tidak diketahui status agamanya.[6]

Kawasan pilihan raya

Daerah Gombak meliputi empat kawasan parlimen dan 10 kawasan dewan undangan negeri.

Parlimen Selayang

  • N13 Kuang
  • N14 Rawang
  • N15 Taman Templer

Parlimen Gombak

  • N16 Sungai Tua
  • N17 Gombak Setia
  • N18 Hulu Kelang

Sebahagian Parlimen Ampang

  • Sebahagian N19 Bukit Antarabangsa
  • Sebahagian N20 Lembah Jaya

Sebahagian Parlimen Sungai Buloh

  • Sebahagian N37 Paya Jaras
  • Sebahagian N38 Bukit Lanjan

Wakil Rakyat

Senarai wakil rakyat yang berkhidmat di kawasan pentadbiran daerah Gombak, Selangor.

Ahli Parlimen

Ahli Dewan Negeri (ADN)

Rujukan

  1. ^ "Portal Rasmi PDT Senarai Pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Gombak". www.selangor.gov.my.
  2. ^ "Portal Rasmi PDT Gombak Orang Besar Daerah Gombak". www.selangor.gov.my.
  3. ^ "Portal Rasmi PDT Gombak Profil Gombak". www2.selangor.gov.my.
  4. ^ "Profail Daerah Gombak". Pejabat Daerah dan Tanah Gombak. Dicapai pada 24 Feb 2023.
  5. ^ "KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH SELANGOR" (PDF).
  6. ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/

Lihat Juga

Pautan luar

  • Majlis Perbandaran Selayang
  • Pejabat Daerah dan Tanah Gombak
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Shah Alam
Topik umum
Topik
Sosial
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
  • Pengangkutan
Bahagian
pentadbiran
9 Daerah dan 12 Kerajaan tempatan (3 Bandar, 8 Perbandaran, 1 Daerah)
Zon khas: Bandar gabungan Lembah Klang · Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia)
Majlis Bandaraya
Petaling Jaya
(Daerah Petaling)
Shah Alam
(Daerah Petaling dan Klang)
Subang Jaya
(Daerah Petaling)
Majlis Perbandaran
Kajang
(Daerah Hulu Langat)
Ampang Jaya
(Daerah Hulu Langat dan Gombak)
Klang
(Daerah Klang)
Selayang
(Daerah Gombak)
Hulu Selangor
Sepang
Kuala Langat
Kuala Selangor
Majlis Daerah
Sabak Bernam
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P092 Sabak Bernam
N01 Sungai Air Tawar
N02 Sabak

P093 Sungai Besar
N03 Sungai Panjang
N04 Sekinchan

P094 Hulu Selangor
N05 Hulu Bernam
N06 Kuala Kubu Baharu
N07 Batang Kali

P095 Tanjong Karang
N08 Sungai Burong
N09 Permatang

P096 Kuala Selangor
N10 Bukit Melawati
N11 Ijok
N12 Jeram

P097 Selayang
N13 Kuang
N14 Rawang
N15 Taman Templer

P098 Gombak
N16 Sungai Tua
N17 Gombak Setia
N18 Hulu Kelang

P099 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
N20 Lembah Jaya

P100 Pandan
N21 Pandan Indah
N22 Teratai

P101 Hulu Langat
N23 Dusun Tua
N24 Semenyih

P102 Bangi
N25 Kajang
N26 Sungai Ramal
N27 Balakong

P103 Puchong
N28 Seri Kembangan
N29 Seri Serdang

P104 Subang
N30 Kinrara
N31 Subang Jaya

P105 Petaling Jaya
N32 Seri Setia
N33 Taman Medan
N34 Bukit Gasing

P106 Damansara
N35 Kampung Tunku
N36 Bandar Utama
N37 Bukit Lanjan

P107 Sungai Buloh
N38 Paya Jaras
N39 Kota Damansara

P108 Shah Alam
N40 Kota Anggerik
N41 Batu Tiga

P109 Kapar
N42 Meru
N43 Sementa
N44 Selat Klang

P110 Klang
N45 Bandar Baru Klang
N46 Pelabuhan Klang
N47 Pandamaran

P111 Kota Raja
N48 Sentosa
N49 Sungai Kandis
N50 Kota Kemuning

P112 Kuala Langat
N51 Sijangkang
N52 Banting
N53 Morib

P113 Sepang
N54 Tanjong Sepat
N55 Dengkil
N56 Sungai Pelek

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori