Himpunan Anti ISA

Sebahagian daripada siri tentang
Sejarah Malaysia
Kemerdekaan Malaya dan proklamasi penggabungan Borneo Utara dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
Prasejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia 100–kurun-6
Kerajaan awal
Chih Tu kurun-2–7
Gangga Negara kurun-1–11
Langkasuka kurun-1–15
Pan Pan kurun-3–5
Kedah Tua kurun-4–12
Pahang Tua kurun-5–15
Melayu Jambi kurun-6
Kota Gelanggi kurun-7–9
Srivijaya 650-1377
Majapahit 1293-1500
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Kedah 1136–sekarang
Sultan Kelantan 1267-sekarang
Kesultanan Brunei 1363–sekarang
Kesultanan Melaka 1402–1511
Kesultanan Sulu 1450–1899
Kesultanan Pahang 1470-sekarang
Kesultanan Perak 1528–sekarang
Kesultanan Terengganu 1725-sekarang
Kesultanan Selangor 1743-sekarang
Negeri Sembilan 1773-sekarang
Kerajaan Perlis 1843-sekarang
Parti Politik dan Pertubuhan
UMNO1946-sekarang
MIC1946-sekarang
MCA1949-sekarang
Parti Islam Se-Malaysia1951-sekarang
Parti Perikatan1952-1973
Parti Tindakan Demokratik1965-sekarang
Barisan Nasional1973-sekarang
Parti Bersatu Sabah1985-sekarang
Pertubuhan BERSIH2006-sekarang
Pakatan Rakyat2008-2015
Pertubuhan Hindraf2009-2019
Pakatan Harapan2015-sekarang
Parti Pribumi Bersatu Malaysia2016-sekarang
Muafakat Nasional2019-2022
Gabungan Parti Sarawak2019-sekarang
Parti Perikatan Nasional2020-sekarang
Parti Pejuang Tanah Air2020-sekarang
Ikatan Demokratik Malaysia2020-sekarang
Peristiwa
Hartal Tanah Melayu 19471947
Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak1946-1950
Peristiwa Bukit Kepong1950
Rusuhan kaum 19641964
Krisis Perlembagaan Sarawak1966
Rusuhan Pulau Pinang1967
Pertikaian Pulau Ligitan dan Sipadan 1969-2002
Kebangkitan mahasiswa Malaysia 1971-19751971-1975
Krisis tebusan Bangunan AIA 19751975
Peletupan Tugu Negara1975
Kebakaran Kompleks Campbell1976
Tragedi Double Six1976
Tragedi Penerbangan MH6531977
Darurat Kelantan1977-1978
Dawn Raid1981
Serangan hendap Lahad Datu 19851985
Peristiwa Memali1985
Rusuhan Senyap Sabah1986
Operasi Lalang1987
Urusan Mahkamah Ming 19871987
Tragedi Terminal Feri Sultan Abdul Halim1988
Kebakaran Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah1989
Tragedi letupan kilang mercun Bright Sparklers1991
Pindaan Perlembagaan Malaysia 19931993
Tragedi Highland Towers1993
Ribut Tropika Greg1996
Krisis Kewangan Asia1997-1998
Sukan Komanwel 19981998
Gerakan Reformasi Malaysia1998-sekarang
Wabak virus Nipah di Malaysia1998-1999
Al-Ma'unah2000
Peristiwa Kampung Medan2001
Tsunami Malaysia 20042004
Pembunuhan Altantuya Shaariibuu2006
Perhimpunan Bersih 20072007
Perhimpunan Hindraf 20072007
Gelombang Politik 20082008
Himpunan Anti-ISA2009
Pandemik H1N1 di Malaysia2009-2010
Perhimpunan Bersih 20112011
Perhimpunan Bersih 20122012
Himpunan Kebangkitan Rakyat 20132013
Pencerobohan Lahad Datu2013
Himpunan Black Out 20132013
Langkah Kajang2014
Tragedi Penerbangan MH3702014
Tragedi Penerbangan MH172014
Banjir 2014-152014-2015
Skandal 1Malaysia Development Berhad2015-sekarang
Perhimpunan Bersih 20152015
Gempa bumi Sabah 20152015
Deklarasi Rakyat2016
Serangan bom tangan Movida Bar2016
Perhimpunan Bersih 20162016
Pembunuhan Kim Jong-nam2017
Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah2017
PRU-14 - Peralihan kerajaan2018
Protes terhadap ICERD di Malaysia2018
Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman2018
Perhimpunan Anti-ICERD2018
Pandemik COVID-19 di Malaysia2020-kini
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia2020-2021
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan2021-2022
Kemalangan LRT Kelana Jaya 20212021
Hartal Doktor Kontrak2021
Banjir 2021-222021-2022
Tanah runtuh Batang Kali 2022 2022
Tragedi pesawat Elmina 2023
Mengikut topik
Ikon portal Portal Malaysia
  • l
  • b
  • s


