Gerik

Gerik is located in Bumi
Gerik
Gerik (Bumi)
Koordinat: 5°25′N 101°08′E / 5.417°N 101.133°E / 5.417; 101.133NegaraMalaysiaNegeriPerakDaerahHulu PerakPentadbiran
 • JenisKerajaan tempatan • BadanMajlis Daerah Gerik • PresidenMohd Zairasyahli Shah ZakariaZon waktuUTC+8 (Waktu Piawai Malaysia)Laman sesawanghttps://www.gerik.gov.my/
Majlis Daerah Gerik
Majlis Daerah Gerik
Akta Kerajaan Tempatan 1976
Jenis
Jenis
Municipal Council bagi Gerik
Sejarah
Diasaskan1 December 1979
Kepimpinan
Presiden
Mohd Zairasyahli Shah Zakaria
Kumpulan politik
Councillors:
  •      DAP (6)
  •      PKR (3)
  •      Amanah (1)
  •      UMNO (4)
  •      Vacant (11)
Moto
Menuju Era Gemilang
Tempat persidangan
Jalan Haji Meor Yahaya, 33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan.
www.gerik.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Gerik (Jawi: ڬريق) di Daerah Hulu Perak, negeri Perak, Malaysia merupakan bandar yang terletak di tengah lembah di antara banjaran-banjaran Bintang dan Titiwangsa. Digelar Bandar Persinggahan oleh kerana kedudukannya yang terletak di tengah-tengah jajaran Lebuhraya Timur-Barat, yang merupakan salah satu laluan utama ke negeri-negeri pantai timur. Gerik juga adalah gerbang barat ke Taman Negeri Royal Belum.

Sejarah Gerik

Dari catatan sejarah, orang yang mula-mula membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak Tun Perak, bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani dan kemudian berpindah ke Belum, Gerik. Beliau menjadi ketua masyarakat di Belum.

Gerik bersempadan dengan Negeri Reman di utara. Raja Reman menceroboh masuk ke Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh (Pengkalan Hulu). Menjelang kurun ke-19, sebahagian besar daerah Gerik telah ditakluki oleh Raja Reman. Pada tahun 1902, sistem pemerintahan beraja di Reman telah dihapuskan oleh kerajaan Siam dan daerah Gerik menjadi jajahannya.

Pada 9 Julai 1902, kerajaan Siam telah membuat perjanjian dengan kerajaan Inggeris untuk menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam. Antara syarat dalam perjanjian itu, kerajaan Siam hendaklah juga menyerahkan balik daerah Gerik yang telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada kerajaan negeri Perak. Istiadat penyerahan daerah Gerik itu telah berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909.

Asal-usul nama

Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang bernama Gerik itu masih diliputi hutan belantara dan masih terletak bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai, lalu meneroka hutan di kuala sungai tersebut bagi dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok 'Ad (Tok Sa'ad).

Tidak berapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.

Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang ganjil terbit dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orangnya menggali di situ untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.

Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan sedang menggerit umbi buluh. Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.

Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan 'Gerit' itu telah digunakan beberapa lama dan kemudiannya sebutan dan ejaannya diubah daripada 'Gerit' menjadi 'Grik', kemudian menjadi 'Gerik' seperti yang digunakan sekarang.

dekan : sejenis haiwan seakan-akan tikus; masih boleh ditemui di hutan Belum.

Gerik Kini

Sekarang Gerik telah membangun dengan pesat dan banyak kemudahan, bangunan-bangunan kedai, serta kawasan-kawasan perumahan baru seperti Bandariang telah diwujud. Gerik terletak di tengah-tengah lebuh raya yang menghubungkan Pulau Pinang, Butterworth dan Kota Bharu.

