Seri Kembangan

Seri Kembangan
沙登
ஸ்ரீ கெம்பாங்கான்
Pemandangan Seri Kembangan
Pemandangan Seri Kembangan
Seri Kembangan is located in Bumi
Seri Kembangan
Seri Kembangan (Bumi)
Lokasi Dalam Malaysia
Koordinat: 3°02′N 101°43′E / 3.033°N 101.717°E / 3.033; 101.717
Negara  Malaysia
Negeri  Selangor
Kerajaan
 - Pentadbir Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
 - Yang Di-Pertua Y.B. Dato' Nor Hisham Ahmad Dahlan
 - Ahli Parlimen Y.B. Gobind Singh Deo (DAP) - Puchong
 - ADUN Y.B Ean Yong Hian Wah (DAP) - Seri Kembangan
Kepadatan (2018)
 - Jumlah 43,611
Zon masa MST (UTC+8)
Seri Kembangan
Bahasa Cina沙登code: zh is deprecated
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu PinyinShā Dēng

Seri Kembangan ialah sebuah bandar baharu yang pesat membangun di Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Seri Kembangan merangkumi kawasan dari Balakong, Taman Lestari Perdana dan Taman Serdang Raya hingga ke Bandar Putra Permai, Taman Equine dan Taman Lestari Putra. Seri Kembangan terletak berdekatan dengan Putrajaya, Sungai Besi, Bukit Jalil dan Puchong. Majoriti penduduk di sini berketurunan Cina pada asalnya, namun kini semakin ramai keturunan India dan Melayu yang tinggal di sini. Kebanyakkan penduduk Cina di sini merupakan etnik Hakka.[1]

Sejarah

Seri Kembangan tertubuh sebagai Kampung Baru Serdang pada tahun 1952 apabila pihak British memindahkan penduduk kampung berketurunan Cina sekitar Sungai Besi ke satu lokasi tertumpu disebabkan ancaman Komunis semasa Darurat Tanah Melayu sebagai sebahagian daripada Rancangan Briggs.

Pada mulanya, kampung ini hanya memiliki 50 rumah dan ke semuanya dibina dengan tangan kerana pihak British hanya menyediakan tanah kosong. Kawasan ini berdekatan dengan estet pokok getah dan hutan di mana bahaya boleh datang tanpa diduga. Kebanyakkan penduduk di sini merupakan orang yang bergaji rendah dan bekerja di lombong atau sebagai penoreh getah.[2]

Pada tahun 1980-an Seri Kembangan mula membina nama apabila menjadi pusat industri kasut terbesar di negara ini. Lebih 60 peratus pengeluaran kasut kulit berjenama terkemuka di negara  ini dibuat di lebih 200 kilang kasut di Seri Kembangan. Bagaimanapun, industri itu mula merosot pada tahun 1990-an, hingga kini hanya tinggal kurang 50 kilang pembuatan kasut di Seri Kembangan. Pengusaha tempatan tidak dapat bersaing dengan kasut import dari negara China yang lebih murah harganya.[3]

Selepas Sukan Komanwel 1998, lebih banyak pembangunan telah diadakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini telah mentransformasikan bandar yang dahulunya tidak dikenali sebagai satu hab perniagaan yang terunggul di Selangor.

Cuaca

Dilindungi oleh Banjaran Titiwangsa di bahagian timur dan Pulau Sumatera di barat, Seri Kembangan mempunyai iklim hutan hujan tropika (Pengelasan Iklim Köppen Af) iaitu panas dan lembab, terutamanya ketika musim Monsun Timur Laut dari Oktober ke Mac. Suhu di Seri Kembangan dijangka tetap sepanjang tahun. Suhu maksimum berukuran di antara 31 hingga 33 darjah Celcius namun begitu suhu di sini belum pernah mencecah lebih daripada 39 darjah Celcius, manakala suhu minimum dapat menjangkau di antara 22 hingga 24 darjah Celcius dan tidak pernah jatuh sehingga bawah daripada 14 darjah Celcius. Secara normal, Seri Kembangan menerima sebanyak 2,600 m (100 inci) hujan setahun di mana bulan Jun dan Julai selalunya paling kering.

