Peristiwa Kampung Medan

Sebahagian daripada siri tentang
Sejarah Malaysia
Kemerdekaan Malaya dan proklamasi penggabungan Borneo Utara dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
Prasejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia 100–kurun-6
Kerajaan awal
Chih Tu kurun-2–7
Gangga Negara kurun-1–11
Langkasuka kurun-1–15
Pan Pan kurun-3–5
Kedah Tua kurun-4–12
Pahang Tua kurun-5–15
Melayu Jambi kurun-6
Kota Gelanggi kurun-7–9
Srivijaya 650-1377
Majapahit 1293-1500
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Kedah 1136–sekarang
Sultan Kelantan 1267-sekarang
Kesultanan Brunei 1363–sekarang
Kesultanan Melaka 1402–1511
Kesultanan Sulu 1450–1899
Kesultanan Pahang 1470-sekarang
Kesultanan Perak 1528–sekarang
Kesultanan Terengganu 1725-sekarang
Kesultanan Selangor 1743-sekarang
Negeri Sembilan 1773-sekarang
Kerajaan Perlis 1843-sekarang
Parti Politik dan Pertubuhan
UMNO1946-sekarang
MIC1946-sekarang
MCA1949-sekarang
Parti Islam Se-Malaysia1951-sekarang
Parti Perikatan1952-1973
Parti Tindakan Demokratik1965-sekarang
Barisan Nasional1973-sekarang
Parti Bersatu Sabah1985-sekarang
Pertubuhan BERSIH2006-sekarang
Pakatan Rakyat2008-2015
Pertubuhan Hindraf2009-2019
Pakatan Harapan2015-sekarang
Parti Pribumi Bersatu Malaysia2016-sekarang
Muafakat Nasional2019-2022
Gabungan Parti Sarawak2019-sekarang
Parti Perikatan Nasional2020-sekarang
Parti Pejuang Tanah Air2020-sekarang
Ikatan Demokratik Malaysia2020-sekarang
Peristiwa
Hartal Tanah Melayu 19471947
Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak1946-1950
Peristiwa Bukit Kepong1950
Rusuhan kaum 19641964
Krisis Perlembagaan Sarawak1966
Rusuhan Pulau Pinang1967
Pertikaian Pulau Ligitan dan Sipadan 1969-2002
Kebangkitan mahasiswa Malaysia 1971-19751971-1975
Krisis tebusan Bangunan AIA 19751975
Peletupan Tugu Negara1975
Kebakaran Kompleks Campbell1976
Tragedi Double Six1976
Tragedi Penerbangan MH6531977
Darurat Kelantan1977-1978
Dawn Raid1981
Serangan hendap Lahad Datu 19851985
Peristiwa Memali1985
Rusuhan Senyap Sabah1986
Operasi Lalang1987
Urusan Mahkamah Ming 19871987
Tragedi Terminal Feri Sultan Abdul Halim1988
Kebakaran Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah1989
Tragedi letupan kilang mercun Bright Sparklers1991
Pindaan Perlembagaan Malaysia 19931993
Tragedi Highland Towers1993
Ribut Tropika Greg1996
Krisis Kewangan Asia1997-1998
Sukan Komanwel 19981998
Gerakan Reformasi Malaysia1998-sekarang
Wabak virus Nipah di Malaysia1998-1999
Al-Ma'unah2000
Peristiwa Kampung Medan2001
Tsunami Malaysia 20042004
Pembunuhan Altantuya Shaariibuu2006
Perhimpunan Bersih 20072007
Perhimpunan Hindraf 20072007
Gelombang Politik 20082008
Himpunan Anti-ISA2009
Pandemik H1N1 di Malaysia2009-2010
Perhimpunan Bersih 20112011
Perhimpunan Bersih 20122012
Himpunan Kebangkitan Rakyat 20132013
Pencerobohan Lahad Datu2013
Himpunan Black Out 20132013
Langkah Kajang2014
Tragedi Penerbangan MH3702014
Tragedi Penerbangan MH172014
Banjir 2014-152014-2015
Skandal 1Malaysia Development Berhad2015-sekarang
Perhimpunan Bersih 20152015
Gempa bumi Sabah 20152015
Deklarasi Rakyat2016
Serangan bom tangan Movida Bar2016
Perhimpunan Bersih 20162016
Pembunuhan Kim Jong-nam2017
Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah2017
PRU-14 - Peralihan kerajaan2018
Protes terhadap ICERD di Malaysia2018
Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman2018
Perhimpunan Anti-ICERD2018
Pandemik COVID-19 di Malaysia2020-kini
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia2020-2021
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan2021-2022
Kemalangan LRT Kelana Jaya 20212021
Hartal Doktor Kontrak2021
Banjir 2021-222021-2022
Tanah runtuh Batang Kali 2022 2022
Tragedi pesawat Elmina 2023
Mengikut topik
Ikon portal Portal Malaysia
  • l
  • b
  • s