Wakil rakyat

Parlimen Malaysia

  • P.054 GERIK - Yang Berhormat Tuan

Fathul Huzir bin Ayob (PN)- BERSATU

Dewan Undangan Negeri Perak

  • N.01 Pengkalan Hulu - YB. Haji Aznel Ibrahim (Barisan Nasional BN)
  • N.02 Temenggor - YB. Salbiah Mohamed (Barisan Nasional BN)

Pautan luar

  • Peta lokasi Gerik
  • Majlis Daerah Gerik
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Ipoh - Bandar diraja: Kuala Kangsar
Topik
Masyarakat
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Kesihatan (Pandemik COVID-19)
  • Politik
    • Pilihan raya
Pemerintahan
Diraja
Eksekutif
Bahagian pentadbiran
Daerah
Bandar raya
Bandar
Ayer Tawar Bagan Datoh Bagan Serai Bagan Sungai Burong Banir Batak Rabit Batu Gajah Behrang Bercham Beruas Bidor Bikam Bota Bukit Gantang Bukit Merah Changkat Jering Changkat Keruing Chemor Chikus Damar Laut Gerik • Gopeng Gua Tempurung Hutan Melintang Jelapang Jenderata Jerlun Kamunting Karai Kota Setia Kuala Kangsar Kuala Kurau Kuala Sepetang Langkap Lekir Lenggong Lumut Manjoi Malim Nawar Mambang Di Awan Manong Menglembu Meru Padang Rengas Pantai Remis Parit Parit Buntar Pasir Salak Pekan Gurney Pengkalan Hulu (Keroh) • Bandar raya Proton Sayong Selama Seri Iskandar Seri Manjung Simpang Tiga Sitiawan Slim Slim River Sungai Siput Sungkai Taiping Tambun Tanjung Malim Tanjung Piandang Tanjung Rambutan Tanjung Tualang Tapah Tapah Road Teluk Batik Teluk Intan Teluk Rubiah Temoh Temoh Road Trolak Trong Tronoh
Tempat menarik
Pulau
Tasik
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P054 Gerik
N01 Pengkalan Hulu
N02 Temenggor

P055 Lenggong
N03 Kenering
N04 Kota Tampan

P056 Larut
N05 Selama
N06 Kubu Gajah
N07 Batu Kurau

P057 Parit Buntar
N08 Titi Serong
N09 Kuala Kurau

P058 Bagan Serai
N10 Alor Pongsu
N11 Gunong Semanggol
N12 Selinsing

P059 Bukit Gantang
N13 Kuala Sepetang
N14 Changkat Jering
N15 Trong

P060 Taiping
N16 Kamunting
N17 Pokok Assam
N18 Aulong

P061 Padang Rengas
N19 Chenderoh
N20 Lubok Merbau

P062 Sungai Siput
N21 Lintang
N22 Jalong

P063 Tambun
N23 Manjoi
N24 Hulu Kinta

P064 Ipoh Timor
N25 Canning
N26 Tebing Tinggi
N27 Pasir Pinji

P065 Ipoh Barat
N28 Bercham
N29 Kepayang
N30 Buntong

P066 Batu Gajah
N31 Jelapang
N32 Menglembu
N33 Tronoh

P067 Kuala Kangsar
N34 Bukit Chandan
N35 Manong

P068 Beruas
N36 Pengkalan Baharu
N37 Pantai Remis
N38 Astaka

P069 Parit
N39 Belanja
N40 Bota

P070 Kampar
N41 Malim Nawar
N42 Keranji
N43 Tualang Sekah

P071 Gopeng
N44 Sungai Rapat
N45 Simpang Pulai
N46 Teja

P072 Tapah
N47 Chenderiang
N48 Ayer Kuning

P073 Pasir Salak
N49 Sungai Manik
N50 Kampong Gajah

P074 Lumut
N51 Pasir Panjang
N52 Pangkor

P075 Bagan Datuk
N53 Rungkup
N54 Hutan Melintang

P076 Teluk Intan
N55 Pasir Bedamar
N56 Changkat Jong

P077 Tanjong Malim
N57 Sungkai
N58 Slim
N59 Behrang

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Category