Slim River

Jambatan Sungai Slim di Slim River
Jalan Persekutuan 1 di Slim River

Slim River adalah sebuah pekan di daerah Muallim, Negeri Perak. Ia terletak di selatan Perak, kira-kira 20 km di utara Tanjung Malim dan 100 km di selatan Ipoh. Slim River merupakan pekan kedua terbesar di daerah Muallim dan ditadbir oleh Majlis Daerah Tanjung Malim.

Etimologi

Asal usul nama Slim River diambil dari dua perkataan Inggeris bermaksud "Sungai Sempit". Hal ini disebabkan British telah menamakan kawasan ini dahulu berikutan keadaan sungai dikawasan ini yang sempit.[1]

Nama kampung berdekatan Slim River

Kampung Kuala Slim Berjarak 7 km daripada Pekan Slim River terdapat sebuah pekan kecil iaitu Kampung Kuala Slim, Kampung Jaya.

Pengangkutan

Slim River boleh dicapai melalui pengangkutan jalan raya dan pengangkutan keretapi. Terdapat Lebuhraya Utara-Selatan dan Laluan Persekutuan Malaysia 1 ke Slim River. Selain itu, Stesen Bas Slim River dan Stesen Keretapi Slim River juga berkhidmat untuk bandar ini.

Kemudahan pendidikan

Dari segi pendidikan, antara sekolah yang terdapat di kawasan ini ialah:

  1. Sekolah Kebangsaan Kuala Slim
  2. Sekolah Rendah Kebangsaan Slim River
  3. Sekolah Kebangsaan Balun Slim River
  4. Sekolah Kebangsaan Aminudin Baki, Slim River
  5. Sekolah Kebangsaan Kampung Balun
  6. Sekolah Kebangsaan Pos Bersih
  7. Sekolah Kebangsaan SLIM VILLAGE
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Zulkifli Muhammad
  9. Sekolah Menengah Kebangsaan Slim River
  10. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River
  11. Kolej Vokasional Slim River
  12. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Hua, Perak
  13. Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Slim River

Sejarah

Taman Tasik YDP asalnya merupakan lombong bijih yang ditinggalkan.

Slim River adalah tempat berlakunya pertempuran yang menentukan nasib Tentera British semasa serangan Jepun ke atas Tanah Melayu iaitu ketika Perang Dunia II. Tentera British telah mengalami kekalahan teruk semasa Pertempuran Jitra apabila Divisyen ke-11 India pimpinan Mej. Jen. David Murray-Lyon ditewaskan oleh Tenetra Jepun pimpinan Lt. Jen. Tomoyuki Yamashita dan yang memaksa mereka berundur ke Kampar. Tentera British mengatur pertahanan di Kampar. Tentera Jepun terus mara dan berhadapan dengan Tentera British dalam Pertempuran di Kampar. Tentera British memberikan tentangan hebat tetapi Tentera Imperial Jepun lolos melepasi barisan pertahanan British dan memaksa mereka berundur ke Slim River.

Lt. Jen. A. E. Percival dan Lt. Jen. Lewis Heath tahu sekiranya mereka gagal menyekat kemaraan Jepun dI Slim River, Tentera British tidak akan dapat mempertahankan Selangor dan Negri Sembilan. Bagaimanapun tentera British yang sedang berehat ketika berundur, telah diserang secara mengejut dalam satu pertempuran yang dikenali sebagai pertempuran di Slim River. Pertempuran ini terkenal kerana kejutan yang terhasil apabila sejumlah kecil tentera infantri Jepun dengan bantuan kereta kebal berjaya menumpaskan pasukan Tentera British yang lebih besar. Pertempuran ini mengakhiri harapan tentera British bagi mempertahankan Tanah Melayu.[2]

Rujukan

  1. ^ Latar belakang Tanjong Malim, Laman web rasmi Majlis Daerah Tanjong Malaim.
  2. ^ https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Muallim_District_museum_(220712)_02.jpg
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Ipoh - Bandar diraja: Kuala Kangsar
Topik
Masyarakat
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Kesihatan (Pandemik COVID-19)
  • Politik
    • Pilihan raya
Pemerintahan
Diraja
Eksekutif
Bahagian pentadbiran
Daerah
Bandar raya
Bandar
Ayer Tawar Bagan Datoh Bagan Serai Bagan Sungai Burong Banir Batak Rabit Batu Gajah Behrang Bercham Beruas Bidor Bikam Bota Bukit Gantang Bukit Merah Changkat Jering Changkat Keruing Chemor Chikus Damar Laut Gerik Gopeng Gua Tempurung Hutan Melintang Jelapang Jenderata Jerlun Kamunting Karai Kota Setia Kuala Kangsar Kuala Kurau Kuala Sepetang Langkap Lekir Lenggong Lumut Manjoi Malim Nawar Mambang Di Awan Manong Menglembu Meru Padang Rengas Pantai Remis Parit Parit Buntar Pasir Salak Pekan Gurney Pengkalan Hulu (Keroh) • Bandar raya Proton Sayong Selama Seri Iskandar Seri Manjung Simpang Tiga Sitiawan Slim Slim River • Sungai Siput Sungkai Taiping Tambun Tanjung Malim Tanjung Piandang Tanjung Rambutan Tanjung Tualang Tapah Tapah Road Teluk Batik Teluk Intan Teluk Rubiah Temoh Temoh Road Trolak Trong Tronoh
Tempat menarik
Pulau
Tasik
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P054 Gerik
N01 Pengkalan Hulu
N02 Temenggor

P055 Lenggong
N03 Kenering
N04 Kota Tampan

P056 Larut
N05 Selama
N06 Kubu Gajah
N07 Batu Kurau

P057 Parit Buntar
N08 Titi Serong
N09 Kuala Kurau

P058 Bagan Serai
N10 Alor Pongsu
N11 Gunong Semanggol
N12 Selinsing

P059 Bukit Gantang
N13 Kuala Sepetang
N14 Changkat Jering
N15 Trong

P060 Taiping
N16 Kamunting
N17 Pokok Assam
N18 Aulong

P061 Padang Rengas
N19 Chenderoh
N20 Lubok Merbau

P062 Sungai Siput
N21 Lintang
N22 Jalong

P063 Tambun
N23 Manjoi
N24 Hulu Kinta

P064 Ipoh Timor
N25 Canning
N26 Tebing Tinggi
N27 Pasir Pinji

P065 Ipoh Barat
N28 Bercham
N29 Kepayang
N30 Buntong

P066 Batu Gajah
N31 Jelapang
N32 Menglembu
N33 Tronoh

P067 Kuala Kangsar
N34 Bukit Chandan
N35 Manong

P068 Beruas
N36 Pengkalan Baharu
N37 Pantai Remis
N38 Astaka

P069 Parit
N39 Belanja
N40 Bota

P070 Kampar
N41 Malim Nawar
N42 Keranji
N43 Tualang Sekah

P071 Gopeng
N44 Sungai Rapat
N45 Simpang Pulai
N46 Teja

P072 Tapah
N47 Chenderiang
N48 Ayer Kuning

P073 Pasir Salak
N49 Sungai Manik
N50 Kampong Gajah

P074 Lumut
N51 Pasir Panjang
N52 Pangkor

P075 Bagan Datuk
N53 Rungkup
N54 Hutan Melintang

P076 Teluk Intan
N55 Pasir Bedamar
N56 Changkat Jong

P077 Tanjong Malim
N57 Sungkai
N58 Slim
N59 Behrang

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Category


Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.