Sepang

Sepang is located in Bumi
Sepang
Sepang (Bumi)
Koordinat: 2°45′N 101°40′E / 2.750°N 101.667°E / 2.750; 101.667Koordinat: 2°45′N 101°40′E / 2.750°N 101.667°E / 2.750; 101.667Negara MalaysiaNegeri SelangorPusatSalak TinggiPihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran SepangPentadbiran
 • Pegawai daerahKhairi Azali bin Ibrahim[1] • Orang Besar DaerahTengku Jamaluddin Tengku Mahmud Shah[2]Keluasan • Jumlah599.66 km2 (231.53 batu persegi)Penduduk
 (2020)
 • Jumlah325,244 • Kepadatan540/km2 (1,400/batu persegi)Zon waktuUTC+8 (WPM) • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak diamalkan)Poskod
43xxx, 47xxx, 62xxx, 63xxx, 64xxx
Kod panggilan+6-03-8Nombor plat kenderaanB

Sepang (Jawi: سڤڠ) merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri Selangor, Malaysia. Daerah ini terletak di bahagian selatan negeri Selangor bersempadan dengan daerah Petaling di utara, daerah Hulu Langat di timur, daerah-daerah Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan di tenggara, Kuala Langat di barat dan Selat Melaka di selatan. Daerah ini berkeluasan 600 kilometer persegi.

Etimologi

Nama Sepang dipercayai berasal daripada nama sejenis pokok yang banyak tumbuh di daerah ini, iaitu pokok Sepang.[4]

Sejarah

Daerah Sepang pada asalnya sebahagian daripada daerah Kuala Langat (mukim Labu dan Sepang) dan daerah Hulu Langat (mukim Dengkil). Pada 1 Januari 1975, mukim-mukim tersebut telah digabungkan dan secara rasminya membentuk daerah baharu iaitu daerah Sepang.[4]

Pentadbiran

Daerah Sepang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang dan dibahagikan kepada tiga mukim, lima bandar dan 10 pekan:[5]

Bandar dan pekan

  1. Bandar Sepang
  2. Bandar Baru Bangi
  3. Bandar Baru Salak Tinggi
  4. Bandar Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang
  5. Bandar Sungai Merab
  6. Pekan Dengkil
  7. Pekan Salak
  8. Pekan Sungai Pelek
  9. Pekan Batu 1 Sepang
  10. Pekan Bukit Bisa
  11. Pekan Bukit Prang
  12. Pekan Dato' Bakar Baginda
  13. Pekan Baru Salak Tinggi
  14. Pekan Sungai Merab
  15. Pekan Tanjung Mas

Demografi

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Sepang ialah seramai 325,244 orang dengan kepadatan penduduk 590 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Lebih separuh penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 68 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak 10 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[6]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 116:100. Terdapat 127,628 tempat kediaman dengan sebanyak 99,778 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai tiga orang dalam sebuah rumah. Lebih 233 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 83 ribu dalam golongan muda dan selebihnya lapan ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 201,683
Cina 58,160
India 30,468
Lain-lain 2,892
Bukan warganegara N/A 32,041
Agama Jumlah %
Islam 221,158 68
Buddha 52,919 16.3
Hindu 31,214 9.6
Kristian 10,544 3.2
Lain-lain 4,612 1.4
Tidak beragama 2,933 0.9
Tidak diketahui 1,864 0.6

Pengangkutan

Sejajar dengan pembangunan di daerah ini, laluan masuk ke Sepang telah bertambah, di antaranya South Klang Valley Expressway (SKVE), Elite Expressway, Putrajaya dan Urban Motor Way yang menghala ke Daerah Sepang telah siap atau akan dibina. Di samping itu, terdapat juga laluan keretapi Express Rail Link (ERL) yang menghubungkan Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) di Kuala Lumpur ke KLIA, Putrajaya dan Cyberjaya.

Daerah Sepang juga terhubung dengan kawasan lain di sekitar Lembah Klang melalui sistem pengangkutan transit MRT Laluan Putrajaya dengan tiga perhentian iaitu 16 Sierra  PY38 , Cyberjaya Utara  PY39 , dan Cyberjaya City Centre  PY40 .

Infrastruktur

Di sekitar daerah Sepang, terdapat 22 masjid, 51 surau, 26 kuil, 13 tokong dan empat gereja bagi keperluan ibadat masyarakat setempat. Bagi keperluan perubatan, terdapat dua buah hospital kerajaan iaitu Hospital Cyberjaya dan Hospital Sultan Idris Shah Serdang, empat klinik kesihatan dan sembilan klinik desa. Terdapat juga tujuh balai polis dan empat balai bomba sekitar daerah.[7][8]

Bagi keperluan pendidikan, terdapat 59 buah sekolah yang terdiri daripada 48 sekolah rendah dan 11 sekolah menengah serta 29 institusi pengajian tinggi. Antara institusi pengajian tinggi yang terdapat di daerah Sepang ialah Universiti Multimedia (kampus Cyberjaya), University of Cyberjaya, LimKokWing University of Creative Technology, Xiamen University Malaysia, Universiti Teknologi MARA (kampus Dengkil), dan Universiti Malaya (Centre for Continuing Education, UMCced).

Politik

Pihak Berkuasa Tempatan

Kawasan di bawah daerah Sepang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSEPANG).

Ahli Parlimen

Ahli Dewan Negeri (ADN)

Rujukan

  1. ^ "Portal Rasmi PDT Sepang Carta Organisasi Jabatan". www.selangor.gov.my.
  2. ^ "Portal Rasmi PDT Sepang Pejabat Orang Besar Daerah Sepang". www.selangor.gov.my.
  3. ^ "Portal Rasmi PDT Sepang Data Keluasan". www2.selangor.gov.my.
  4. ^ a b "Sejarah Sepang - Majlis Perbandaran Sepang". www.mpsepang.gov.my. Dicapai pada 2023-02-25.
  5. ^ "KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH SELANGOR" (PDF).
  6. ^ https://www.dosm.gov.my/mycendash/
  7. ^ "Portal Rasmi PDT Sepang Data Pendidikan". www.selangor.gov.my. Dicapai pada 2023-02-25.
  8. ^ "Portal Rasmi PDT Sepang Data Kemudahan". www.selangor.gov.my. Dicapai pada 2023-02-25.

Pautan luar

  • Laman web rasmi Majlis Perbandaran Sepang
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Shah Alam
Topik umum
Topik
Sosial
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
  • Pengangkutan
Bahagian
pentadbiran
9 Daerah dan 12 Kerajaan tempatan (3 Bandar, 8 Perbandaran, 1 Daerah)
Zon khas: Bandar gabungan Lembah Klang · Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia)
Majlis Bandaraya
Petaling Jaya
(Daerah Petaling)
Shah Alam
(Daerah Petaling dan Klang)
Subang Jaya
(Daerah Petaling)
Majlis Perbandaran
Kajang
(Daerah Hulu Langat)
Ampang Jaya
(Daerah Hulu Langat dan Gombak)
Klang
(Daerah Klang)
Selayang
(Daerah Gombak)
Hulu Selangor
Sepang
Kuala Langat
Kuala Selangor
Majlis Daerah
Sabak Bernam
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P092 Sabak Bernam
N01 Sungai Air Tawar
N02 Sabak

P093 Sungai Besar
N03 Sungai Panjang
N04 Sekinchan

P094 Hulu Selangor
N05 Hulu Bernam
N06 Kuala Kubu Baharu
N07 Batang Kali

P095 Tanjong Karang
N08 Sungai Burong
N09 Permatang

P096 Kuala Selangor
N10 Bukit Melawati
N11 Ijok
N12 Jeram

P097 Selayang
N13 Kuang
N14 Rawang
N15 Taman Templer

P098 Gombak
N16 Sungai Tua
N17 Gombak Setia
N18 Hulu Kelang

P099 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
N20 Lembah Jaya

P100 Pandan
N21 Pandan Indah
N22 Teratai

P101 Hulu Langat
N23 Dusun Tua
N24 Semenyih

P102 Bangi
N25 Kajang
N26 Sungai Ramal
N27 Balakong

P103 Puchong
N28 Seri Kembangan
N29 Seri Serdang

P104 Subang
N30 Kinrara
N31 Subang Jaya

P105 Petaling Jaya
N32 Seri Setia
N33 Taman Medan
N34 Bukit Gasing

P106 Damansara
N35 Kampung Tunku
N36 Bandar Utama
N37 Bukit Lanjan

P107 Sungai Buloh
N38 Paya Jaras
N39 Kota Damansara

P108 Shah Alam
N40 Kota Anggerik
N41 Batu Tiga

P109 Kapar
N42 Meru
N43 Sementa
N44 Selat Klang

P110 Klang
N45 Bandar Baru Klang
N46 Pelabuhan Klang
N47 Pandamaran

P111 Kota Raja
N48 Sentosa
N49 Sungai Kandis
N50 Kota Kemuning

P112 Kuala Langat
N51 Sijangkang
N52 Banting
N53 Morib

P113 Sepang
N54 Tanjong Sepat
N55 Dengkil
N56 Sungai Pelek

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori