Rundingan Damai Haadyai 1989

Rundingan Damai Haadyai 1989
Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya untuk Menghentikan Keganasan
Chin Peng dan Rashid Maidin semasa Rundingan Damai Hatyaai
Ditandatangani2 Disember 1989 di Hat Yai, Songkhla, Thailand
Penandatangan
  • Wan Sidek Wan Abdul Rahman
  • Jeneral Hashim Mohd Ali
  • Mohammed Hanif Omar
  • Anek Sithipresasana
  • Jeneral Chavalit Yongchaiyudh
  • Jeneral Sawaeng Therasawat
  • Leftenan Jeneral Yoodhana Yamphundu
  • Chin Peng
  • Abdullah CD
  • Rashid Maidin
Pihak Malaysia  Thailand
Parti Komunis Malaya
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Rundingan Damai Haadyai merupakan perjanjian damai bersejarah yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM). Turut menandatangani perjanjian ini ialah Kerajaan Thai. Setelah lebih 41 tahun Malaysia dibelenggu dengan ancaman komunis, akhirnya perjanjian ini membawa kepada pembubaran dan peletakan senjata PKM.

Sebahagian daripada siri tentang
Sejarah Malaysia
Kemerdekaan Malaya dan proklamasi penggabungan Borneo Utara dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
Prasejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia 100–kurun-6
Kerajaan awal
Chih Tu kurun-2–7
Gangga Negara kurun-1–11
Langkasuka kurun-1–15
Pan Pan kurun-3–5
Kedah Tua kurun-4–12
Pahang Tua kurun-5–15
Melayu Jambi kurun-6
Kota Gelanggi kurun-7–9
Srivijaya 650-1377
Majapahit 1293-1500
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Kedah 1136–sekarang
Sultan Kelantan 1267-sekarang
Kesultanan Brunei 1363–sekarang
Kesultanan Melaka 1402–1511
Kesultanan Sulu 1450–1899
Kesultanan Pahang 1470-sekarang
Kesultanan Perak 1528–sekarang
Kesultanan Terengganu 1725-sekarang
Kesultanan Selangor 1743-sekarang
Negeri Sembilan 1773-sekarang
Kerajaan Perlis 1843-sekarang
Peralihan Malaysia
Pentadbiran Tentera British di Tanah Melayu1945-1946
Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara/Sarawak1946-1963
Malayan Union1946-1948
Persekutuan Tanah Melayu1948-1963
Darurat Tanah Melayu1948-1960
Rundingan Baling1955
Kemerdekaan Tanah Melayu1957
Pemberontakan Komunis di Sarawak1962-1990
Konfrontasi1962-1966
Pemberontakan Brunei1962-1966
Pembentukan Malaysia1963
Singapura dalam Malaysia1963-1965
Pemisahan Singapura1965
Deklarasi ASEAN1967
Pemberontakan Komunis1968-1989
Peristiwa 13 Mei1969
MAGERAN1969-1971
Pembentukan Rukun Negara1970
Dasar Ekonomi Baru1971-1990
Rundingan Damai Haadyai1989
Parti Politik dan Pertubuhan
UMNO1946-sekarang
MIC1946-sekarang
MCA1949-sekarang
Parti Islam Se-Malaysia1951-sekarang
Parti Perikatan1952-1973
Parti Tindakan Demokratik1965-sekarang
Barisan Nasional1973-sekarang
Parti Bersatu Sabah1985-sekarang
Pertubuhan BERSIH2006-sekarang
Pakatan Rakyat2008-2015
Pertubuhan Hindraf2009-2019
Pakatan Harapan2015-sekarang
Parti Pribumi Bersatu Malaysia2016-sekarang
Muafakat Nasional2019-2022
Gabungan Parti Sarawak2019-sekarang
Parti Perikatan Nasional2020-sekarang
Parti Pejuang Tanah Air2020-sekarang
Ikatan Demokratik Malaysia2020-sekarang
Peristiwa
Hartal Tanah Melayu 19471947
Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak1946-1950
Peristiwa Bukit Kepong1950
Rusuhan kaum 19641964
Krisis Perlembagaan Sarawak1966
Rusuhan Pulau Pinang1967
Pertikaian Pulau Ligitan dan Sipadan 1969-2002
Kebangkitan mahasiswa Malaysia 1971-19751971-1975
Krisis tebusan Bangunan AIA 19751975
Peletupan Tugu Negara1975
Kebakaran Kompleks Campbell1976
Tragedi Double Six1976
Tragedi Penerbangan MH6531977
Darurat Kelantan1977-1978
Dawn Raid1981
Serangan hendap Lahad Datu 19851985
Peristiwa Memali1985
Rusuhan Senyap Sabah1986
Operasi Lalang1987
Urusan Mahkamah Ming 19871987
Tragedi Terminal Feri Sultan Abdul Halim1988
Kebakaran Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah1989
Tragedi letupan kilang mercun Bright Sparklers1991
Pindaan Perlembagaan Malaysia 19931993
Tragedi Highland Towers1993
Ribut Tropika Greg1996
Krisis Kewangan Asia1997-1998
Sukan Komanwel 19981998
Gerakan Reformasi Malaysia1998-sekarang
Wabak virus Nipah di Malaysia1998-1999
Al-Ma'unah2000
Peristiwa Kampung Medan2001
Tsunami Malaysia 20042004
Pembunuhan Altantuya Shaariibuu2006
Perhimpunan Bersih 20072007
Perhimpunan Hindraf 20072007
Gelombang Politik 20082008
Himpunan Anti-ISA2009
Pandemik H1N1 di Malaysia2009-2010
Perhimpunan Bersih 20112011
Perhimpunan Bersih 20122012
Himpunan Kebangkitan Rakyat 20132013
Pencerobohan Lahad Datu2013
Himpunan Black Out 20132013
Langkah Kajang2014
Tragedi Penerbangan MH3702014
Tragedi Penerbangan MH172014
Banjir 2014-152014-2015
Skandal 1Malaysia Development Berhad2015-sekarang
Perhimpunan Bersih 20152015
Gempa bumi Sabah 20152015
Deklarasi Rakyat2016
Serangan bom tangan Movida Bar2016
Perhimpunan Bersih 20162016
Pembunuhan Kim Jong-nam2017
Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah2017
PRU-14 - Peralihan kerajaan2018
Protes terhadap ICERD di Malaysia2018
Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman2018
Perhimpunan Anti-ICERD2018
Pandemik COVID-19 di Malaysia2020-kini
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia2020-2021
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan2021-2022
Kemalangan LRT Kelana Jaya 20212021
Hartal Doktor Kontrak2021
Banjir 2021-222021-2022
Tanah runtuh Batang Kali 2022 2022
Tragedi pesawat Elmina 2023
Mengikut topik
Ikon portal Portal Malaysia
  • l
  • b
  • s