Himpunan Anti ISA atau Himpunan MANSUH diadakan pada 1 Ogos 2009 di tiga tempat di Kuala Lumpur. Himpunan ini dirancang dan dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Pengerusi GMI ialah Syed Ibrahim Syed Noh. Perhimpunan 100,000 rakyat itu merancang untuk berhimpun di beberapa lokasi antaranya di Masjid Jamek, Kompleks Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi memansuhkan ISA.[1]

Himpunan ini telah ditangguhkan beberapa kali sebelum ini. Ia turut disertai Pakatan Rakyat dan NGO hak asasi manusia. Sebanyak 26 organisasi Mahasiswa juga telah menyokong dan menegaskan pendirian menyokong perhimpunan Mansuhkan ISA tersebut.[2] Mereka akan berarak ke Istana Negara dan dijangka bertembung dengan perarakan pro ISA.

Lokasi perhimpunan anjuran GMI ialah di kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral mulai 2 petang sebelum menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Tuntutan mereka ialah hapuskan ISA, bebaskan tahanan dan tutup kem Kamunting di Taiping.[3]

Kira-kira 10,000 penyokong sebuah badan bukan kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terlibat dalam demontrasi ini dan menjadi punca banyak premis perniagaan ditutup selain kesesakan trafik yang teruk. Antara kawasan yang terjejas ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India yang sepatutnya menjadi kawasan orang ramai membeli-belah pada hujung minggu.

Perarakan menyokong ISA

Pada 22 Julai 2009, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu sebulat suara mengadakan perarakan beramai-ramai dari Pasar Seni ke Dataran Merdeka dan ke Istana Negara pada 1 Ogos 2009. Pewaris dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) serta beberapa badan gabungannya merancang mengadakan perhimpunan di Padang Merbuk, Pasar Seni dan Masjid Negara bagi menyokong ISA dikekalkan. Tema mereka ialah "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di Pasar Seni mulai 11.30 pagi. Pertembungan akan berlaku dan jika tidak dikawal rapi akan mencetuskan pergaduhan antara kumpulan dan kaum. 3,000 penunjuk perasaan pro-ISA berkumpul di Pasar Seni sebelum menurunkan tandatangan sokongan di Dataran Merdeka di atas kain rentang gergasi, sepanjang 200 kaki. Memorandum mempertahankan ISA akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.[4]

Timbalan Presiden II Pewaris ialah Rahimuddin Md Harun.

Turut serta menyokong ISA ialah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM).

Tiada permit

Pada 28 Julai 2009, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman menyatakan permit polis tidak dikeluarkan kepada kedua-dua pihak itu kerana dikhuatiri akan bertembung dan menimbulkan suasana tegang. Sekatan jalan raya akan diadakan. Tangkapan awal akan dilakukan terhadap perancang dan individu yang disyaki terlibat mengikut Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah meskipun acara itu belum bermula. Perhimpunan itu jelas bertentangan dengan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967 kerana polis tidak mengeluarkan sebarang kebenaran bagi tujuan itu.