Peristiwa Kampung Medan merujuk kepada beberapa peristiwa pergaduhan antara India-Melayu yang pada awalnya berlaku di Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia dari 4 Mac hingga 13 Mac 2001 selama 13 hari.[1] Peristiwa rusuhan ini berlaku dan merebak di beberapa kampung iaitu Kampung Medan, Kampung Gandhi, Kampung Lindungan, Taman Datuk Harun, Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama.[2] Sengketa ini merebak begitu cepat kerana kawasan ini merupakan kawasan setinggan berpuluh-puluh tahun tanpa pembelaan kerajaan.[3][4] Pergaduhan tersebut turut merebak ke Petaling Jaya, Jalan Gasing, Kelana Jaya, Sungai Way, Bandar Sunway dan Puchong. Foto-foto milik Malaysiakini menunjukkan bukti yang mengerikan tentang kecederaan yang teruk yang berlaku akibat pergaduhan tersebut.[5] Ketegangan kaum yang berlaku hampir dua minggu tersebut telah menyebabkan kematian enam orang serta meninggalkan lebih daripada 100 orang dengan kecedaraan parah, iaitu kecederaan kepala, tulang patah, dan anggota badan yang dipenggal. Empat ratus orang telah ditahan.

Punca

Pergaduhan antara dua kumpulan bermula di Kampung Medan ekoran persediaan majlis perkahwinan dan majlis pengebumian. Majlis perkahwinan itu diadakan di sebuah rumah orang Melayu. Sementara jiran Indianya mengadakan majlis pengebumian.[6]

Kemudian, 200 orang turut sama dalam pergaduhan itu. Mereka dipercayai orang luar yang datang atau dibawa dari luar Kampung Medan. Peristiwa ini mendapat liputan CNN pada sebelah malamnya.[perlu rujukan]

Rentetan peristiwa

Penduduk berada dalam keadaan ketakutan terutama pada waktu malam. Masyarakat India berwaspada dan bersiap sedia sekiranya penduduk Melayu datang menyerang mereka. Sebaliknya masyarakat Melayu di Kampung Medan sentiasa berkawal kalau-kalau mereka diserang. Mereka tidak takut akan jiran-jiran mereka kerana mereka telah saling kenal-mengenali hampir 3 dekad. Samseng-samseng ini dikatakan datang dari luar.

Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo selaku Menteri Besar Selangor ketika itu bertindak berkawal di kuil Hindu di Kampung Medan agar orang-orang Melayu tidak bertindak. Malahan beliau sendiri menasihati penduduk Melayu yang marah agar mereka mematuhi undang-undang negara.[7]

Beberapa orang yang luka telah dihantar ke Unit Kecemasan di Hospital Universiti di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Polis dan FRU telah bertugas dan berkawal di beberapa kampung dan taman sekitar Jalan Klang Lama. Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu ialah Datuk Mohamad Jamil Johari.[8] 153 orang telah ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigakan di tempat kejadian; 95 orang lelaki Melayu, 56 orang India dan 2 orang warga Indonesia. 37 orang telah dilaporkan cedera termasuk 3 orang India dan 34 orang Melayu.

98 senjata pelbagai jenis dan saiz terutama parang dan besi telah ditemui dan dirampas oleh polis yang membuat sekatan dan serbuan. Senjata-senjata lain ialah senjata buatan sendiri, pisau, pedang samurai, rantai besi, paip besi, kapak dan kayu.[6]

Datuk Mohamed Jamil Johari turut menyatakan sebuah lori dan 2 buah motosikal telah dibakar. Beberapa buah bas dan van telah dirosakkan.[6]

Datuk Seri S. Samy Vellu selaku pesiden MIC telah melawat mayat K. Muneiretham di Hospital Universiti. V. Segar, 34 dan A. Ganeson, 28 turut terbunuh.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia turut bertugas di Kampung Medan. Mereka bertugas memberi bantuan kecemasan dan bekalan makanan serta khemah. Rela dan St Johns Ambulance turut memberi perkhidmatan kecemasan dan kawalan keselamatan.[6]

Masyarakat Malaysia terkejut dengan peristiwa ini dan tidak menyangka ia akan berlaku dan merebak terlalu pantas. MIC dan UMNO mengatur semula kompromi agar ia tidak berulang. Hindraf melalui DAP mempersoalkan di Parlimen Malaysia, kenapa polis tidak menyiarkan hasil laporan 6 orang yang terbunuh dan mengapa samseng-samseng tidak didakwa di mahkamah.

Selepas peristiwa

Selepas tragedi ini, kerajaan negeri Selangor telah menyasarkan Setinggan Sifar pada 2005 di Selangor.[9] Pada tahun 2016, kawasan perumahan lebih teratur. 97 % perumahan baru setinggan telah diselesaikan.

Rujukan

  1. ^ Siasat 'peristiwa Kampung Medan' cabar Hassan
  2. ^ Awasi provokasi kaum, agama
  3. ^ Budaya yang tercabar, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007 - Malaysia - 361 pages
  4. ^ Kumar Soundrapandian (11 Mac 2001). "Klang Lama 2". geocities.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-10-11. Dicapai pada 27 November 2007. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ [1] Malaysiakini
  6. ^ a b c d Time to put things right for Kg Medan residents.
  7. ^ http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=301339[pautan mati]
  8. ^ "Mohamed Jamil Timbalan Ketua Polis Negara". Utusan Malaysia. 17 Ogos 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-28. Dicapai pada 29 November 2017 – melalui Utusan Online. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  9. ^ http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=301339[pautan mati]

Pautan luar