Data iklim untuk Subang Jaya (Jarak kira-kira 5 km dari Seri Kembangan)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 36
(97)
37
(99)
37
(99)
36
(97)
36
(97)
36
(97)
36
(97)
36
(97)
35
(95)
35
(95)
35
(95)
35
(95)
37
(99)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 32.1
(89.8)
32.9
(91.2)
33.2
(91.8)
33.1
(91.6)
32.9
(91.2)
32.7
(90.9)
32.3
(90.1)
32.3
(90.1)
32.1
(89.8)
32.1
(89.8)
31.6
(88.9)
31.5
(88.7)
32.4
(90.3)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 22.5
(72.5)
22.8
(73.0)
23.2
(73.8)
23.7
(74.7)
23.9
(75.0)
23.6
(74.5)
23.2
(73.8)
23.1
(73.6)
23.2
(73.8)
23.2
(73.8)
23.2
(73.8)
22.9
(73.2)
23.2
(73.8)
Rekod rendah suhu, °C (°F) 18
(64)
20
(68)
20
(68)
21
(70)
21
(70)
20
(68)
19
(66)
20
(68)
20
(68)
21
(70)
21
(70)
19
(66)
18
(64)
Purata curahan hujan, mm (inci) 192
(7.6)
181
(7.1)
251
(9.9)
292
(11.5)
191
(7.5)
133
(5.2)
136
(5.4)
155
(6.1)
197
(7.8)
258.5
(10.18)
297
(11.7)
246.9
(9.72)
2,530.4
(99.62)
Purata bilangan hari hujan (≥ 1.0 mm) 11 12 14 16 13 9 10 11 13 16 18 15 158
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 186.0 194.9 207.7 198.0 207.7 195.0 201.5 189.1 165.0 170.5 153.0 161.2 2,229.6
Sumber 1: Jabatan Meteorologi Malaysia – Subang 1961–2010
Sumber 2: Organisasi Meteorologi Dunia (PBB, 1971–2000) — Sumber #3: Observatori Hong Kong (dapatan matahari sahaja, 1961–1990)[4]

Fungsi

Pusat Beli-belah The Mines

Seri Kembangan dijadikan pusat perniagaan kerana terdapat pelbagai kompleks beli-belah seperti Mines Shopping Fair, Aeon Taman Equine, Giant Seri Kembangan dan South City Plaza. Selain itu, Seri Kembangan menjadi hab pendidikan dengan tertubuhnya Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Sekolah Alice Smith yang juga terletak di sini. Saban tahun, penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah menarik ramai pengunjung dari serata negeri dan negara sekali gus mempopularkan Seri Kembangan.[5] Terdapat juga Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), satu pertubuhan yang menjalankan penyelidikan asas dan gunaan dalam sektor air seperti sumber air dan perubahan iklim, lembangan sungai, pantai dan oseanografi, hidrogeologi serta kualiti air dan alam sekitar.

Kemudahan awam

Terdapat pelbagai kemudahan awam yang ada di sini. Antaranya ialah melalui bas Rapid KL di mana bas ini juga berhenti di Stesen Komuter Serdang. Menaiki bas adalah bagus untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang seri berlaku ketika waktu puncak.[6] Pembinaan lebuh raya dapat mempercepatkan pejalanan ke sini di samping dapat menghubungkan ke bandar-bandar lain seperti Puchong, Kajang dan Putrajaya. Kedudukannya ialah kira-kira 25 kilometer dari Kuala Lumpur manakala perjalanan dengan menggunakan komuter KTM dari Stesen Kereta Api Serdang ke Stesen Kereta Api KL Sentral mengambil masa 30 minit dengan bayaran RM 1.80 bagi dewasa manakala kanak-kanak pula ialah 90 sen.

Seri Kembangan dihubungkan dengan lebuh-lebuh raya seperti Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Maju (MEX), Lebuh Raya BESRAYA, Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Terdapat 8 stesen MRT yang dirangkumi di bawah projek Laluan Putrajaya (sebelum ini dikenali sebagai Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (Laluan SSP) yang terletak dalam kawasan ini; Selain daripada Stesen MRT Taman Universiti yang masih dalam peringkat perancangan, 7 Stesen MRT lain (dari stesen MRT Bandar 16 Sierra ke Stesen MRT Serdang Raya Utara) telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi sejak bulan Jun 2023 yang menghubungkan .