Tangkapan

Kira-kira 10,000 penyokong GMI telah berhimpun dan berarak secara haram sejak 7 pagi di sekitar Masjid Jamek, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman termasuk pusat beli belah Sogo, Jalan Raja Laut, Jalan Kinabalu kira-kira 2 petang. Turut serta ialah Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Penasihat DAP Lim Kit Siang. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman menyatakan bahawa polis akan menyiasat pemimpin tertinggi pembangkang yang berucap di Pejabat Agung Pas Pusat di Jalan Raja Laut kira-kira 3.55 petang. Bagi mengelak keadaan menjadi tidak terkawal, Pasukan Simpanan Persekutuan bertindak menyuraikan perhimpunan haram itu dengan gas pemedih mata selain pancutan air kimia. Polis juga melakukan tangkapan terhadap mereka yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

Kumpulan pro-ISA tidak kelihatan. Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) membatalkan perhimpunan kerana akur dengan arahan. Sepuluh wakil Pewaris akan menyerahkan memorandum menyokong ISA kepada Yang di-Pertuan Agong. Mohd Khairul Azam, yang juga penasihat undang-undang Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan Pembela Negara (Magaran), turut ditahan polis pada jam 7 malam kerana mendekati pintu Istana Negara bagi menyerahkan memorandum mengekalkan ISA. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid menjelaskan memorandum kumpulan pro-ISA tidak pernah diserahkan kepada Istana Negara seperti yang didakwa oleh kumpulan tersebut. Wakil Istana Negara juga tidak hadir untuk menerima memorandum.[5]

Pihak polis telah menahan seramai 589 individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah menjelaskan bahawa seramai 549 lelaki dan 40 wanita ditahan untuk siasatan di bawah Akta Polis 1967. Seramai 545 orang dewasa dan 44 remaja berusia bawah 18 tahun turut ditahan. Dalam penangkapan tersebut, pelajar IPT awam dan swasta lingkungan 18-23 tahun telah ditahan.[6][7][8]

Perbicaraan awal

Pada 4 September 2009, seramai 13 penyokong Gerakan Memansuhkan ISA (GMI) kekal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan pilihan iaitu cubaan mengambil bahagiadi bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 yang membawa hukuman penjara enam bulan dan denda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan. Kononnya mereka membekalkan enam helai baju T berlengan panjang warna merah untuk kegunaan perhimpunan itu di Jalan Kinabalu, berhampiran Masjid Negara pada 1 Ogos 2009 dan boleh dipenjarakan tiga tahun dan denda sehingga RM3,000.

Nama mereka ialah Mohamad Helmi Hassan, 31; Mohd Lokman Amad Ulawi, 22; Mohamad Fafizuddin Mohd Ghazali, 19; Saad Musa, 26; Mohd Fadzil Jan Jam, 25; Samsul Anuar Nordin, 29; Mohamad Ikhwan Ikram, 20; Kamarul Nadhir Kadini, 18; Shahrul Iman Mohamad Salleh 25; Abu U'baidah Jalaluddin, 21; Ahmad Abdul Wahab Abdul Rahman, 24; Muhammad Sholihin Mat Salleh, 19 dan seorang juvana.[9]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Perhimpunan Mansuh Dan Sokong Isa Sabtu Ini Haram, Kata KP KL
  2. ^ [1]
  3. ^ GMI seru Pewaris 'guna laluan lain'
  4. ^ Pro-ISA juga berarak ke Istana Negara
  5. ^ [2]
  6. ^ 589 Orang Termasuk 44 Remaja Ditahan Sertai Perhimpunan Haram
  7. ^ KL Kelam Kabut, 438 Orang Termasuk 38 Remaja Ditahan Sertai Perhimpunan Haram
  8. ^ [3]
  9. ^ Mahkamah: 13 Penyokong GMI Kekal Pengakuan Tidak Bersalah