Lokasi

Perjanjian damai bersejarah ini diadakan di Hotel Le Garden, Haadyai, selatan Thailand. Haadyai terletak berhampiran sempadan Malaysia dan Thailand. Perjanjian itu ditandatangani pada jam 11.30 pagi waktu Malaysia.

Seramai 400 perwakilan, pemerhati dan wartawan dari Malaysia, Thailand dan seluruh dunia telah hadir.

Sebab Perjanjian Damai Haadyai berjaya

Pada 28 dan 29 Disember 1955, Rundingan Baling telah diadakan antara PKM dengan Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri, Persekutuan Tanah Melayu.

Setelah empat kali kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand berunding dengan PKM akhirnya rundingan kelima berjaya diadakan.

Perjanjian Damai ini berjaya diadakan kerana ;

  • Situasi dunia yang tidak menyebelahi komunisme. Ekonomi Rusia selaku juara komunis telah tewas di Afghanistan.
  • Di bawah presiden Rusia, Mikhail Gorbachev, Rusia mengamalkan dasar ekonomi terbuka yang menuju ke arah ekonomi kapitalis dan sistem demokrasi pada tahun 1989.
  • Tembok Berlin antara Jerman Barat dan Jerman Timur telah runtuh pada tahun 1989. Tembok ini memisahkan Jerman Timur yang mengamalkan komunisme dan Jerman Barat yang mengamalkan demokrasi. Jerman Timur terlalu mundur berbanding dengan Jerman Barat. Akhirnya Jerman Barat dan Jerman Timur telah digabungkan dan diharapkan dapat menyaingi Amerika Syarikat.
  • Negara China juga membuka pintunya kepada pelabur asing khususnya Amerika, Korea Selatan dan Jepun sejak Presiden Li Peng dan sebelum itu.
  • Melalui Pengisytiharan Bersama China-British yang dimeterai pada 19 Disember 1984 di Beijing, Kerajaan Britain berjanji menyerahkan kembali Kepulauan Hong Kong kepada pemiliknya China pada tahun 1997. Hong Kong lebih maju daripada tanah besar China dan menjadi bukti bahawa sistem kapitalis dan demokrasi lebih berwibawa dari sistem komunis itu sendiri.
  • Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah C.D, Chan Tien merasakan pemberontakan bersenjata tidak berfaedah lagi kerana Malaysia telah benar-benar merdeka dan pemimpinnya bukan boneka kerajaan Britain. Mahathir Mohamad sendiri melaksanakan dasar Buy British Last.

