Kuala Kangsar

Kuala Kangsar
Kole Kangso
Bandar diraja dan ibu daerah
Bandar Diraja Kuala Kangsar
Transkripsi Lain-lain
 • Jawiكوالا كڠسر
Pusat bandar Kuala Kangsar
Pusat bandar Kuala Kangsar
Cogan kata: Membina Kehidupan Berkualiti
NegaraMalaysia
NegeriPerak Darul Ridzuan
DaerahDaerah Kuala Kangsar
Pentadbiran
 • JenisMPKK
 • Yang di-PertuaMohd. Shafie Arifin
Keluasan
 • Jumlah204.94 km2 (79.13 batu persegi)
Penduduk
 (2000)
 • Jumlah265,159
 • Kepadatan753/km2 (1,950/batu persegi)
Bunga RasmiCanna Generalis
Laman sesawangMajlis Perbandaran Kuala Kangsar

Kuala Kangsar (sebutan dalam loghat tempatan: Kole Kangso, Jawi: كوالا كڠسر) merupakan sebuah Bandar Diraja dan salah satu bandar bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) melalui EXIT 143 Persimpangan Kuala Kangsar, jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah perbandaran yang kini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah ialah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Pekan Manong, Pekan Sauk, Karai, Pekan Salak, Lintang dan Lasah. Bandar Sungai Siput (U) merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar di daerah Kuala Kangsar sendiri terletak di dalam Metropolis Lembah Kinta.

Aktiviti ekonomi utama terdiri daripada aktiviti pertanian.

Terdapat 10 buah Mukim di dalam kawasan Daerah Kuala Kangsar iaitu:

  1. Mukim Chegar Galah
  2. Mukim Kota Lama Kiri
  3. Mukim Lubok Meghobo
  4. Mukim Kampung Buaia
  5. Mukim Senggang
  6. Mukim Sayong
  7. Mukim Kota Lama Kanan
  8. Mukim Kota Lama Kiri
  9. Mukim Sungai Siput
  10. Mukim Pulau Kemiri
Masjid Diraja Ubudiah di atas bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak

Sejarah

Negeri Perak lahir daripada aliran air yang menebing di Sungai Perak dari puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selat Melaka. Dari zaman awal lagi orang tertarik dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka ialah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan peribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang.[perlu rujukan]

Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka, kuala sungai ini adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan pemandangannya sungguh indah.[perlu rujukan]

Menurut sejarah, Kuala Kangsar mendapat namanya daripada pokok kangsar atau nama saintifiknya hibiscus flocossus yang banyak tumbuh di tebing Sungai Kangsar, anak Sungai Perak.[1]

Satu versi lagi mengatakan nama itu diperoleh daripada para peneroka yang membuka penempatan di kuala sungai itu dengan panggilan 'Kuala Kurang Sa' bermakna kurang satu daripada 100 kerana terdapatnya 99 anak sungai di situ.

Walau bagaimanapun, Kuala Kangsar sebenarnya ialah satu lokasi yang sangat baik, bukan sahaja sesuai sebagai tempat mendarat, tetapi memang baik untuk penempatan, bercucuk tanam, dan sebagai pusat perniagaan. Di daratnya seseorang boleh meneruskan perjalanan menyusur sungai hingga ternampak Gunung Pondok di Padang Rengas, iaitu satu mercu tanda yang memandu orang dalam perjalanan ke Larut ataupun dari Larut.[perlu rujukan]

Berdasarkan keistimewaan ini, boleh disimpulkan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya ialah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang. Pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Saiznya tiga atau empat pemeluk.[perlu rujukan]

Kuala Kangsar juga tidak kurang hebatnya dalam melahirkan tokoh-tokoh di pelbagai bidang. Antara tokoh kelahiran atau yang dibesarkan dan mendapat didikan di Kuala Kangsar adalah seperti Tun Mohd Suffian Bin Hj Hashim, mantan Ketua Hakim Negara. Tokoh di bidang perubatan pula ialah Dato' Seri Dr Megat Khas Megat Omar, Dato' Dr Ariffin Hj Ngah Marzuki dan Dr Hj Pandak Ahmad.[perlu rujukan]

Antara alim ulama yang berasal dari Kuala Kangsar ialah Syeikh Hj Mohd Idris Bin Hj Abdul Rauf Almarbawi, Syeikh Hj Ismail Hamzah, dan Hj Sa'aya Abdul Majid.[perlu rujukan]

