Ayer Tawar

Koordinat: 4°13′12″N 100°44′24″E / 4.22000°N 100.74000°E / 4.22000; 100.74000

Ayer Tawar
Bandar
Kampung Baru Ayer Tawar
Kampung Baru Ayer Tawar
Negara Malaysia
NegeriPerak
DaerahManjung
Poskod
32xxx

Ayer Tawar adalah sebuah bandar yang terletak di daerah Manjung, negeri Perak, Malaysia dan mempunyai penduduk seramai 30,000. Bandar ini kurang terkenal daripada jiran terdekatnya, iaitu Sitiawan yang terletak 15 kilometer jauhnya.Beberepa tempat yang dekat adalah Bota Kanan dan Kampung Rajah Hitam.

Geografi

Ayer Tawar terletak kira-kira 60 kilometer jauh ke barat ibu negeri, Ipoh, dan 22 kilometer dari Lumut di mana pangkalan tentera laut terbesar Malaysia terletak.

Bandar ini dibahagikan kepada dua bahagian yang dikenali sebagai Bandar Lama dan Bandar Baru oleh Sungai Ayer Tawar.Ironinya, bangunan-bangunan tertentu di Bandar Lama bahkan lebih baru daripada di Bandar Baru akibat pembangunan semula, dari kebakaran yang berulang-ulang yang telah memusnahkan kedai-kedai runcing kayu yang asli.Hari ini, pembangunan sedang berjalan di Bandar Baru di sepanjang deretan rumah kedai di sebelah Jalan Sekolah, jalan menuju Sekolah Rendah Cina Min Te Cina, yang merupakan sekolah tertua di bandar ini.

Selain itu, terdapat beberapa sekolah rendah lain di dalam perbandaran.Contohnya Sekolah Rendah Tamil Ayer Tawar, Sekolah Rendah Pei Min di Kampong Raja Hitam, Sekolah Rendah Merbau di Kampung Merbau Dan Sekolah Rendah Cina Ayer Tawar.

Beberapa tanda yang penting di Ayer Tawar termasuk: Gereja Methodist Cina, Kuil Sembilan Maharaja Kaisar Tuhan, Kuil Krishna Hindu, 2 biara Buddha Guang Ji Gong, Nan Hai Guangying dan Bangunan Persatuan Kutien.

Cara ke sana

  • Jalan lama dari Lumut ke terus ke Sitiawan dan Bota
  • Dari Teluk Intan melalui Lebuh raya Kayan, Sitiawan dan Lumut.

Sejarah

Ayer Tawar pada asalnya diterokai oleh Orang-Orang Sumatra yang berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu. Ada pendapat yang mengatakan orang-orang Sumatra ini kebanyakan mereka datang dari Daerah Panai, Sumatra Timur, Daerah Kota Pinang , Labuhan Batu serta beberapa wilayah lain seperti Batu Bara dan lain-lain. Ada juga pendapat yang mengaitkan penghijrahan orang-orang Sumatra ini kerana kesan Perang Padri yang berlaku lingkungan tahun 1830-an.

Mereka membuka perkampungan Ayer Tawar sempena menamakan Sungai Ayer Tawar itu jernih, bersih dan tawar airnya. Maka dikatakan pada waktu itu dinamakan Kampung Ayer Tawar sempena dengan nama Sungai Ayer Tawar. Boleh dikatakan Penduduk Asal Ayer Tawar telah didiami oleh Orang-Orang Mandailing, Panai dan sedikit Jawa. Kebanyakan orang Mandailing yang menetap di Ayer Tawar ialah dari kalangan Marga Nasution, Hasibuan dan sedikit Lubis. Ini mungkin disebabkan kesan dari Perang Kelang yang berlaku pada penghujung tahun 1870-an. Kesan Perang Kelang ini telah membawa kepada penghijrahan Orang-orang Mandailing dari Kuala Lumpur ke Batu Gajah. Serpihan daripada pengikut-pengikut Raja Asal seperti orang kanan dan panglima mereka berhijrah dan membuka kebun di Ayer Tawar sebelum Penguasaan Inggeris sepenuhnya di Negeri Perak. Bukti ini masih jelas jika melihat ada terdapat bangunan-bangunan di Pekan Ayer Tawar yang dibangunkan oleh orang Mandailing berwarga Nasution dan sebagainya.

Orang-orang Jawa juga ada membuka perkampungan di Kampung Sungai Rambai mereka juga adalah berasal dari pulau Jawa. sama seperti orang-orang Panai, Mandailing dan Batu Bara yang berhijrah dari Pulau Sumatra.

Selepas penguasaan Inggeris di Negeri Perak melalui Perjanjian Pangkor 1874 Daerah Dindings telah dikuasai oleh bekas penjajah itu. Penguasaan Nahkoda Mohamad Taib seorang Penguasa kawasan Lumut yang bertapak di Kuala Sepit telah mendapat restu daripada Sultan Perak waktu itu. Namun semasa perjanjian Pangkor pihak Nahkoda Mohamad Taib tidak dilibatkan. Ini menyebabkan ramai pengikut Nahkoda Mohamad Taib telah beransur-ansur Pindah dari Kuala Sepit dan membuka perkampungan Baru di Kampung Sitiawan, Segari dan beberapa kawasan berhampiran sungai Dingings yang lain. Hasil percampuran dan perkahwinan ada dikalangan mereka yang berkahwin dengan orang-orang di Ayer Tawar dan Kampung Baru. Maka dengan itu Persaudaraan diantara seagama telah berkembang dalam Daerah Dindings itu sendiri.

