Tanjong Malim

Bandar Tanjong Malim
بندر تانجوڠ ماليم
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Perak
DaerahDaerah Muallim
MukimBandar Tanjong Malim
KeluasanN/A

Bandar Tanjong Malim terletak di selatan negeri Perak, berhampiran dengan sempadan negeri Selangor. Ia terletak kira-kira 70 km di utara Kuala Lumpur.

Tanjong Malim terletak betul-betul di sebelah utara Sungai Bernam. Sungai Bernam menjadi garis sempadan antara negeri Perak dan Selangor. Dalam peta, Ulu Bernam dan Tanjong Malim hampir pada titik koordinat yang sama. Tanjong Malim terletak di laluan utama yang menghubungkan Ipoh dan kuala Lumpur sekiranya tidak menggunakan lebuh raya.

Tempat yang berhampiran dengan Tanjong Malim ialah Ulu Bernam, Kalumpang, Ketoyong, Behrang, Behrang Ulu, Kampung Kelawar dan Slim River.

Muka bumi

Gunung yang tertinggi ialah Gunung Liang Timur (1933 m) yang terletak di sebelah timur Tanjong Malim.

Muka bumi Tanjong Malim diairi oleh Sungai Bernam. Sungai Bernam mengalir ke Kuala Sungai Bernam di Sabak Bernam. Tinggi mukabumi Tanjong Malim 100 m dari atas laut. Bahagian barat Tanjong Malim ialah negeri Selangor iaitu kawasan paya yang luas iaitu Sungai Tengi. Kawasan ini telah ditebusguna dengan membina saliran dan ditanam dengan kelapa sawit.

Keistimewaan

Tanjong Malim terkenal kerana adanya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dulu Maktab Perguruan Sultan Idris.

Tanjong Malim juga terkenal sebagai tempat persinggahan bas-bas ekspres yang mengikut jalan lama, sebelum wujudnya Lebuhraya Utara-Selatan. Selepas terbinanya lebuh raya, bandar Tanjong Malim hampir ditinggalkan. Di sini terdapat gerai kuih Pau atau Pau Tanjong Malim yang sangat enak.

Tanjong Malim sekarang lebih dikenali apabila kerajaan negeri Perak telah memulakan rancangan untuk membangunkan bandar baru iaitu Bandar Behrang 2020 dan Bandar raya Proton

Sejarah

Tanjong Malim merupakan sebuah pekan kecil di sebelah utara Sungai Bernam yang menjadi garis sempadan antara negeri Perak dan Selangor. Tanjong Malim mula diisytihar sebagai pekan pada 1876 oleh Tuan List iaitu wakil Residen Inggeris di Teluk Kuwaili, Selangor dan Raja Itam bin Raja Onus, Penghulu Sabak Bernam, Pada 1880-an, Tuan List dan Raja Itam mudik ke Tanjong Jambu dan mendapati ramai orang belajar agama di madrasah yang terdiri daripada orang-orang alim. Justeru, bellau menamakan tempat ini Tanjong Muallim yang kemudiannya disebut Tanjong Malim. Di mana, Tanjung berasal dari bentuk tanjung di ulu Sungai Bernam. Malim pula berasal dari kata "muallim" yang bermaksud orang yang sangat berilmu.

Pada 19 September 1903, rangkaian kereta api telah dibina antara Perai di Seberang Perai melalui Tapah Road ,Tanjong Malim dan Kuala Kubu terus ke Seremban sepanjang 450 km.[1]

Pada 1922, Maktab Perguruan Tanjung Malim ditubuhkan oleh British atas desakan Sultan Idris. Maktab ini dibiayai oleh Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Kerajaan Negeri-Negeri Selat menggantikan Maktab Perguruan Melaka dan Maktab Perguruan Matang, Taiping, Perak yang ditutup. Ketua Setiausaha Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Sir George Maxwell telah merasmikan maktab ini dan pengetua pertamanya ialah O.T Dussek.[2]

Ketika bah besar tahun 1926, Tanjong Malim digenangi air banjir tiga hari tiga malam, menimbulkan kesusahan kepada penduduk di situ. Pada 1971, Tanjong Malim sekali lagi dilanda banjir yang teruk melibatkan pekan Tanjong Malim dan kawasan sekitarnya.