Wakil Rakyat

Parlimen Malaysia

Dewan Undangan Negeri Perak

  • N.34 BUKIT CHANDAN | YB. Maslin Sham B. Razman (Barisan Nasional Barisan Nasional-UMNO)
  • N.35 MANONG - YB. Kamil B. Shafie (Barisan Nasional Barisan Nasional-UMNO)

Semenjak Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957 dan hingga Malaysia kini, hanya seorang sahaja anak jati Kuala Kangsar diberi peluang menjadi wakil rakyat/ahli parlimen bagi kawasan Kuala Kangsar, iaitu Toh Abdullah bin Abdul Rauf. Selepas itu, semua calon pilihan raya diambil dari luar seperti Tan Sri Mohamed Ghazali bin Jawi (Lenggong), Tan Sri Abdul Aziz Yeop (Lenggong), Toh Puan Oon Zariah Abu Bakar (Ipoh), Tan Sri Yong Ghazali (Ipoh) dan Tan Sri Tan Sri Rafidah Aziz (Gopeng).

Selepas PRU 13, wakil rakyat P.067 Parlimen Kuala Kangsar ialah anak jati Kuala Kangsar sendiri.

Rekreasi/pelancongan

Muzium Diraja/Istana Kenangan

Terdapat beberapa kawasan pelancongan dan rekreasi di Kuala Kangsar. Antaranya ialah:

Bot penambang juga boleh dinaiki bagi menyusuri tebing Sungai Perak dan Pesisiran Sayong.

Industri Kraf Tangan

  • Labu Sayong
  • Tekatan Benang Emas
  • Medan Cendol dan Laksa dibina bersebelahan bazar kraf dan Laman Budaya. Sini terkenal dengan masakan seperti ikan bakar. Laksa panas dan cendol lemak manis yang sejuk boleh dimakan sambil memerhatikan keindahan Laman Budaya.
  • Kolam Air Panas Ara Panjang, Manong
  • Jambatan Sayong
  • Melihat pokok getah tertua di Malaysia
  • Melawat kubur Tok Temong
  • Melawat Makam Daeng Selili Padang Changkat.

Kemudahan-kemudahan

Bandar Baru Kuala Kangsar

Pendidikan

Institusi pendidikan di Kuala Kangsar termasuk:

Pengangkutan

  • Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Kuala Kangsar
  • Terminal Bas Kuala Kangsar
  • Terminal Teksi & Kereta Sewa Kuala Kangsar
  • Jeti Kuala Kangsar (menghubungkan Sayong dengan bandar Kuala Kangsar melalui sungai)

Dalam Daerah Kuala Kangsar, terdapat 5 buah jambatan yang dibina merentangi Sungai Perak.

  • Jambatan Sultan Iskandar Shah (dibina tahun 1928)
  • Jambatan Sultan Azlan Shah (laluan Lebuhraya Utara Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh)
  • Jambatan Sultan Abdul Jalil (menghubungkan bandar Kuala Kangsar dengan Pekan Sayong)
  • Jambatan Victoria (jambatan keretapi pertama di Malaysia)
  • Jambatan Keretapi Landasan Berkembar Kuala Kangsar

Masjid dan Surau

  • Masjid Ubudiah
  • Masjid Ridzuaniah
  • Masjid As-Saudah, Kg Jamuam, Kota Lama Kiri
  • Masjid Pemaisuri Bainun (USAS)
  • Masjid Hidayatul Ummah, Kota Lama Kiri
  • Masjid Hashimiah, Kg Talang Masjid
  • Masjid Raudatul Jannah, Taman Kuala Kangsar
  • Masjid Kota Lama Kanan, Kota Lama Kanan
  • Masjid Al Marbawi, Lubok Merbau
  • Masjid Sultan Abdul Jalil, Kampung Bendang Panjang
  • Surau Muhammadiah, Chandan
  • Surau Imam Mohd Salleh, Kg Jias, Kota Lama Kiri
  • Surau Taman Chandan Putri
  • Surau Simpang Tiga Talang, Kampung Simpang Tiga Talang
  • Surau Tersusun Talang, Kg Tersusun Talang
  • Surau Al Muttaqin, Taman Bougainvilla

Pejabat pos

  • Pejabat Pos Kuala Kangsar

Bekalan elektrik

  • Tenaga Nasional Bhd,Bangunan Tenaga Nasional Bhd, Jalan Sultan Iskandar Shah, 33000 Kuala Kangsar
  • Tenaga Nasional Bhd,Istana Iskandariah, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar
  • Tenaga Nasional Bhd,No. 5276, Jalan Istana, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar
  • Tenaga Nasional Bhd,No. 831, Jalan Lubuk Merbau, Simpang Lawin, 33000 Kuala Kangsar