Tempat menarik

Rujukan

  1. ^ "双语路牌有亲切感.沙登村民好开心" (dalam bahasa Cina). Sin Chew Jit Poh (星洲日报). 29 Julai 2017. Dicapai pada 30 Julai 2017.
  2. ^ "Seri Kembangan - from village of 50 houses in 1952 to 2,500 now" (dalam bahasa Inggeris). The Star. 18 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Seri Kembangan bermula dengan industri kasut". Sinar Harian. 20 Mei 2015. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  4. ^ "Climatological Information for Kuala Lumpur, Malaysia". Observatori Hong Kong. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-13. Dicapai pada 28 Oktober 2010.
  5. ^ "MAHA 2016 terima 3.7 juta pengunjung". Berita Harian. 11 Disember 2016. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  6. ^ "Move to address traffic issues in Seri Kembangan" (dalam bahasa Inggeris). The Star. 15 Februari 2018. Dicapai pada 26 Mei 2018.

Pautan luar

  • Peta-peta berkaitan dengan Seri Kembangan
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Shah Alam
Topik umum
Topik
Sosial
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
  • Pengangkutan
Bahagian
pentadbiran
9 Daerah dan 12 Kerajaan tempatan (3 Bandar, 8 Perbandaran, 1 Daerah)
Zon khas: Bandar gabungan Lembah Klang · Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia)
Majlis Bandaraya
Petaling Jaya
(Daerah Petaling)
Shah Alam
(Daerah Petaling dan Klang)
Subang Jaya
(Daerah Petaling)
Majlis Perbandaran
Kajang
(Daerah Hulu Langat)
Ampang Jaya
(Daerah Hulu Langat dan Gombak)
Klang
(Daerah Klang)
Selayang
(Daerah Gombak)
Hulu Selangor
Sepang
Kuala Langat
Kuala Selangor
Majlis Daerah
Sabak Bernam
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P092 Sabak Bernam
N01 Sungai Air Tawar
N02 Sabak

P093 Sungai Besar
N03 Sungai Panjang
N04 Sekinchan

P094 Hulu Selangor
N05 Hulu Bernam
N06 Kuala Kubu Baharu
N07 Batang Kali

P095 Tanjong Karang
N08 Sungai Burong
N09 Permatang

P096 Kuala Selangor
N10 Bukit Melawati
N11 Ijok
N12 Jeram

P097 Selayang
N13 Kuang
N14 Rawang
N15 Taman Templer

P098 Gombak
N16 Sungai Tua
N17 Gombak Setia
N18 Hulu Kelang

P099 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
N20 Lembah Jaya

P100 Pandan
N21 Pandan Indah
N22 Teratai

P101 Hulu Langat
N23 Dusun Tua
N24 Semenyih

P102 Bangi
N25 Kajang
N26 Sungai Ramal
N27 Balakong

P103 Puchong
N28 Seri Kembangan
N29 Seri Serdang

P104 Subang
N30 Kinrara
N31 Subang Jaya

P105 Petaling Jaya
N32 Seri Setia
N33 Taman Medan
N34 Bukit Gasing

P106 Damansara
N35 Kampung Tunku
N36 Bandar Utama
N37 Bukit Lanjan

P107 Sungai Buloh
N38 Paya Jaras
N39 Kota Damansara

P108 Shah Alam
N40 Kota Anggerik
N41 Batu Tiga

P109 Kapar
N42 Meru
N43 Sementa
N44 Selat Klang

P110 Klang
N45 Bandar Baru Klang
N46 Pelabuhan Klang
N47 Pandamaran

P111 Kota Raja
N48 Sentosa
N49 Sungai Kandis
N50 Kota Kemuning

P112 Kuala Langat
N51 Sijangkang
N52 Banting
N53 Morib

P113 Sepang
N54 Tanjong Sepat
N55 Dengkil
N56 Sungai Pelek

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori