Teluk Gong

Teluk Gong merupakan sebuah perkampungan yang kini menjadi sebuah pekan, berhampiran dengan bandar Klang dan Pelabuhan Klang di Selangor, Malaysia. Antara tempat berdekatan ialah Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Pulau Indah dan Kampung Baru Batu Lima. Di seberang Teluk Gong ialah Pulau Indah yang dahulunya dikenali dengan nama Pulau Lumut. Pelabuhan Barat (Westport) telah dimajukan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Teluk Gong merupakan kawasan perkampungan nelayan pantai. Teluk Gong berhampiran dengan muara Sungai Klang dan Selat Melaka. Oleh itu, sebuah jeti nelayan telah dibina di Teluk Gong bagi memudahkan bot-bot nelayan pantai singgah, berlabuh dan menurunkan tangkapan ikan yang turun. Kebanyakan mereka menggunakan jaring biasa yang direntang di tengah laut.

Selain bekerja sebagai nelayan, penduduk Teluk Gong bekerja di sektor perindustrian. Lebuhraya Shah Alam - Pelabuhan Klang hingga ke Westport telah dibina, kilang dan gudang banyak terbina.

Ancak

Masyarakat Melayu di sini pernah melakukan mandi Safar, memberi ancak berupa nasi pulut dan mengalirkan darah kambing disembelih ke laut kononnya untuk menghindar banjir. Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam dan Mesra Rakyat Selangor dan bekas ADUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil menyatakan segelintir jemaah masjid Teluk Gong terlibat.[1]

Sejarah

Hamid Tuah

Teluk Gong pernah terkenal pada tahun 1967, apabila penduduk kampung mengadakan demonstrasi menuntut tanah yang mereka teroka menjadi hak milik mereka. Antara yang menjadi pejuang rakyat ketika itu ialah Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Sanusi Osman dan Hamid Tuah. Pada 1960-an, tindakan Hamid Tuah dan 500 penduduk-penduduk Melayu miskin yang meneroka tanah hutan di Teluk Gong dikatakan tidak menepati Undang-Undang Tanah kerajaan negeri Selangor. Beliau telah dikenakan tahanan terhad di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Pihak kerajaan tidak membenarkan mereka meneroka tanah milik kerajaan dan telah menghantar pasukan keselamatan untuk menahan petani dan memusnahkan tanaman mereka. Seterusnya menahan Hamid dan empat orang pengikutnya pada 4 Januari 1969, mereka ditahan di kem tahanan Muar dan Batu Gajah selama dua tahun.[2]

Rujukan

  1. ^ Kumpulan ajaran sesat sembelih kambing dikesan
  2. ^ Siri 3: Tajuk Terpilih Dekad 1960an
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Shah Alam
Topik umum
Topik
Sosial
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
  • Pengangkutan
Bahagian
pentadbiran
9 Daerah dan 12 Kerajaan tempatan (3 Bandar, 8 Perbandaran, 1 Daerah)
Zon khas: Bandar gabungan Lembah Klang · Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia)
Majlis Bandaraya
Petaling Jaya
(Daerah Petaling)
Shah Alam
(Daerah Petaling dan Klang)
Subang Jaya
(Daerah Petaling)
Majlis Perbandaran
Kajang
(Daerah Hulu Langat)
Ampang Jaya
(Daerah Hulu Langat dan Gombak)
Klang
(Daerah Klang)
Selayang
(Daerah Gombak)
Hulu Selangor
Sepang
Kuala Langat
Kuala Selangor
Majlis Daerah
Sabak Bernam
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P092 Sabak Bernam
N01 Sungai Air Tawar
N02 Sabak

P093 Sungai Besar
N03 Sungai Panjang
N04 Sekinchan

P094 Hulu Selangor
N05 Hulu Bernam
N06 Kuala Kubu Baharu
N07 Batang Kali

P095 Tanjong Karang
N08 Sungai Burong
N09 Permatang

P096 Kuala Selangor
N10 Bukit Melawati
N11 Ijok
N12 Jeram

P097 Selayang
N13 Kuang
N14 Rawang
N15 Taman Templer

P098 Gombak
N16 Sungai Tua
N17 Gombak Setia
N18 Hulu Kelang

P099 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
N20 Lembah Jaya

P100 Pandan
N21 Pandan Indah
N22 Teratai

P101 Hulu Langat
N23 Dusun Tua
N24 Semenyih

P102 Bangi
N25 Kajang
N26 Sungai Ramal
N27 Balakong

P103 Puchong
N28 Seri Kembangan
N29 Seri Serdang

P104 Subang
N30 Kinrara
N31 Subang Jaya

P105 Petaling Jaya
N32 Seri Setia
N33 Taman Medan
N34 Bukit Gasing

P106 Damansara
N35 Kampung Tunku
N36 Bandar Utama
N37 Bukit Lanjan

P107 Sungai Buloh
N38 Paya Jaras
N39 Kota Damansara

P108 Shah Alam
N40 Kota Anggerik
N41 Batu Tiga

P109 Kapar
N42 Meru
N43 Sementa
N44 Selat Klang

P110 Klang
N45 Bandar Baru Klang
N46 Pelabuhan Klang
N47 Pandamaran

P111 Kota Raja
N48 Sentosa
N49 Sungai Kandis
N50 Kota Kemuning

P112 Kuala Langat
N51 Sijangkang
N52 Banting
N53 Morib

P113 Sepang
N54 Tanjong Sepat
N55 Dengkil
N56 Sungai Pelek

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori
Ikon tunas

Rencana berkaitan geografi dan tempat di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s