Perkhidmatan kesihatan

  • Hospital Kuala Kangsar, Jalan Sultan Idris Shah I
  • Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar, Jalan Sultan Idris Shah I
  • Klinik Kesihatan dan Pergigian, Jalan Kangsar
  • Farmasi Kangsar Sdn Bhd,No. 29, Jalan Kangsar
  • Healthtronics (M) Sdn Bhd,JKR1127, Hospital Daerah Kuala Kangsar, Jalan Sultan Idris Shah I
  • Kedai Ubat Swee On,No. 64, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar
  • Pusat Perubatan Homoeopathy Kuala Kangsar,1st Floor, Terminal Bas Kuala Kangsar, Jalan Raja Bendahara
  • Remedi Pharmaceuticals (M) Sdn Bhd,JKR1127, Hospital Daerah Kuala Kangsar, Jalan Sultan Idris Shah I

Koperasi/Persatuan

  • Persatuan Bekas Pelajar Idrisiah ((P.B.P.I)), Madrasah idrisiah, 33000 Bukit Chandan,Kuala Kangsar
  • Koperasi Gabongan PPPK Kuala Kangsar Bhd, 48B, Jalan Dato Sagor, 33000 Kuala Kangsar
  • Koperasi Gabongan PPPK Kuala Kangsar Bhd, No. 94, Tingkat 2, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar
  • Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Bhd, No. 88, Tingkat 3, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar
  • Koperasi Peniaga & Penjaja Daerah Kuala Kangsar Bhd, Tingkat 1, Pej Kop Peniaga & Penjaja, 33040 Kuala Kangsar
  • Syarikat Guru-Guru Melayu K Kangsar & Hulu Perak, K3, Bandar Baru, 33000 Kuala Kangsar
  • Syarikat Guru-Guru Melayu K Kangsar & Hulu Perak, No. 67, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar
  • Persatuan Kwang Tung Kuala Kangsar, No. 393, 2nd Floor, Jalan Stesyen, 33000 Kuala Kangsar
  • Persatuan Murid-Murid Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar, No. 42, 4th Floor, Mcoba, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur
  • Persatuan Pemborong Bumiputera Kuala Kangsar, 68A, Bangunan Rsb, Jalan Dato Maharaja Lela, 33000 Kuala Kangsar
  • Kesatuan Pekerja Pekerja Awam Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Cawangan Kuala Kangsar
  • Persatuan Pemuzik dan Kesenian Kuala Kangsar

Pasaraya

  • The Store
  • Pasaraya SAKAN
  • Pasaraya Wah Seah Maju
  • TF Value Mart Sungai Siput
  • Pasaraya KU
  • TF Value Mart Kuala Kangsar

Bank

  • AmFinance Bhd, No. 318, Jalan Daeng Selili, 33000 Kuala Kangsar
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd, PT2041, Jalan Daeng Selili, 33000 Kuala Kangsar
  • Bumiputra-Commerce Bank Bhd, Kawasan Rehat & Rawat Sungai Perak Arah Utara, 33040 Kuala Kangsar
  • Bumiputra-Commerce Bank Bhd, No. 96, Tingkat bawah, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar
  • Hong Leong Bank Jalan Daeng Selili, 33000 Kuala Kangsar
  • Public Bank Bhd,No. 12, Jalan Daeng Selili, 33000 Kuala Kangsar
  • RHB Bank Bhd, No. 6, Tingkat bawah, Jalan Daeng Selili, 33000 Kuala Kangsar
  • Bank Simpanan Nasional, 33000 Kuala Kangsar
  • Public Finance, 33000 Kuala Kangsar
  • Bank Muamalat, 33000 Kuala Kangsar
  • Agro Bank, 33000 Kuala Kangsar
  • Malayan Banking, 33000 Kuala Kangsar
  • Bank Tabung Haji 33000 Kuala Kangsar

Hotel dan penginapan

Rumah rehat (Rest house)

  • Rumah Rehat Kuala Kangsar

Hotel (Hotel)

  • Hotel Kuala Kangsar
  • Hotel Seri Kangsar

Rumah tamu (Guesthouse)

  • Royaltown Guesthouse Kuala Kangsar[2]

Inap desa (Homestay)

  • JuShafik Homestay[3]
  • MAMA Homestay[4]