Perwakilan

Malaysia diwakili oleh :

Thailand diwakili oleh :

  • Jeneral Yodhana Yamphundi - Timbalan Pengarah Operasi Keselamatan Bahagian ke-4
  • Jeneral Chavalit Yongchaiyudh =Pengarah Operasi Keselamatan
  • Jeneral Sawaeng Therasawat - Ketua Pengarah Polis diraja Thailand.

PKM diwakili oleh :

Turut hadir ialah :

  • Dato Megat Junid Megat Ayub - Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia
  • Ai Ying atau Zainon - isteri Chin Peng
  • Chan Tien - Komander Regimen ke-12 PKM

Isi Kandungan Perjanjian Damai

lAntara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :

  • PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
  • Parti Komunis Malaya dibubarkan
  • Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
  • Chin Peng selaku wakil ahli PKM berikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
  • Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.

Proses kepulangan bekas-bekas anggota Komunis ke Malaysia adalah berdasarkan tawaran one-off di bawah perjanjian untuk menghentikan peperangan di antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaysia (PKM) yang ditandatangani pada 2 Disember 1989.

Di bawah perjanjian tersebut, mana-mana ahli PKM yang ingin kembali ke Malaysia perlu mematuhi beberapa syarat seperti :

  • Memaklumkan hasrat untuk kembali ke Malaysia kepada pihak berkuasa di dalam tempoh tidak lebih setahun dari tarikh perjanjian ditandatangani;
  • Mengemukakan butir-butir berkaitan dengan pemohon;
  • Menjalani proses temu duga serta dokumentasi

Kerajaan tidak memaksa mana-mana anggota komunis untuk pulang ke negara ini. Mereka diberi kebebasan memilih sama ada untuk pulang atau terus tinggal di Selatan Thailand.

Dengan pilihan tersebut, ternyata tidak semua bekas anggota komunis menerima tawaran untuk pulang ke Malaysia, malah ramai yang memilih untuk terus tinggal di Selatan Thailand.[1][2]

Pelaksanaan Perjanjian Haadyai

Selepas perjanjian tersebut dimeterai :

  • Kira-kira 1,188 anggota pasukan keselamatan bersenjata PKM yang berada di hutan sempadan Malaysia-Thailand akan keluar dari hutan dan memulakan hidup baru.
  • Di hutan Malaysia-Thailand terdapat 694 rakyat Malaysia, Indonesia, Singapura dan dua bekas anggota tentera Jepun.
  • Kerajaan Malaysia membenarkan 338 bekas anggota komunis untuk pulang ke Malaysia sepanjang tempoh tawaran sekali sahaja di bawah perjanjian untuk menghentikan peperangan di antara kerajaan dan Parti Komunis Malaya (PKM). Seramai 431 ahli PKM telah memohon pulang ke Malaysia. Tetapi hanya 338 orang diluluskan dan 93 orang lagi ditolak kerana tidak memenuhi syarat perjanjian dan masalah daripada segi status kewarganegaraan. Nama mereka yang dibenarkan pulang tidak akan didedahkan demi keselamatan.[3]
  • Kerajaan Malaysia berjanji untuk membayar subsidi kehidupan sebanyak RM 8,000 sekembali ke Malaysia dan wang saranan hidup sebanyak RM300 untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanahair.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Jawapan Parlimen Mengenai Kriterka Membenarkan Anggota Komunis Balik Malaysia Teresa Kok, 18 Jun 2009
  2. ^ Perletakan Senjata Parti Komunis Malaya di Haadyai Pekhabar, 2 Disember 2017
  3. ^ Kerajaan Benar 338 Bekas Komunis Pulang Melalui Perjanjian Dengan PKM