Tanjung Tualang

Tanjung Tualang
Bandar
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"[1]
Lagu:
Negaraku
Country Malaysia
Wilayah/Provinsi Perak
Daerah Batu Gajah
MukimKinta Barat
BandarTanjung Tualang
Penduduk
 ((1991))
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT

Lokasi

Tanjung Tualang adalah merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam pentadbiran daerah Kinta (Kinta Barat) Batu Gajah, Perak. Ditempatkan pada kedudukan 4° 19' 0" Utara dan 101° 4' 0" Timur, bandar-bandar yang paling hampir dengannya ialah Kinta Valley, Kampung Baru Chendrong, Batu Gajah, Kampung Gajah, Teluk Intan, Tronoh, Tronoh Mines, Malim Nawar, Gopeng dan Kampar.

Sejarah

Tanjung Tualang mendapat namanya dari dua sumber. Sumber pertama mengatakan bahawa terdapat satu pokok Tualang yang agak besar[perlu rujukan] yang tingginya mencecah 100 kaki yang kononnya tumbuh di kawasan yang kini menjadi Klinik Desa. Satu lagi sumber mengatakan bahawa ia datang dari nama syarikat Toh Allang Chinese Tin Ltd..[perlu rujukan] Tanjung Tualang amat dikenali pada satu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timah yang beroperasi dengan skala besar. Antara syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan beroperasi di Tanjung Tualang ialah Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, Pernas Chartered Management dan Malaysian Mining Corporation.

Paling utama yang menonjolkan Tanjung Tualang ialah dengan terdapatnya beberapa buah Kapal Korek Bijih Timah yang terbesar di dunia (Kapal 1). Sekitar tahun 1970-an terdapat lima buah kapal iaitu Kapal 1 di Tanjung Tualang dan ada beberapa belas lagi Kapal 3 dan Kapal 5.

Kini anda masih lagi boleh mengunjungi kesan tinggalan kapal korek ini iaitu (Kapal 5) yang masih terdapat di Batu 5, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Tanjung Tualang. Tinggalan ini adalah dibawah kawalselia Jabatan Antikuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan. Walaupun anda tidak dibenarkan menaiki tinggalan kapal korek ini, namun anda boleh mengambil gambar foto untuk kenang-kenangan anda tanpa sekatan.

Sekitar penghujung 1930'an, Tanjung Tualang menjadi salah satu pusat aktiviti pengkadetan ahli Parti Komunis Malaya (PKM) yang digerakkan oleh Tu Lung Shan. Salah seorang kadet PKM yang akhirnya menjadi pemimpin utama Partai Komunis Malaya yang direkrut di Tanjung Tualang adalah En Rashid Maidin.

Industri dan Aktiviti

Tanjung Tualang juga mempunyai industri penternakan itik (daging dan telur) dan penternakan ikan air tawar yang terkemuka dan terbesar di Negeri Perak. Ia telah menjana ekonomi bagi kawasan ini sejak tamatnya industri perlombongan di sini. Walaupun begitu, industri getah (menanam pokok Getah) dan pokok Kelapa Sawit pula mengambil alih menjadi antara nadi utama di Tanjung Tualang.

Sekarang Tanjung Tualang lebih dikenali dengan gelaran "Bandar Udang Galah" kerana terdapatnya industri penternakan udang galah berskala besar dan hampir kesemua restoran di Tanjung Tualang menjual hidangan berasaskan masakan udang galah. Para pelancong datang dari segenap pelusuk negara malah ada yang datang dari luar negara semata-mata untuk menikmati hidangan udang galah yang sedap dan segar.

Namun kini terdapat satu lagi industri utama yang telah beroperasi dan bakal menjadikan Tanjung Tualang lebih terkenal sebagai "Pusat Pengujian Senjata Bawah Tanah". Kompleks pengujian senjata yang terdapat disini dikawalselia sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.

Mercu Tanda

Pusat bagi Tanjung Tualang ialah di simpang empat utama. Di simpang empat ini, anda boleh dapati ada beberapa tanda mercu yang mudah dikenali seperti Kedai Papan Keng Weng, Kedai Basikal, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Thung Hon dan juga satu-satunya gerai cendol yang terkenal (Berahim Cendol). Dari simpang empat ini anda boleh melihat Sekolah Rendah Kebangsaan St Paul.

Pada satu masa dahulu di Tanjung Tualang ada terdapat sebuah pawagam yang banyak menayangkan wayang gambar Inggeris, Cina, Tamil, Hindustan, Indonesia dan Melayu. Pawagam ini beroperasi bersebelahan dengan Klinik Lim. Pada sekitar tahun 1984 pawagam ini mengenakan tiket bernilai 90 sen untuk satu tayangan. Kini pawagam ini telah ditutup dan diubahsuai menjadi kilang kasut dan pakaian.

Kampung dan Taman Perumahan

  • Perumahan Awam Kampung Makmur
  • Halaman Tualang Indah
  • Taman Senawi
  • Taman Timah Jaya
  • Taman Pinggiran Timah
  • Taman Tualang Jalan Sg. Durian
  • Taman Tualang Jalan Kampar
  • Kampung Batu 26

Senarai Masjid

  • Masjid Al-Falahiah, Kampung Changkat Tin,
  • Masjid Nurul Hamidiah,
  • Masjid Batu 8, Jalan Tanjung Tualang,

Sekolah

Pusat Pengajian Tinggi

  • Pusat Latihan Pensyarah dan Kakitangan UiTM, Sungai Galah, Tanjung Tualang.
  • Pusat Latihan Giat Mara Changkat Tin, Tanjung Tualang

Pasar

  • Pasar Awam Terbuka

Kilang Minyak Sawit

  • Kilang Minyak Sawit Tg Tualang (1997) Sdn Bhd , PT 1278, Kampung Ayer Papan,

Pejabat Pos

  • Pos Malaysia Bhd , No. 759, Jalan Abdullah, Tanjung Tualang
  • Pusat Pembangunan Menjaro Mayc, No. 35701, Jalan Kampung Gajah, Changkat Tin,

Balai Polis

  • Balai Polis Tanjung Tualang
  • Pondok Polis Bali, Jalan Bali Tronoh

Kemudahan Awam

  • Balai Penghulu Mukim Tanjung Tualang,
  • Klinik Desa Tanjung Tualang,
  • Dewan Orang Ramai Tanjung Tualang,
  • Rumah Orang-Orang Tua Tanjung Tualang,
  • Stesen Bas Tanjung Tualang,

Stesen Minyak

  • PETRON Tanjung Tualang,
  • StesenKU, Batu 7 Jalan Tanjung Tualang,
  • StesenKU, Changkat Tin, Tanjung Tualang,

Kemudahan Bas

  • General Omnibus Company (Laluan Tanjung Tualang @ Sg Durian ke Ipoh)
  • Kamta Omnibus Company (Laluan Tanjung Tualang ke Kampar)
  • Ekspress Seri Maju Sendirian Berhad (Laluan Tanjung Tualang ke Kuala Lumpur)

Telekomunikasi

Kemudahan Telekomunikasi

  • Talian Tetap, ISDN, Gentian Fiber Optik, Talian Suwa (Leased Line)
  • Maxis 012 dan 017
  • Digi 016
  • Celcom 013 dan 019
  • Kemudahan VSAT (Very Small Aperture Terminal) C-Band, L-Band, Ka-Band dan Ku-Band.

Felcra

  • FELCRA BERHAD, 1/72, Kampung Baru Sungai Durian,

Bekalan Elektrik

  • Tenaga Nasional Bhd , Jalan Kampung Gajah, MMC Sungai Galah,
  • Tenaga Nasional Bhd , No. 31794, Kampung Baru Sungai Durian,

Restoran

Tanjung Tualang amat terkenal dengan restoran-restoran yang menyediakan hidangan eksotik berasaskan makanan laut dan juga udang galah. Malah Tanjung Tualang telah diwartakan serata Asia Tenggara sebagai satu-satunya "Bandar Udang Galah" serta pernah dipaparkan dalam rancangan Masakan di ASTRO dan beberapa rancangan masakan terbitan stesen televisyen luar negara.

