Daerah Cameron Highlands

Daerah Cameron Highlands is located in Bumi
Daerah Cameron Highlands
Daerah Cameron Highlands (Bumi)
Koordinat: 4°30′N 101°30′E / 4.500°N 101.500°E / 4.500; 101.500Koordinat: 4°30′N 101°30′E / 4.500°N 101.500°E / 4.500; 101.500Negara MalaysiaNegeri PahangPusatTanah RataPihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Cameron HighlandsPentadbiran
 • Pegawai daerahSyed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman[1]Keluasan • Jumlah712 km2 (275 batu persegi)Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah39,004 • Kepadatan55/km2 (140/batu persegi)Zon waktuUTC+08:00 (WPM)Poskod
39xxx
Kod panggilan+6-05Nombor plat kenderaanC

Cameron Highlands merupakan sebuah daerah di negeri Pahang, Malaysia. Daerah ini terletak di barat laut negeri Pahang dan berkeluasan 712 kilometer persegi yang merangkumi tiga buah mukim. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Tanah Rata.

Etimologi

Perkataan "Cameron" diambil sempena nama seorang juruukur British, William Cameron yang menemui kawasan daerah ini semasa melakukan ekspedisi di Banjaran Titiwangsa pada tahun 1885. Perkataan "Highlands" pula bermaksud tanah tinggi yang merujuk kepada lokasi daerah ini yang berada di kawasan tanah tinggi.[3]

Pentadbiran

Peta daerah Cameron Highlands

Daerah Cameron Highlands ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Cameron Highlands yang berpusat di Tanah Rata. Daerah ini terbahagi kepada tiga buah mukim, sebuah bandar dan tiga buah pekan.

Mukim

  1. Mukim Hulu Telom
  2. Mukim Ringlet
  3. Mukim Tanah Rata
  4. Bandar Tanah Rata
  5. Pekan Brinchang
  6. Pekan Lubok Tamang
  7. Pekan Ringlet

Geografi

Daerah Cameron Highlands terletak di barat laut negeri Pahang, bersempadan dengan daerah Lipis di timur dan selatan, negeri Perak di barat dan Kelantan di utara. Daerah ini merupakan daerah terkecil di Pahang dengan keluasan 712 kilometer persegi.

Secara geografinya daerah ini berada di atas Banjaran Titiwangsa dengan ketinggian antara 800 meter (2,600 ka) hingga 1,603 meter (5,259 ka) di atas paras laut. Ketinggian maksimum daratan di daerah ini mencapai sekitar 2,334 meter (7,657 ka). Daerah ini juga menempatkan beberapa gunung seperti Gunung Batu Brinchang, Gunung Berembun, Gunung Irau, Gunung Jasar, Gunung Mentigi, Gunung Perdah dan Gunung Swettenham.

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
199125,555—    
200028,077+9.9%
201036,978+31.7%
202039,004+5.5%
Pecahan etnik di Cameron
Highlands - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
51.4%
Cina
  
34.6%
India
  
13.1%
Lain-lain
  
0.9%
*Penduduk warganegara sahaja
Agama di Cameron Highlands
- Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
39.9%
Buddha
  
30.1%
Hinduisme
  
12.5%
Tidak beragama
  
8.8%
Kristian
  
4.4%
Lain-lain
  
4.4%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Cameron Highlands ialah seramai 39,004 orang dengan kepadatan penduduk 55 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 51 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih 13 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[2][4]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 0.8. Terdapat 15,980 tempat kediaman dengan sebanyak 9,798 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 26 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 10 ribu dalam golongan muda dan selebihnya seribu orang merupakan warga tua.[2]

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 17,337
Cina 11,673
India 4,415
Lain-lain 310
Bukan warganegara N/A 5,269

Agama

Majoriti penduduk di daerah Cameron Highlands beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Kebanyakan penduduk bumiputera selain Melayu menganut agama Kristian atau tidak beragama.[2]

Rujukan

  1. ^ "Portal Rasmi PDT Cameron Highlands". Dicapai pada 1 Jun 2023.
  2. ^ a b c d e "Kawasanku • Cameron Highlands - OpenDOSM". Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 1 Jun 2023.
  3. ^ "Portal Rasmi Majlis Daerah Cameron Highlands". Dicapai pada 1 Jun 2023.
  4. ^ "Map ~ Stats Geoportal". Stats GeoPortal. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-05-31.
  • l
  • b
  • s
Daerah
Bandar
Bandar Bera Bandar Muadzam Shah Bandar Tun Abdul Razak (Keratong) • Bandar Tun Razak (Jengka) • Batu Hitam Batu Talam Belimbing Benta Bentong Beserah Brinchang Bukit Ibam Bukit Tinggi Ceruk Paloh Chendor Chenor Cheroh Tasik Chini Cherating FELDA Mempaga FELDA New Zealand Bukit Fraser Gambang Gebeng Genting Highlands Genting Sempah Janda Baik JerantutKarak Kemayan Krambit Kerayong Kerdau Kertau Ketari Kampung Awah Kota Bahagia Kota Iskandar Kota Shahbandar Kuala Krau Kuala Lipis Kuala Pahang Kuala Rompin Kuala Tembeling Kuantan (ibu negeri) • Lanchang Lentang Lubuk Paku Lurah Bilut Maran Melati Mengkarak Mengkuang Mentakab Merapoh Nenasi Paloh Hinai Pekan, Pahang Penor Raub RingletRKT Salong Rompin Sebertak Sempalit Sungai Lembing Sungai Ruan Tanah Rata Tanjung Lumpur Tanjung Sepat Teluk Cempedak Temerloh Triang Tringkap
Pulau
Kampung
Bandar baru
Zon Khas
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P078 Cameron Highlands
N01 Tanah Rata
N02 Jelai

P079 Lipis
N03 Padang Tengku
N04 Cheka
N05 Benta

P080 Raub
N06 Batu Talam
N07 Tras
N08 Dong

P081 Jerantut
N09 Tahan
N10 Damak
N11 Pulau Tawar

P082 Indera Mahkota
N12 Beserah
N13 Semambu

P083 Kuantan
N14 Teruntum
N15 Tanjung Lumpur
N16 Inderapura

P084 Paya Besar
N17 Sungai Lembing
N18 Lepar
N19 Panching

P085 Pekan
N20 Pulau Manis
N21 Peramu Jaya
N22 Bebar
N23 Chini

P086 Maran
N24 Luit
N25 Kuala Sentul
N26 Chenor

P087 Kuala Krau
N27 Jenderak
N28 Kerdau
N29 Jengka

P088 Temerloh
N30 Mentakab
N31 Lanchang
N32 Kuala Semantan

P089 Bentong
N33 Bilut
N34 Ketari
N35 Sabai
N36 Pelangai

P090 Bera
N37 Guai
N38 Triang
N39 Kemayan

P091 Rompin
N40 Bukit Ibam
N41 Muadzam Shah
N42 Tioman

  • l
  • b
  • s
 Johor
 Kedah
 Kelantan
 Melaka
 Negeri Sembilan
 Pahang
 Pulau Pinang
 Perak
 Perlis
Tiada
 Sabah
 Sarawak
 Selangor
 Terengganu
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya merupakan Wilayah Persekutuan dan tidak mengadakan sebarang daerah.
hurup condong bermaksud daerah tersebut ditubuhkan selepas 2010 census.