Darurat di Malaysia

Sebahagian daripada siri tentang
Sejarah Malaysia
Kemerdekaan Malaya dan proklamasi penggabungan Borneo Utara dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
Prasejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia 100–kurun-6
Kerajaan awal
Chih Tu kurun-2–7
Gangga Negara kurun-1–11
Langkasuka kurun-1–15
Pan Pan kurun-3–5
Kedah Tua kurun-4–12
Pahang Tua kurun-5–15
Melayu Jambi kurun-6
Kota Gelanggi kurun-7–9
Srivijaya 650-1377
Majapahit 1293-1500
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Kedah 1136–sekarang
Sultan Kelantan 1267-sekarang
Kesultanan Brunei 1363–sekarang
Kesultanan Melaka 1402–1511
Kesultanan Sulu 1450–1899
Kesultanan Pahang 1470-sekarang
Kesultanan Perak 1528–sekarang
Kesultanan Terengganu 1725-sekarang
Kesultanan Selangor 1743-sekarang
Negeri Sembilan 1773-sekarang
Kerajaan Perlis 1843-sekarang
Parti Politik dan Pertubuhan
UMNO1946-sekarang
MIC1946-sekarang
MCA1949-sekarang
Parti Islam Se-Malaysia1951-sekarang
Parti Perikatan1952-1973
Parti Tindakan Demokratik1965-sekarang
Barisan Nasional1973-sekarang
Parti Bersatu Sabah1985-sekarang
Pertubuhan BERSIH2006-sekarang
Pakatan Rakyat2008-2015
Pertubuhan Hindraf2009-2019
Pakatan Harapan2015-sekarang
Parti Pribumi Bersatu Malaysia2016-sekarang
Muafakat Nasional2019-2022
Gabungan Parti Sarawak2019-sekarang
Parti Perikatan Nasional2020-sekarang
Parti Pejuang Tanah Air2020-sekarang
Ikatan Demokratik Malaysia2020-sekarang
Peristiwa
Hartal Tanah Melayu 19471947
Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak1946-1950
Peristiwa Bukit Kepong1950
Rusuhan kaum 19641964
Krisis Perlembagaan Sarawak1966
Rusuhan Pulau Pinang1967
Pertikaian Pulau Ligitan dan Sipadan 1969-2002
Kebangkitan mahasiswa Malaysia 1971-19751971-1975
Krisis tebusan Bangunan AIA 19751975
Peletupan Tugu Negara1975
Kebakaran Kompleks Campbell1976
Tragedi Double Six1976
Tragedi Penerbangan MH6531977
Darurat Kelantan1977-1978
Dawn Raid1981
Serangan hendap Lahad Datu 19851985
Peristiwa Memali1985
Rusuhan Senyap Sabah1986
Operasi Lalang1987
Urusan Mahkamah Ming 19871987
Tragedi Terminal Feri Sultan Abdul Halim1988
Kebakaran Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah1989
Tragedi letupan kilang mercun Bright Sparklers1991
Pindaan Perlembagaan Malaysia 19931993
Tragedi Highland Towers1993
Ribut Tropika Greg1996
Krisis Kewangan Asia1997-1998
Sukan Komanwel 19981998
Gerakan Reformasi Malaysia1998-sekarang
Wabak virus Nipah di Malaysia1998-1999
Al-Ma'unah2000
Peristiwa Kampung Medan2001
Tsunami Malaysia 20042004
Pembunuhan Altantuya Shaariibuu2006
Perhimpunan Bersih 20072007
Perhimpunan Hindraf 20072007
Gelombang Politik 20082008
Himpunan Anti-ISA2009
Pandemik H1N1 di Malaysia2009-2010
Perhimpunan Bersih 20112011
Perhimpunan Bersih 20122012
Himpunan Kebangkitan Rakyat 20132013
Pencerobohan Lahad Datu2013
Himpunan Black Out 20132013
Langkah Kajang2014
Tragedi Penerbangan MH3702014
Tragedi Penerbangan MH172014
Banjir 2014-152014-2015
Skandal 1Malaysia Development Berhad2015-sekarang
Perhimpunan Bersih 20152015
Gempa bumi Sabah 20152015
Deklarasi Rakyat2016
Serangan bom tangan Movida Bar2016
Perhimpunan Bersih 20162016
Pembunuhan Kim Jong-nam2017
Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah2017
PRU-14 - Peralihan kerajaan2018
Protes terhadap ICERD di Malaysia2018
Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman2018
Perhimpunan Anti-ICERD2018
Pandemik COVID-19 di Malaysia2020-kini
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia2020-2021
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan2021-2022
Kemalangan LRT Kelana Jaya 20212021
Hartal Doktor Kontrak2021
Banjir 2021-222021-2022
Tanah runtuh Batang Kali 2022 2022
Tragedi pesawat Elmina 2023
Mengikut topik
Ikon portal Portal Malaysia
  • l
  • b
  • s

Darurat di Malaysia merupakan penguatkuasaan hasil proklamasi darurat yang diumumkan oleh Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara di Malaysia yang tertakluk di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Ia akan diisytiharkan sekiranya terdapat sesuatu yang menyebabkan keselamatan, atau pertumbuhan ekonomi, atau ketenteraman awam terancam berlaku di Malaysia.[1]

Kronologi

Rusuhan dan penentangan

Sebelum merdeka

Sebelum merdeka, Malaysia yang ketika itu merupakan Tanah Melayu atau Malaya telah diisytiharkan darurat oleh pentadbiran British. Ia bertujuan bagi membendung kegiatan politik berhaluan kiri, terutamanya yang membabitkan Parti Komunis Malaya (PKM), selepas penyerahan Malaya daripada Jepun kepada British. Ia berkuat kuasa dari tahun 1948 hingga 1960.

Selepas merdeka

Darurat yang pertama diisytiharkan di Malaysia selepas kemerdekaan ialah akibat konfrontasi negara Indonesia akibat pembentukan Malaysia yang menggabungkan Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Ia berlaku pada September 1964.

Pada 14 September 1966 pula, proklamasi darurat dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong di Sarawak bertujuan untuk membolehkan kerajaan menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak.[2] Ia berlaku setelah Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Stephen Kalong Ningkan, tidak meletakkan jawatan selepas 21 daripada 42 orang anggota Dewan Undangan Negeri Sabah mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadapnya.

Pada 15 Mei 1969 pula, proklamasi darurat dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong berikutan rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969.[2] Ia berlaku akibat berlakunya provokasi perkauman setelah berlangsungnya Pilihan raya umum Malaysia 1969.

Pada 8 November 1977, proklamasi darurat dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong di Kelantan bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian politik di negeri Kelantan.[2] Ia berlaku setelah Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamed Nasir, tidak meletakkan jawatan selepas Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan undi tidak percaya terhadapnya.

Ancaman jerebu

Darurat mengenai ancaman jerebu yang teruk pernah diisytiharkan di Malaysia. Pada September 1997, darurat telah diisytiharkan di Sarawak akibat jerebu yang teruk. Pada 11 Ogos 2005, Kuala Selangor dan Klang pula telah diisytiharkan darurat.[3][4] Pada 23 Jun 2013 pula, Muar dan Ledang, Johor pula diisytiharkan darurat akibat indeks pencemaran udara yang terlalu tinggi.[5]

Penularan wabak COVID-19

Berikutan kemelut politik Malaysia dan pandemik COVID-19 di Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 23 Oktober 2020 untuk mencadang pengisytiharan darurat bagi seluruh negara. Walau bagaimanapun, cadangan awal tersebut ditolak.[6]

Pada 18 November 2020, proklamasi darurat diisytiharkan di Parlimen Batu Sapi, Sabah sebagai langkah membendung penularan wabak sekaligus membatalkan pilihan raya kecil yang sepatutnya dilangsung dalam waktu terdekat.[7] Kerusi Parlimen Batu Sapi diisytiharkan kosong setelah Ahli Parlimennya, Liew Vui Keong meninggal dunia.[8]

Pada 16 Disember 2020 pula, proklamasi darurat diisytiharkan di dua tempat iaitu Parlimen Gerik, Perak dan DUN Bugaya, Sabah sebagai langkah membendung penularan wabak sekali gus membatalkan pilihan raya kecil yang sepatutnya dilangsungkan dalam waktu terdekat.[9] Pilihan raya kecil dua kerusi berkenaan dijadualkan serentak pada 16 Januari 2021, setelah diisytiharkan kosong selepas wakil rakyat masing-masing, Hasbullah Osman (Gerik) dan Manis Muka Mohd Darah (Bugaya) meninggal dunia.[10][11]

Pada 12 Januari 2021, proklamasi darurat diisytiharkan di Malaysia keseluruhannya sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia. Ia diisytiharkan oleh Perdana Menteri setelah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.[12] Ia dikuatkuasakan hingga 1 Ogos 2021. Sistem perundangan digantung di peringkat persekutuan (Parlimen) dan negeri (DUN). Hal ini sekaligus menghalang penganjuran sebarang pilihan raya umum di Malaysia.[13]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ BERNAMA (12 Januari 2021). "Kronologi darurat di Malaysia". BERNAMA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-13. Dicapai pada 13 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ a b c "Pengungkaian Proklamasi-proklamasi Darurat" (PDF). Penyata Rasmi Parlimen Dewan Negara. 20 Disember 2011. Dicapai pada 13 Januari 2021.
  3. ^ "Bencana Jerebu - Pelan Tindakan Mengatasi" (PDF). Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat. 7 Oktober 1997. Dicapai pada 13 Januari 2021.
  4. ^ Mastura Mahmud & Nuur Huraizah Abu Hanifiah (2009). "Kajian pencemaran udara berikutan peristiwa jerebu pada tahun 2005: Kajian kes di Perai, Pulau Pinang, Malaysia" (PDF). GEOGRAFIA Online. 5 issue 2: 1.
  5. ^ T K Letchumy Tamboo (23 Jun 2013). "Najib isytihar darurat di Muar dan Ledang". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2020. Dicapai pada 13 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ Raiham Mohd Sanusi (25 Oktober 2020). "Yang di-Pertuan Agong tolak cadangan darurat". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Januari 2021. Dicapai pada 13 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  7. ^ Mohd Nasaruddin Parzi (18 November 2020). "Agong isytihar darurat Parlimen Batu Sapi". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2020. Dicapai pada 13 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  8. ^ Yun Mikail (2 Oktober 2020). "VK Liew meninggal dunia". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2020. Dicapai pada 13 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  9. ^ Muhammad Yusri Muzamir (16 Disember 2020). "Agong isytihar darurat Parlimen Gerik dan DUN Bugaya". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2020. Dicapai pada 13 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  10. ^ BERNAMA (16 November 2020). "Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2020. Dicapai pada 13 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  11. ^ Abdul Rahemang Taiming (17 November 2020). "ADUN Bugaya meninggal dunia". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2020. Dicapai pada 13 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  12. ^ Mohd Fadhli Mohd Sulaiman (12 Januari 2021). "Agong isytihar darurat hingga 1 Ogos". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2021. Dicapai pada 13 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  13. ^ BERNAMA (12 Januari 2021). "Darurat: Pilihan raya tak akan diadakan". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2021. Dicapai pada 13 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  • l
  • b
  • s
Rencana Malaysia 
Sejarah
Geografi
Politik
Ekonomi
Masyarakat
Budaya
Simbol
  • Kategori
  • Portal