Pada 25 Ogos 1957, seramai 2000 penduduk Tanjong Malim menyertai gerakan menentang komunis kerana hutan Tanjong Malim dan Sungai Bil serta hulu Sungai Bernam menjadi kubu pengganas komunis. 2000 orang ini memasuki hutan belantara dan menyeru 5 orang pengganas komunis yang masih aktif agar menyerah diri. Kapal terbang turut digunakan, menggunakan pembesar suara agar pengganas komunis menyerah diri. Kawasan tinjauan sehingga 4 batu radius selama 4 jam sejak jam 9.00 pagi. Mereka termasuklah Jawatankuasa Rakyat Setia Tanjung Malim. Tentera dari Batalion ke-5 Askar Melayu serta 13 unit Pasukan Polis Persekutuan serta tentera udara turut membantu dan menjaga keselamatan.[3]

Pada 22 Disember 1958, Sekolah Menengah Melayu Tanjung Malim dinamakan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Razak sempena nama Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Tun Abdul Razak Hussein. Menteri Pelajaran, Encik Mohd Khir Johari datang merasmikan bangunan baru sekolah, dengan kos RM1.5 juta. Pembinaan ini selaras dengan Penyata Razak 1956.[4]

Plaza Tol pertama di Malaysia terletak di jalan besar antara Slim River ke Tanjong Malim dibuka pada 1964. Jalan dua hala sepanjang 20 km ini dinamakan 'Lebuh raya Tanjung Malim-Slim River'. Jalan besar ini dikenakan tol, sebelum Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Plus mula dibina pada 1988 dan siap pada 1994. Sistem jalan raya bertol ini yang pertama di Asia.[5]

Pada 1995 Perjanjian Pembangunan Tanah Industri Tanjung Malim diadakan.Perak diwakili oleh Menteri Besar Perak,Tan Sri Ramli Ngah Talib, Hicom oleh Presidennya Tan Sri Jamil Rais Mohd Jan dan Proton oleh Pengarah Urusan, Datuk Nadzmi Mohd Salleh. Tanah seluas 1,260 hektar digunakan untuk mengeluarkan 500,000 unit kereta Proton Gen-2 dan lain-lain.Majlis pecah tanah tapak Proton dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 23 Mac 1996. [6]

Pada 1996, landasan kereta api berkembar antara Rawang - Ipoh diluluskan. Tanjong Malim dan Serendah turut menikmati kemudahan ini. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Ling Liong Sik memaklumkan bahawa projek ini seperti di Jepun dan Itali. Kelajuan maksimum kereta api ini ialah 250 kilometer/jam untuk jalan lurus dan 120 kilometer/jam untuk laluan selekoh.[7]

Infrastruktur

Pendidikan

  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Jalan Maktab, 35900 Tanjong Malim
  • Sekolah Jenis Kebangsaan(T) Ladang Katoyang, 35900 Tanjong Malim
  • Politeknik Sultan Azlan Shah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Katholik, 35900 Tanjong Malim
  • Sekolah Menengah Khir Johari, Jalan Slim Baru, 35900 Tanjong Malim
  • Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim
  • Sekolah Kebangsaan Methodist
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Tan Sri Datuk Manikvasagam
  • Sekolah Jenis Kebangssan (C) Chung Sin
  • Sekolah Kebangsaan Proton City
  • Sekolah Kebangssan Bandar Behrang 2020
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Behrang 2020

Pasaraya

  • Pasaraya TF Value Mart
  • Pasaraya Grandbuy
  • Pasaraya Big Ten(Ten Ten Group)
  • Econsave Hypermarket
  • Mydin Hypermarket Proton City (AKAN DATANG)
  • Mr Diy

Restoran Dan Cafe

  • McDonald's
  • Marry Brown
  • KFC (2 Cawangan)
  • Secret Receipe
  • Pizza Hut
  • Easy Cafe
  • Restoran Nasik Kandar 24jam
  • Restoran Pau Yik Mun (Terkenal Di Malaysia)
  • E-Place Cafe
  • Restoran Cupak
  • Nasi Ayam Farhani
  • Saudagaq Sup
  • Qalam Burger
  • Domino Pizza
  • CapeCafe
  • LoveAts
  • Garden Seafood (Terkenal Di Malaysia)
  • Sarang Art Hub
  • Sinaran Kejora
  • Restoran Tanjung Malim
  • Abuya
  • Tealive
  • Gudang Mualim
  • Douglas

Masjid

  • Masjid Jamek Tanjung Malim 35900 Tanjong Malim
  • Masjid Kampung Kelawar 35900 Tanjong Malim
  • Masjid Behrang Hulu 35910 Tanjong Malim
  • Masjid Kampung Sungai Dara, Behrang Stesyen, 35950 Tanjong Malim
  • Masjid Raja Muda Musa 11, Behrang Stesyen, 35950 Tanjong Malim
  • Masjid Al-Hidayah Bandar Behrang 2020, 35950 Behrang
  • Masjid Al- Ikhwan, Taman Bernam Baru
  • Masjid Sultan Idris Shah ,Slim River
  • Masjid Jamek ,Slim Village
  • Masjid Kampung Kuala Slim
  • Masjid Al Rahmaniah Felda , Sg Behrang
  • Masjid Al-ehsaniah , Ulu Slim
  • Masjid Felda Trolak Timur
  • Masjid Felda Trolak Selatan

Bank

Sistem pengangkutan

Estet

  • Bukit Jalil Estates Sdn Bhd
  • Andakmalai Estate

Perkhidmatan Teknologi

Perkhidmatan kesihatan

  • Poliklinik Bakti Aminin @ Pusat Perubatan Bakti Aminin
  • Poliklinik Salehuddin
  • Klinik Dr Azhar Dan Rakan-rakan
  • Klinik Kesihatan TG.Malim
  • Klinik Nabilah (berhadapan UPSI)
  • Klinik Dr Mazlan (berhadapan Maybank)
  • Klinik UPSI

Koperasi

  • Koperasi Malim Jaya
  • Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Katholik Tanjung Malim
  • Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari Tanjung Malim Bhd
  • Koperasi Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim Bhd
  • Koperasi Politeknik Sultan Azlan Shah Berhad (KOPSAS BERHAD)
  • Koperasi Universiti Malaya (PEKAN BUKU KOOP)

Kemudahan sukan dan reakeasi

Rujukan

  1. ^ PEMBUKAAN JALAN KERETA API PERAI
  2. ^ MAJLIS PERAYAAN ULANGTAHUN YANG KE-60 (JUBLI INTAN) MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS, TANJONG MALIM, PERAK
  3. ^ GERAKAN MENENTANG KOMUNIS TERBESAR
  4. ^ SEKOLAH MENENGAH DATO’ ABDUL RAZAK, TANJUNG MALIM
  5. ^ Lebuhraya Utara-Selatan
  6. ^ PERJANJIAN PEMBANGUNAN TANAH INDUSTRI TANJUNG MALIM, PERAK
  7. ^ KABINET LULUS LANDASAN KERETA API PENDULUM
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Ipoh - Bandar diraja: Kuala Kangsar
Topik
Masyarakat
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Kesihatan (Pandemik COVID-19)
  • Politik
    • Pilihan raya
Pemerintahan
Diraja
Eksekutif
Bahagian pentadbiran
Daerah
Bandar raya
Bandar
Ayer Tawar Bagan Datoh Bagan Serai Bagan Sungai Burong Banir Batak Rabit Batu Gajah Behrang Bercham Beruas Bidor Bikam Bota Bukit Gantang Bukit Merah Changkat Jering Changkat Keruing Chemor Chikus Damar Laut Gerik Gopeng Gua Tempurung Hutan Melintang Jelapang Jenderata Jerlun Kamunting Karai Kota Setia Kuala Kangsar Kuala Kurau Kuala Sepetang Langkap Lekir Lenggong Lumut Manjoi Malim Nawar Mambang Di Awan Manong Menglembu Meru Padang Rengas Pantai Remis Parit Parit Buntar Pasir Salak Pekan Gurney Pengkalan Hulu (Keroh) • Bandar raya Proton Sayong Selama Seri Iskandar Seri Manjung Simpang Tiga Sitiawan Slim Slim River Sungai Siput Sungkai Taiping Tambun Tanjung Malim Tanjung Piandang Tanjung Rambutan Tanjung Tualang Tapah Tapah Road Teluk Batik Teluk Intan Teluk Rubiah Temoh Temoh Road Trolak Trong Tronoh
Tempat menarik
Pulau
Tasik
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P054 Gerik
N01 Pengkalan Hulu
N02 Temenggor

P055 Lenggong
N03 Kenering
N04 Kota Tampan

P056 Larut
N05 Selama
N06 Kubu Gajah
N07 Batu Kurau

P057 Parit Buntar
N08 Titi Serong
N09 Kuala Kurau

P058 Bagan Serai
N10 Alor Pongsu
N11 Gunong Semanggol
N12 Selinsing

P059 Bukit Gantang
N13 Kuala Sepetang
N14 Changkat Jering
N15 Trong

P060 Taiping
N16 Kamunting
N17 Pokok Assam
N18 Aulong

P061 Padang Rengas
N19 Chenderoh
N20 Lubok Merbau

P062 Sungai Siput
N21 Lintang
N22 Jalong

P063 Tambun
N23 Manjoi
N24 Hulu Kinta

P064 Ipoh Timor
N25 Canning
N26 Tebing Tinggi
N27 Pasir Pinji

P065 Ipoh Barat
N28 Bercham
N29 Kepayang
N30 Buntong

P066 Batu Gajah
N31 Jelapang
N32 Menglembu
N33 Tronoh

P067 Kuala Kangsar
N34 Bukit Chandan
N35 Manong

P068 Beruas
N36 Pengkalan Baharu
N37 Pantai Remis
N38 Astaka

P069 Parit
N39 Belanja
N40 Bota

P070 Kampar
N41 Malim Nawar
N42 Keranji
N43 Tualang Sekah

P071 Gopeng
N44 Sungai Rapat
N45 Simpang Pulai
N46 Teja

P072 Tapah
N47 Chenderiang
N48 Ayer Kuning

P073 Pasir Salak
N49 Sungai Manik
N50 Kampong Gajah

P074 Lumut
N51 Pasir Panjang
N52 Pangkor

P075 Bagan Datuk
N53 Rungkup
N54 Hutan Melintang

P076 Teluk Intan
N55 Pasir Bedamar
N56 Changkat Jong

P077 Tanjong Malim
N57 Sungkai
N58 Slim
N59 Behrang

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Category