Pulau Carey

Pulau Carey merupakan sebuah pulau yang terletak di dalam negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak di selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting. Pulau ini dinamakan bersempena Edward Valentine John Carey, seorang pegawai awam British di Malaya.

Pulau Carey merupakan pulau lembangan mendatar yang besar terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Walaupun secara teknikal ia merupakan sebuah pulau, namun pada hakikatnya tanah pulau ini hanya dipisahkan dari tanah besar disebabkan oleh kehadiran Sungai Langat diantara keduanya.

Komoditi kelapa sawit

Pulau Carey mendapat nama dari seorang pegawai British yang juga merupakan pengusaha ladang kopi dan getah bernama Valentine Carey, beliau dilihat arif dalam aktiviti pertanian dan kesuburan tanah pertanian yang telah digunakan melebihi 100 tahun.

Pulau Carey juga pernah dikenali dengan nama seperti Pulau Bangsar dan Telok Gonjeng.

Pada hari ini Pulau Carey juga mendapat jolokan "Pulau Sime Darby" kerana syarikat estet ladang kelapa sawit terbesar di Malaysia telah mendominasi tanah pulau ini yang rata-rata dijadikan sebagai ladang kelapa sawit komoditi.

Perladangan tulen kelapa sawit dilihat menjadi bahan asas kepada aktiviti pemprosesan minyak kelapa sawit mentah untuk dijadikan minyak masakan dan bahan asas campuran dalam minyak bio-diesel bagi pembakaran api mesra alam.

Industri kelapa sawit kadang kala mendapat reaksi negetif dan kritikan dari pelbagai pihak. Mereka berpendapat aktiviti penanaman tumbuhan komoditi tersebut dapat menyebabkan kerosakan terhadap sistem akuifer air bawah tanah, menyebabkan mendapan tanah, mencemarkan ekosistem sungai dan menganggu habitat semulajadi hidupan liar.

Jangka hayat pengeluaran hasil buah kelapa sawit beretrusan biasanya akan berakhir hingga umurnya mencapai 30 tahun, ini sekaligus memberi tempoh yang baik untuk mewujudkan kesinambungan antara haiwan, burang dan tanaman sekitarnya.

Bagi mewujukan suatu hubungan simbiosis antara tanaman komoditi dan tumbuhan liar serta hidupan disekitar Pulau Carey, pihak Sime Darby telah menjalankan kegiatan penanaman semula pokok terancam dan cuba membangunkan semula kawasan rizab hutan paya bakau disekitar pesisir pantai pulau tersebut.[1]

Orang Asli Mah Meri

Pulau Carey cukup sinonim dengan kewujudan penempatan awal masyarakat Orang Asli, Mah Meri yang terkenal di Malaysia. Mah Meri merupakan salah satu dari 18 buah puak Orang Asli yang wujud di Malaysia. Komoniti Mah Meri di sini cukup ramai bilangannya mencapai 1400 orang, yang terkenal dalam aktiviti pembuatan boneka kayu dan topeng. Mereka membuat peralatan seni tersebut dari pokok kayu keras yang digelar Nyireh Batu dari famili Mahogany. Masyarakat Mah Meri disana biasanya mempunyai 25 orang petugas yang bertanggungjawab memahat kayu untuk dajadikan patung dan topeng yang mempunyai 100 bentuk seni reka Orang Asli. Setiap bentuk mempunyai maksud dan erti tersendiri.

Tempat terbaik bagi melihat kehadiran puak ini adalah di Kampung Sungei Bumbun dimana mereka menjalankan aktiviti perniagaan kraftangan mereka di gerai-gerai dan pusat kraf setempat yang dibuka khas bagi tujuan tersebut.