Makanan dan restoran

  • Satay Warisan Pak Manap[5]
  • Bistrockapak Kuala Sayong Hilir[6]
  • Classic Corner[7]
  • Dhia's Corner[8]
  • Gerai Kak Mie[9]
  • Gerai Pokok Jambu[10]
  • Jili Café[11]
  • Jimboy[12]
  • KFC Kuala Kangsar[13]
  • Laksa Idris[14]
  • Laksa Lubuk[15]
  • Laksa Pak Ngah[16]
  • Laksa Pokok Limau[17]
  • MYHOTDOGETERIA Kuala Kangsar, Jalan Taiping
  • Pizza Hut Kuala Kangsar
  • Restoran AFN[18]
  • Restoran Assalamualaikum
  • Restoran Benteng[19]
  • Restoran Che An[20]
  • Restoran Kak Bitah[21]
  • Restoran Manong[22]
  • Restoran Maskah Tomyam[23]
  • Restoran Pak Own
  • Restoran Rahmaniah[24]
  • Restoran Saudiah[25]
  • Restoran Seri Kenas[26]
  • Restoran Shah Reena[27]
  • Restoran Syiok[28]
  • Restoran Talang[29]
  • Shah Na Na Corner[30]
  • Selera Anjung Pak Ungai[31]
  • The Gate Café[32]
  • Warung Che Ani[33]
  • Teratak Warisan Kampung Kuala Kangsar[34]
  • Laksa tapau
  • Selera Bendang Panjang, Kampung Bendang Panjang, Jalan Sultan Iskandar
  • D' Auni Cafe Kuala Kangsar , Kpg Kandang Hilir ,Kota Lama Kanan ,33000 Kuala Kangsar

Senarai Saluran Radio di Kuala Kangsar

  • 87.6 MHz - 8FM
  • 87.9 MHz - Fly FM
  • 88.3 MHz / 103.3 MHz - Radio Klasik
  • 89.3 MHz / 101.5 MHz - Lite
  • 90.1 MHz / 105.3MHz - Traxx FM
  • 90.5 MHz / 104.5 MHz - Hot FM
  • 90.9 MHz / 107.1 MHz - Nasional FM
  • 91.3 MHz / 94.3 MHz - Mix
  • 91.7 MHz / 96.0 MHz - Suria
  • 92.1 MHz / 106.1 MHz - Ai FM
  • 92.7 MHz / 93.6 MHz - Hitz
  • 95.2 MHz / 103.7 MHz - Era
  • 95.6 MHz / 104.1 MHz - Perak FM
  • 96.4 MHz / 96.9 MHz - Sinar
  • 97.9 MHz / 102.1 MHz - Raaga
  • 98.5 MHz / 104.9 MHz - Melody
  • 98.9 MHz / 107.9 MHz - Minnal FM
  • 99.8 MHz / 101.0 MHz - 988
  • 100.2 MHz / 100.6 MHz - My
  • 102.7 MHz IKIM
  • 106.4 MHz Zayan



Rujukan

  1. ^ Kuala Kangsar Bandar Diraja
  2. ^ Royaltown Guesthouse Kuala Kangsar. Dicapai 29 Februari 2012
  3. ^ Dicapai 16 Mei 2012
  4. ^ MAMA Homestay Dicapai 11 Mac 2012[pautan mati kekal]
  5. ^ [1].
  6. ^ Facebook Bistrockapak.
  7. ^ Classic Corner foursquare. [Dicapai 25/02/2012].
  8. ^ Dhia's Corner foursquare. [Dicapai 25/02/2012].
  9. ^ Gerai Kak Mie foursquare. [Dicapai 25/02/2012].
  10. ^ Facebook Gerai Pokok Jambu.
  11. ^ Jili Café Facebook. [Dicapai 25/02/2012].
  12. ^ Jimboy Facebook. [Dicapai 25/02/2012].
  13. ^ KFC Facebook. [Dicapai 25/02/2012].
  14. ^ Laksa Idris foursquare Dicapai 28/02/2012.
  15. ^ Laksa Lubuk Facebook Dicapai 25/02/2012.
  16. ^ Laksa Pak Ngah Facebook Dicapai 25/02/2012.
  17. ^ Laksa Pokok Limau Facebook Dicapai 25/02/2012.
  18. ^ Restoran AFN Facebook Dicapai 25/02/2012.
  19. ^ Restoran Benteng foursquare Dicapai 25/02/2012.
  20. ^ Restoran Che An foursquare Dicapai 25/02/2012.
  21. ^ Restoran Kak Bitah Facebook Dicapai 25/02/2012.
  22. ^ Facebook. [Dicapai 25/02/2012].
  23. ^ foursquare. [Dicapai 25/02/2012].
  24. ^ Facebook. [Dicapai 25/02/2012].
  25. ^ foursquare. [Dicapai 25/02/2012].
  26. ^ foursquare. [Dicapai 25/02/2012].
  27. ^ foursquare. [Dicapai 25/02/2012].
  28. ^ Facebook. [Dicapai 25/02/2012].
  29. ^ foursquare. [Dicapai 25/02/2012].
  30. ^ foursquare. [Dicapai 25/02/2012].
  31. ^ Facebook. [Dicapai 25/02/2012].
  32. ^ Facebook. [Dicapai 25/02/2012].
  33. ^ Facebook. [Dicapai 25/02/2012].
  34. ^ [2]. [Dicapai 25/03/2014].
Map

Pautan luar

  • Portal Komuniti Kuala Kangsar. Diarkibkan 2021-03-01 di Wayback Machine
  • Portal Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Kangsar
  • FACEBOOK Kuala Kangsar Tetap Di Hati.
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Ipoh - Bandar diraja: Kuala Kangsar
Topik
Masyarakat
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Kesihatan (Pandemik COVID-19)
  • Politik
    • Pilihan raya
Pemerintahan
Diraja
Eksekutif
Bahagian pentadbiran
Daerah
Bandar raya
Bandar
Ayer Tawar Bagan Datoh Bagan Serai Bagan Sungai Burong Banir Batak Rabit Batu Gajah Behrang Bercham Beruas Bidor Bikam Bota Bukit Gantang Bukit Merah Changkat Jering Changkat Keruing Chemor Chikus Damar Laut Gerik Gopeng Gua Tempurung Hutan Melintang Jelapang Jenderata Jerlun Kamunting Karai Kota Setia Kuala Kangsar • Kuala Kurau Kuala Sepetang Langkap Lekir Lenggong Lumut Manjoi Malim Nawar Mambang Di Awan Manong Menglembu Meru Padang Rengas Pantai Remis Parit Parit Buntar Pasir Salak Pekan Gurney Pengkalan Hulu (Keroh) • Bandar raya Proton Sayong Selama Seri Iskandar Seri Manjung Simpang Tiga Sitiawan Slim Slim River Sungai Siput Sungkai Taiping Tambun Tanjung Malim Tanjung Piandang Tanjung Rambutan Tanjung Tualang Tapah Tapah Road Teluk Batik Teluk Intan Teluk Rubiah Temoh Temoh Road Trolak Trong Tronoh
Tempat menarik
Pulau
Tasik
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P054 Gerik
N01 Pengkalan Hulu
N02 Temenggor

P055 Lenggong
N03 Kenering
N04 Kota Tampan

P056 Larut
N05 Selama
N06 Kubu Gajah
N07 Batu Kurau

P057 Parit Buntar
N08 Titi Serong
N09 Kuala Kurau

P058 Bagan Serai
N10 Alor Pongsu
N11 Gunong Semanggol
N12 Selinsing

P059 Bukit Gantang
N13 Kuala Sepetang
N14 Changkat Jering
N15 Trong

P060 Taiping
N16 Kamunting
N17 Pokok Assam
N18 Aulong

P061 Padang Rengas
N19 Chenderoh
N20 Lubok Merbau

P062 Sungai Siput
N21 Lintang
N22 Jalong

P063 Tambun
N23 Manjoi
N24 Hulu Kinta

P064 Ipoh Timor
N25 Canning
N26 Tebing Tinggi
N27 Pasir Pinji

P065 Ipoh Barat
N28 Bercham
N29 Kepayang
N30 Buntong

P066 Batu Gajah
N31 Jelapang
N32 Menglembu
N33 Tronoh

P067 Kuala Kangsar
N34 Bukit Chandan
N35 Manong

P068 Beruas
N36 Pengkalan Baharu
N37 Pantai Remis
N38 Astaka

P069 Parit
N39 Belanja
N40 Bota

P070 Kampar
N41 Malim Nawar
N42 Keranji
N43 Tualang Sekah

P071 Gopeng
N44 Sungai Rapat
N45 Simpang Pulai
N46 Teja

P072 Tapah
N47 Chenderiang
N48 Ayer Kuning

P073 Pasir Salak
N49 Sungai Manik
N50 Kampong Gajah

P074 Lumut
N51 Pasir Panjang
N52 Pangkor

P075 Bagan Datuk
N53 Rungkup
N54 Hutan Melintang

P076 Teluk Intan
N55 Pasir Bedamar
N56 Changkat Jong

P077 Tanjong Malim
N57 Sungkai
N58 Slim
N59 Behrang

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Category