Tokong / Persatuan Cina

  • Tokong Guan Yin Dian, Kampung Baru Kampung Timah,
  • Oversea Chinese Philanthropic Association, No. 23, 1st Floor, Jalan Hamid, Tanjung Tualang
  • Persatuan Bantuan Kematian Cina Kampung Timah
  • Persatuan Penyokong-Penyokong Tokong Tham Koong Yah, Jalan Homan, Tanjung Tualang

Kuil Hindu

  • Kuil Sri Kaliaman, Jalan Sungai Durian, Tanjung Tualang, Perak
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Ipoh - Bandar diraja: Kuala Kangsar
Topik
Masyarakat
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Kesihatan (Pandemik COVID-19)
  • Politik
    • Pilihan raya
Pemerintahan
Diraja
Eksekutif
Bahagian pentadbiran
Daerah
Bandar raya
Bandar
Ayer Tawar Bagan Datoh Bagan Serai Bagan Sungai Burong Banir Batak Rabit Batu Gajah Behrang Bercham Beruas Bidor Bikam Bota Bukit Gantang Bukit Merah Changkat Jering Changkat Keruing Chemor Chikus Damar Laut Gerik Gopeng Gua Tempurung Hutan Melintang Jelapang Jenderata Jerlun Kamunting Karai Kota Setia Kuala Kangsar Kuala Kurau Kuala Sepetang Langkap Lekir Lenggong Lumut Manjoi Malim Nawar Mambang Di Awan Manong Menglembu Meru Padang Rengas Pantai Remis Parit Parit Buntar Pasir Salak Pekan Gurney Pengkalan Hulu (Keroh) • Bandar raya Proton Sayong Selama Seri Iskandar Seri Manjung Simpang Tiga Sitiawan Slim Slim River Sungai Siput Sungkai Taiping Tambun Tanjung Malim Tanjung Piandang Tanjung Rambutan Tanjung Tualang • Tapah Tapah Road Teluk Batik Teluk Intan Teluk Rubiah Temoh Temoh Road Trolak Trong Tronoh
Tempat menarik
Pulau
Tasik
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P054 Gerik
N01 Pengkalan Hulu
N02 Temenggor

P055 Lenggong
N03 Kenering
N04 Kota Tampan

P056 Larut
N05 Selama
N06 Kubu Gajah
N07 Batu Kurau

P057 Parit Buntar
N08 Titi Serong
N09 Kuala Kurau

P058 Bagan Serai
N10 Alor Pongsu
N11 Gunong Semanggol
N12 Selinsing

P059 Bukit Gantang
N13 Kuala Sepetang
N14 Changkat Jering
N15 Trong

P060 Taiping
N16 Kamunting
N17 Pokok Assam
N18 Aulong

P061 Padang Rengas
N19 Chenderoh
N20 Lubok Merbau

P062 Sungai Siput
N21 Lintang
N22 Jalong

P063 Tambun
N23 Manjoi
N24 Hulu Kinta

P064 Ipoh Timor
N25 Canning
N26 Tebing Tinggi
N27 Pasir Pinji

P065 Ipoh Barat
N28 Bercham
N29 Kepayang
N30 Buntong

P066 Batu Gajah
N31 Jelapang
N32 Menglembu
N33 Tronoh

P067 Kuala Kangsar
N34 Bukit Chandan
N35 Manong

P068 Beruas
N36 Pengkalan Baharu
N37 Pantai Remis
N38 Astaka

P069 Parit
N39 Belanja
N40 Bota

P070 Kampar
N41 Malim Nawar
N42 Keranji
N43 Tualang Sekah

P071 Gopeng
N44 Sungai Rapat
N45 Simpang Pulai
N46 Teja

P072 Tapah
N47 Chenderiang
N48 Ayer Kuning

P073 Pasir Salak
N49 Sungai Manik
N50 Kampong Gajah

P074 Lumut
N51 Pasir Panjang
N52 Pangkor

P075 Bagan Datuk
N53 Rungkup
N54 Hutan Melintang

P076 Teluk Intan
N55 Pasir Bedamar
N56 Changkat Jong

P077 Tanjong Malim
N57 Sungkai
N58 Slim
N59 Behrang

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Category

Pautan Luar

  • http://nona.net/features/map/placedetail.1976867/Tanjung%20Tualang/
  1. ^ Malaysian Flag and Crest from www.malaysia.gov.my.