Puak Mah Meri ini juga sebenarnya juga menarik pelancong dengan aktiviti tarian tradisional mereka, mereka biasanya memakai tengkolok daun yang diperbuat dari daun nipah dalam meraikan kedatangan pelancog dan aktiviti keraian mereka.[2]

Pantai

Pulau Carey juga mempunyai pantai berpasir halus tersendiri. Namun bukanlah terbaik seperti pantai-pantai lain di Malaysia dan dunia. Pantai Pulau Carey dilihat agak kotor dan dipenuhi dengan sampah, tayar-tayar dan sebagainya. Ini berikutan pantainya menghadap Selat Melaka yang sibuk dengan kapal dagangan serta lokasinya yang tidak terlalu jauh dari pelabuhan. Namun ada juga pantai yang bersih yang berpasir putih dan air yang agak sesuai untuk dijadikan mandian. Pengunjung boleh melihat banyak kerang-kerangan di pantai Pulau Carey selain deruan air masin yang nyaman juga dapat didengari dan dihidu segar.[3]

Rujukan

  1. ^ http://www.malaysia-traveller.com/carey-island.html Carey Island (Pulau Carey)
  2. ^ http://www.malaysia-traveller.com/carey-island.html Carey Island (Pulau Carey)
  3. ^ http://www.malaysia-traveller.com/carey-island.html Carey Island (Pulau Carey)

Bacaan lanjut

  • http://web.usm.my/kajh/KAJH%2017/KAJH%20Art%206%20%28111-134%29.pdf
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Shah Alam
Topik umum
Topik
Sosial
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
  • Pengangkutan
Bahagian
pentadbiran
9 Daerah dan 12 Kerajaan tempatan (3 Bandar, 8 Perbandaran, 1 Daerah)
Zon khas: Bandar gabungan Lembah Klang · Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia)
Majlis Bandaraya
Petaling Jaya
(Daerah Petaling)
Shah Alam
(Daerah Petaling dan Klang)
Subang Jaya
(Daerah Petaling)
Majlis Perbandaran
Kajang
(Daerah Hulu Langat)
Ampang Jaya
(Daerah Hulu Langat dan Gombak)
Klang
(Daerah Klang)
Selayang
(Daerah Gombak)
Hulu Selangor
Sepang
Kuala Langat
Kuala Selangor
Majlis Daerah
Sabak Bernam
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P092 Sabak Bernam
N01 Sungai Air Tawar
N02 Sabak

P093 Sungai Besar
N03 Sungai Panjang
N04 Sekinchan

P094 Hulu Selangor
N05 Hulu Bernam
N06 Kuala Kubu Baharu
N07 Batang Kali

P095 Tanjong Karang
N08 Sungai Burong
N09 Permatang

P096 Kuala Selangor
N10 Bukit Melawati
N11 Ijok
N12 Jeram

P097 Selayang
N13 Kuang
N14 Rawang
N15 Taman Templer

P098 Gombak
N16 Sungai Tua
N17 Gombak Setia
N18 Hulu Kelang

P099 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
N20 Lembah Jaya

P100 Pandan
N21 Pandan Indah
N22 Teratai

P101 Hulu Langat
N23 Dusun Tua
N24 Semenyih

P102 Bangi
N25 Kajang
N26 Sungai Ramal
N27 Balakong

P103 Puchong
N28 Seri Kembangan
N29 Seri Serdang

P104 Subang
N30 Kinrara
N31 Subang Jaya

P105 Petaling Jaya
N32 Seri Setia
N33 Taman Medan
N34 Bukit Gasing

P106 Damansara
N35 Kampung Tunku
N36 Bandar Utama
N37 Bukit Lanjan

P107 Sungai Buloh
N38 Paya Jaras
N39 Kota Damansara

P108 Shah Alam
N40 Kota Anggerik
N41 Batu Tiga

P109 Kapar
N42 Meru
N43 Sementa
N44 Selat Klang

P110 Klang
N45 Bandar Baru Klang
N46 Pelabuhan Klang
N47 Pandamaran

P111 Kota Raja
N48 Sentosa
N49 Sungai Kandis
N50 Kota Kemuning

P112 Kuala Langat
N51 Sijangkang
N52 Banting
N53 Morib

P113 Sepang
N54 Tanjong Sepat
N55 Dengkil
N56 Sungai Pelek

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori