Bagan Serai

|- !Jumlah Penduduk |45,900 (2012) |- !Poskod

|34300
Bagan Serai

باݢن سراي 蒲甘

StatusPekan
Negara Malaysia
Negeri Perak
DaerahKerian
MukimBagan Serai

Bagan Serai adalah sebuah pekan di utara Negeri Perak. Keluasan Mukim Bagan Serai adalah 143.58 km/persegi. Lokasinya di daerah kerian yang terletak di selatan negeri Pulau Pinang dan di utara Bandar Taiping, Perak serta Kuala Kurau di barat dan Alor Pongsu di timur. Tempat yang berhampiran ialah Gunung Semanggol, Alor Pongsu, Parit Buntar, dan Kuala Kurau. Kedudukannya adalah pada latitud 5.0166667 Utara dan longitud 100.5333333 Timur. Ia terletak pada ketinggian 133 meter dari aras laut.

Nama Bagan Serai merujuk kepada dua perkataan iaitu "bagan" yang bermaksud jeti, dan "serai" yang merupakan sejenis tumbuhan herba yang mengikut sejarahnya banyak di tanam di kawasan ini.

Bagan Serai juga merupakan bandar ketujuh dari plaza tol Juru, Seberang Perai, Pulau Pinang jika mengikut Lebuhraya Utara Selatan ke arah selatan.

Demografi

Bagan Serai merupakan bandar kedua terbesar di Daerah Kerian. Anggaran jumlah penduduk Bagan Serai adalah sebanyak 40 530 (2017). 50.7% penduduk adalah lelaki dan 49.3% adalah perempuan. Daerah ini terkenal dengan penempatan masyarakat Melayu berketurunan Banjar yang berasal dari Banjarmasin, Kalimantan.

Ekonomi

Bagan Serai terletak di jelapang padi Kerian. Secara tradisi, sumber ekonomi utama di kawasan sekitar pekan Bagan Serai adalah pertanian terutamanya padi, kelapa sawit dan perikanan. Bagan Serai menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian untuk di bawa ke seluruh Malaysia. Pusat bandar Bagan Serai merupakan nadi ekonomi pekan ini. Beberapa buah bank, pasaraya, arked perniagaan dan terminal bas dan teksi terletak di sini.

Infrastruktur

Perkhidmatan awam

  • Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian
  • Balai Trafik Bagan Serai
  • Klinik Kesihatan Bagan Serai
  • Jabatan Pengairan dan Saliran
  • Tenaga Nasional Berhad
  • Lembaga Air Perak Cawangan Bagan Serai
  • Pejabat Pos Bagan Serai

Pengangkutan

Bagan Serai dihubungi melalui jalan darat oleh jalan raya Persekutuan 1. Perkhidmatan bas awam menghubungkan Bagan Serai dengan Taiping dan Parit Buntar. Pekan ini bakal dihubungi dengan Butterworth, Taiping dan Ipoh melalui perkhidmatan tren elektrik (ETS) menjelang akhir tahun 2015.

Sukan

  • Stadium Mini Bagan Serai
  • Dewan Dato' Zainal Abidin Zin, Bagan Serai

Rumah ibadat

Masjid

Lain-lain

  • Gereja St Peter, Taman Serai Muda
  • Gereja Katolik St. Joseph, Batu 10 Bagan Serai
  • Tokong Seah Koh, Jalan Besar Bagan Serai
  • Kuil Sri Muthu Muniswarar, Jalan Parit Buntar

Pendidikan

  • SMK Sri Kurau
  • SK Bagan Serai
  • SK Jalan Matang Buloh
  • SK Parit Haji Aman
  • SK Parit Haji Taib
  • SK Dato' Mas' ud
  • SK Teluk Medan
  • SK Matang Gerdu
  • SK Matang Jelutong
  • SK Alor Pongsu
  • SABK Ar Ridhwaniah
  • SJK (C) Tong Wah
  • SJK (C) Alor Pongsu
  • SJK (T) Bagan Serai
  • SJK (T) Arumugam Pillai
  • SJK (T) Ladang Soon Lee
  • SMK Bagan Serai
  • SMK Alang Iskandar
  • SMK Alor Pongsu
  • SMK Abu Bakar Al-Baqir
  • Kolej Vokasional Kerian
  • Kolej Komuniti Bagan Serai
  • Perpustakaan Awam Bagan Serai

Politik

Pekan Bagan Serai berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kerian. Ia terletak di kawasan parlimen P58 Bagan Serai. Dalam pilihan raya umum 2013, Dato' Dr. Noor Azmi Ghazali dari Barisan Nasional telah memenangi kawasan ini dengan majoriti sebanyak 1,140 undi. Pada pilihan raya 2008, Suruhanjaya Pilihan Raya mengisytiharkan kawasan ini dimenangi oleh: Tuan Hj. Mohsin Fadzli bin Hj. Samsuri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti sebanyak 3,413. Dalam pilihan raya 2004, Datuk Zainal Abidin Zin dari Barisan Nasional - UMNO diisytiharkan menang menewaskan Ahmad Awang dari parti PAS. Majoriti pengundi 5614 orang, jumlah undi 35066, undi rosak 982 dan % mengundi ialah 73.44 %.

  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Ipoh - Bandar diraja: Kuala Kangsar
Topik
Masyarakat
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Kesihatan (Pandemik COVID-19)
  • Politik
    • Pilihan raya
Pemerintahan
Diraja
Eksekutif
Bahagian pentadbiran
Daerah
Bandar raya
Bandar
Ayer Tawar Bagan Datoh Bagan Serai • Bagan Sungai Burong Banir Batak Rabit Batu Gajah Behrang Bercham Beruas Bidor Bikam Bota Bukit Gantang Bukit Merah Changkat Jering Changkat Keruing Chemor Chikus Damar Laut Gerik Gopeng Gua Tempurung Hutan Melintang Jelapang Jenderata Jerlun Kamunting Karai Kota Setia Kuala Kangsar Kuala Kurau Kuala Sepetang Langkap Lekir Lenggong Lumut Manjoi Malim Nawar Mambang Di Awan Manong Menglembu Meru Padang Rengas Pantai Remis Parit Parit Buntar Pasir Salak Pekan Gurney Pengkalan Hulu (Keroh) • Bandar raya Proton Sayong Selama Seri Iskandar Seri Manjung Simpang Tiga Sitiawan Slim Slim River Sungai Siput Sungkai Taiping Tambun Tanjung Malim Tanjung Piandang Tanjung Rambutan Tanjung Tualang Tapah Tapah Road Teluk Batik Teluk Intan Teluk Rubiah Temoh Temoh Road Trolak Trong Tronoh
Tempat menarik
Pulau
Tasik
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P054 Gerik
N01 Pengkalan Hulu
N02 Temenggor

P055 Lenggong
N03 Kenering
N04 Kota Tampan

P056 Larut
N05 Selama
N06 Kubu Gajah
N07 Batu Kurau

P057 Parit Buntar
N08 Titi Serong
N09 Kuala Kurau

P058 Bagan Serai
N10 Alor Pongsu
N11 Gunong Semanggol
N12 Selinsing

P059 Bukit Gantang
N13 Kuala Sepetang
N14 Changkat Jering
N15 Trong

P060 Taiping
N16 Kamunting
N17 Pokok Assam
N18 Aulong

P061 Padang Rengas
N19 Chenderoh
N20 Lubok Merbau

P062 Sungai Siput
N21 Lintang
N22 Jalong

P063 Tambun
N23 Manjoi
N24 Hulu Kinta

P064 Ipoh Timor
N25 Canning
N26 Tebing Tinggi
N27 Pasir Pinji

P065 Ipoh Barat
N28 Bercham
N29 Kepayang
N30 Buntong

P066 Batu Gajah
N31 Jelapang
N32 Menglembu
N33 Tronoh

P067 Kuala Kangsar
N34 Bukit Chandan
N35 Manong

P068 Beruas
N36 Pengkalan Baharu
N37 Pantai Remis
N38 Astaka

P069 Parit
N39 Belanja
N40 Bota

P070 Kampar
N41 Malim Nawar
N42 Keranji
N43 Tualang Sekah

P071 Gopeng
N44 Sungai Rapat
N45 Simpang Pulai
N46 Teja

P072 Tapah
N47 Chenderiang
N48 Ayer Kuning

P073 Pasir Salak
N49 Sungai Manik
N50 Kampong Gajah

P074 Lumut
N51 Pasir Panjang
N52 Pangkor

P075 Bagan Datuk
N53 Rungkup
N54 Hutan Melintang

P076 Teluk Intan
N55 Pasir Bedamar
N56 Changkat Jong

P077 Tanjong Malim
N57 Sungkai
N58 Slim
N59 Behrang

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Category