Kemasukan peniaga dan pekebun berbangsa Cina di Ayer Tawar telah membuka peluang perniagaan kepada kaum itu. Orang-orang Mandailing dan Melayu diAyer Tawar telah menjual tanah-tanah mereka untuk mendapatkan wang kerana kemerosotan ekonomi pada awal tahun 1900-an. Banyak Tanah-tanah mereka telah dijual kepada orang-orang Cina sehingga mereka berpindah dan membuka kawasan baru di Kampung Ayer Tawar. Kini Kampung Ayer Tawar yang jauhnya 4 Kilometer dari Pekan Ayer Tawar masih kekal sebagai Perkampungan orang-orang Mandailing dan orang-orang Panai yang terbaris dari Batu 16 hingga Batu 20 menghala Jalan ke Bruas merupakan warisan sejarah Ayer Tawar yang tidak ternilai.

Golongan Etnis ini dikatakan mempunyai kaitan dengan kebangkitan semangat Nasionalisme di Perak seperti Adam Malik,Aminuddin Baki, serta tokoh-tokoh lain yang terbilang.

Kini sumber Ekonomi Ayer Tawar ialah Pertanian, Pekebunan Kelapa Sawit, Getah dan sedikit sayur-sayuran. Pekan Ayer Tawar sedang pesat membangun seiring dengan Pembangunan Daerah Manjung yang kini menjadi Bandar Pelancongan. Kepesatan ini telah membawa era pemodenan daerah dan pembangunan pendidikan. Ramai warga muda telah berpindah ke Bandar Besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang , Singapura dan lain-lain.

Kampung

Masjid

  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Ipoh - Bandar diraja: Kuala Kangsar
Topik
Masyarakat
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Kesihatan (Pandemik COVID-19)
  • Politik
    • Pilihan raya
Pemerintahan
Diraja
Eksekutif
Bahagian pentadbiran
Daerah
Bandar raya
Bandar
Ayer Tawar • Bagan Datoh Bagan Serai Bagan Sungai Burong Banir Batak Rabit Batu Gajah Behrang Bercham Beruas Bidor Bikam Bota Bukit Gantang Bukit Merah Changkat Jering Changkat Keruing Chemor Chikus Damar Laut Gerik Gopeng Gua Tempurung Hutan Melintang Jelapang Jenderata Jerlun Kamunting Karai Kota Setia Kuala Kangsar Kuala Kurau Kuala Sepetang Langkap Lekir Lenggong Lumut Manjoi Malim Nawar Mambang Di Awan Manong Menglembu Meru Padang Rengas Pantai Remis Parit Parit Buntar Pasir Salak Pekan Gurney Pengkalan Hulu (Keroh) • Bandar raya Proton Sayong Selama Seri Iskandar Seri Manjung Simpang Tiga Sitiawan Slim Slim River Sungai Siput Sungkai Taiping Tambun Tanjung Malim Tanjung Piandang Tanjung Rambutan Tanjung Tualang Tapah Tapah Road Teluk Batik Teluk Intan Teluk Rubiah Temoh Temoh Road Trolak Trong Tronoh
Tempat menarik
Pulau
Tasik
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P054 Gerik
N01 Pengkalan Hulu
N02 Temenggor

P055 Lenggong
N03 Kenering
N04 Kota Tampan

P056 Larut
N05 Selama
N06 Kubu Gajah
N07 Batu Kurau

P057 Parit Buntar
N08 Titi Serong
N09 Kuala Kurau

P058 Bagan Serai
N10 Alor Pongsu
N11 Gunong Semanggol
N12 Selinsing

P059 Bukit Gantang
N13 Kuala Sepetang
N14 Changkat Jering
N15 Trong

P060 Taiping
N16 Kamunting
N17 Pokok Assam
N18 Aulong

P061 Padang Rengas
N19 Chenderoh
N20 Lubok Merbau

P062 Sungai Siput
N21 Lintang
N22 Jalong

P063 Tambun
N23 Manjoi
N24 Hulu Kinta

P064 Ipoh Timor
N25 Canning
N26 Tebing Tinggi
N27 Pasir Pinji

P065 Ipoh Barat
N28 Bercham
N29 Kepayang
N30 Buntong

P066 Batu Gajah
N31 Jelapang
N32 Menglembu
N33 Tronoh

P067 Kuala Kangsar
N34 Bukit Chandan
N35 Manong

P068 Beruas
N36 Pengkalan Baharu
N37 Pantai Remis
N38 Astaka

P069 Parit
N39 Belanja
N40 Bota

P070 Kampar
N41 Malim Nawar
N42 Keranji
N43 Tualang Sekah

P071 Gopeng
N44 Sungai Rapat
N45 Simpang Pulai
N46 Teja

P072 Tapah
N47 Chenderiang
N48 Ayer Kuning

P073 Pasir Salak
N49 Sungai Manik
N50 Kampong Gajah

P074 Lumut
N51 Pasir Panjang
N52 Pangkor

P075 Bagan Datuk
N53 Rungkup
N54 Hutan Melintang

P076 Teluk Intan
N55 Pasir Bedamar
N56 Changkat Jong

P077 Tanjong Malim
N57 Sungkai
N58 Slim
N59 Behrang

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Category