Sungai Besar

Pekan Sungai Besar
Pejabat pos di Sungai Besar, Selangor
Pejabat pos di Sungai Besar, Selangor
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Sabak Bernam
MukimPekan Sungai Besar
KeluasanN/A

Pekan Sungai Besar (Jawi: سوڠاي بسر) terletak di negeri Selangor Darul Ehsan dan berada dalam daerah Sabak Bernam, di antara Sekinchan dan Sabak Bernam. Kawasan ini terletak lebih kurang 120 km dari utara Kuala Lumpur. Pekan Sungai Besar merupakan pekan terbesar di daerah Sabak Bernam, Selangor.

Sosio-ekonomi

Sungai Besar merupakan pusat bandar di daerah Sabak Bernam. Sungai Besar terletak di sebelah barat daya pusat bandar daerah Sabak Bernam. Kedudukannya ialah kira-kira 7 kilometer dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Batu 38, Sabak Bernam. Manakala, Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah, terletak kira-kira 3 kilometer dari pekan Sungai Besar yang hanya mengambil masa selama 5 minit dengan menaiki kereta. Kawasan ini terletak lebih kurang 120 kilometer dari utara Kuala Lumpur. Perjalanan dengan menaiki kereta dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Batu 38, Sabak Bernam ke Sungai Besar mengambil masa kira-kira 15 minit.

Penduduk Sungai Besar dianggarkan berjumlah 22,673 dan 43% adalah dalam lingkungan umur antara 20 tahun ke 55 tahun. Daripada jumlah keseluruhan penduduknya, 73% terdiri dari Melayu, Cina (23%) dan India (3.5%).[1]

Majoriti penduduk Sungai Besar terdiri daripada kaum tani pengusaha industri kecil dan sederhana dan nelayan. Bersawah padi adalah pekerjaan utama, selain berkebun kelapa , kelapa sawit serta menangkap ikan dan perusahaan kerepek. Sungai Besar menjadi pusat pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam di mana pejabat-pejabat kerajaaan dan Majlis Daerah terletak di pekan Sungai Besar.

Mercu tanda Selamat Datang ke Sungai Besar

Kini Sungai Besar semakin pesat membangun dari segi fizikal. Pekan Sungai Besar semakin berkembang menunjukkan kepesatan ekonomi para penduduknya. Sungai Besar merupakan salah satu dari 9 kawasan yang dikenal pasti untuk dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi tujuan perumahan, industri kecil dan sederhana, institusi-institusi pendidikan dan pertanian serta akuakultur.[2]

Pandang darat dari ciri budaya ialah kedai-kedai, pasar awam, rumah-rumah, stadium, sekolah-sekolah, stesen bas dan banyak lagi manakala pandang darat dari ciri fizikal ialah laut, pokok-pokok dan kawasan guna tanah.

Disini juga terdapat banyak sekolah pengajian islam, antaranya Maahad Tahfiz Darul Quran.Maahad Tahfiz Al-Quran Wa Ummudahi dan Sek. Agama Rakyat Tahfiz Al-Quran Simpang 3, Loji Sg. Limau.

Kini Sungai Besar diancam ketidakstabilan ekosistem kerana kebanjiran menara burung walit yang menganggu rantai hidupan asal di kawasan ini.

Nota kaki

  1. ^ Data Demografi Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor Darul Ehsan 2006. Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor
  2. ^ Selangor State Investment Centre: New Growth Centres[1]

Pautan luar

  • Day Trip Feature: Sungai Besar
  • Laman web rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)
  • l
  • b
  • s
Selangor Selangor Darul Ehsan
Ibu negeri: Shah Alam
Topik umum
Topik
Sosial
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
  • Pengangkutan
Bahagian
pentadbiran
9 Daerah dan 12 Kerajaan tempatan (3 Bandar, 8 Perbandaran, 1 Daerah)
Zon khas: Bandar gabungan Lembah Klang · Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia)
Majlis Bandaraya
Petaling Jaya
(Daerah Petaling)
Shah Alam
(Daerah Petaling dan Klang)
Subang Jaya
(Daerah Petaling)
Majlis Perbandaran
Kajang
(Daerah Hulu Langat)
Ampang Jaya
(Daerah Hulu Langat dan Gombak)
Klang
(Daerah Klang)
Selayang
(Daerah Gombak)
Hulu Selangor
Sepang
Kuala Langat
Kuala Selangor
Majlis Daerah
Sabak Bernam
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P092 Sabak Bernam
N01 Sungai Air Tawar
N02 Sabak

P093 Sungai Besar
N03 Sungai Panjang
N04 Sekinchan

P094 Hulu Selangor
N05 Hulu Bernam
N06 Kuala Kubu Baharu
N07 Batang Kali

P095 Tanjong Karang
N08 Sungai Burong
N09 Permatang

P096 Kuala Selangor
N10 Bukit Melawati
N11 Ijok
N12 Jeram

P097 Selayang
N13 Kuang
N14 Rawang
N15 Taman Templer

P098 Gombak
N16 Sungai Tua
N17 Gombak Setia
N18 Hulu Kelang

P099 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
N20 Lembah Jaya

P100 Pandan
N21 Pandan Indah
N22 Teratai

P101 Hulu Langat
N23 Dusun Tua
N24 Semenyih

P102 Bangi
N25 Kajang
N26 Sungai Ramal
N27 Balakong

P103 Puchong
N28 Seri Kembangan
N29 Seri Serdang

P104 Subang
N30 Kinrara
N31 Subang Jaya

P105 Petaling Jaya
N32 Seri Setia
N33 Taman Medan
N34 Bukit Gasing

P106 Damansara
N35 Kampung Tunku
N36 Bandar Utama
N37 Bukit Lanjan

P107 Sungai Buloh
N38 Paya Jaras
N39 Kota Damansara

P108 Shah Alam
N40 Kota Anggerik
N41 Batu Tiga

P109 Kapar
N42 Meru
N43 Sementa
N44 Selat Klang

P110 Klang
N45 Bandar Baru Klang
N46 Pelabuhan Klang
N47 Pandamaran

P111 Kota Raja
N48 Sentosa
N49 Sungai Kandis
N50 Kota Kemuning

P112 Kuala Langat
N51 Sijangkang
N52 Banting
N53 Morib

P113 Sepang
N54 Tanjong Sepat
N55 Dengkil
N56 Sungai Pelek

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori

3°40′N 100°59′E / 3.667°N 100.983°E / 3.667; 100.983