Hartal Doktor Kontrak

Hartal Doktor Kontrak
Sekumpulan doktor kerajaan memulakan protes damai mereka di hospital di seluruh negara pada pukul 11 ​​pagi untuk mendorong pembaharuan sistem yang menghalang mereka melanjutkan pelajaran serta tidak menawarkan jaminan kerja.
Tarikh26 Julai 2021 (UTC+8)
PuncaBantahan dasar pelantikan pegawai perubatan berkontrak Malaysia
Matlamat
  • Penyerapan pegawai perubatan kontrak ke dalam sistem kesihatan negara secara automatik
  • Ketelusan kaedah penyerapan pegawai berkontrak menjadi pegawai tetap kerajaan[1][2]
  • Jaminan pekerjaan dan lanjutan pelajaran pascakontrak[1]
Kaedah
  • Mogok (hartal)
  • Aktivisme Internet
Pihak terlibat
Para pegawai perubatan berkontrak
  • Malaysia Kerajaan Malaysia
  • Polis Diraja Malaysia
Bilangan
Anggaran 4,000 orang pegawai[3]
Sebahagian daripada siri tentang
Sejarah Malaysia
Kemerdekaan Malaya dan proklamasi penggabungan Borneo Utara dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
Prasejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia 100–kurun-6
Kerajaan awal
Chih Tu kurun-2–7
Gangga Negara kurun-1–11
Langkasuka kurun-1–15
Pan Pan kurun-3–5
Kedah Tua kurun-4–12
Pahang Tua kurun-5–15
Melayu Jambi kurun-6
Kota Gelanggi kurun-7–9
Srivijaya 650-1377
Majapahit 1293-1500
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Kedah 1136–sekarang
Sultan Kelantan 1267-sekarang
Kesultanan Brunei 1363–sekarang
Kesultanan Melaka 1402–1511
Kesultanan Sulu 1450–1899
Kesultanan Pahang 1470-sekarang
Kesultanan Perak 1528–sekarang
Kesultanan Terengganu 1725-sekarang
Kesultanan Selangor 1743-sekarang
Negeri Sembilan 1773-sekarang
Kerajaan Perlis 1843-sekarang
Parti Politik dan Pertubuhan
UMNO1946-sekarang
MIC1946-sekarang
MCA1949-sekarang
Parti Islam Se-Malaysia1951-sekarang
Parti Perikatan1952-1973
Parti Tindakan Demokratik1965-sekarang
Barisan Nasional1973-sekarang
Parti Bersatu Sabah1985-sekarang
Pertubuhan BERSIH2006-sekarang
Pakatan Rakyat2008-2015
Pertubuhan Hindraf2009-2019
Pakatan Harapan2015-sekarang
Parti Pribumi Bersatu Malaysia2016-sekarang
Muafakat Nasional2019-2022
Gabungan Parti Sarawak2019-sekarang
Parti Perikatan Nasional2020-sekarang
Parti Pejuang Tanah Air2020-sekarang
Ikatan Demokratik Malaysia2020-sekarang
Peristiwa
Hartal Tanah Melayu 19471947
Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak1946-1950
Peristiwa Bukit Kepong1950
Rusuhan kaum 19641964
Krisis Perlembagaan Sarawak1966
Rusuhan Pulau Pinang1967
Pertikaian Pulau Ligitan dan Sipadan 1969-2002
Kebangkitan mahasiswa Malaysia 1971-19751971-1975
Krisis tebusan Bangunan AIA 19751975
Peletupan Tugu Negara1975
Kebakaran Kompleks Campbell1976
Tragedi Double Six1976
Tragedi Penerbangan MH6531977
Darurat Kelantan1977-1978
Dawn Raid1981
Serangan hendap Lahad Datu 19851985
Peristiwa Memali1985
Rusuhan Senyap Sabah1986
Operasi Lalang1987
Urusan Mahkamah Ming 19871987
Tragedi Terminal Feri Sultan Abdul Halim1988
Kebakaran Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah1989
Tragedi letupan kilang mercun Bright Sparklers1991
Pindaan Perlembagaan Malaysia 19931993
Tragedi Highland Towers1993
Ribut Tropika Greg1996
Krisis Kewangan Asia1997-1998
Sukan Komanwel 19981998
Gerakan Reformasi Malaysia1998-sekarang
Wabak virus Nipah di Malaysia1998-1999
Al-Ma'unah2000
Peristiwa Kampung Medan2001
Tsunami Malaysia 20042004
Pembunuhan Altantuya Shaariibuu2006
Perhimpunan Bersih 20072007
Perhimpunan Hindraf 20072007
Gelombang Politik 20082008
Himpunan Anti-ISA2009
Pandemik H1N1 di Malaysia2009-2010
Perhimpunan Bersih 20112011
Perhimpunan Bersih 20122012
Himpunan Kebangkitan Rakyat 20132013
Pencerobohan Lahad Datu2013
Himpunan Black Out 20132013
Langkah Kajang2014
Tragedi Penerbangan MH3702014
Tragedi Penerbangan MH172014
Banjir 2014-152014-2015
Skandal 1Malaysia Development Berhad2015-sekarang
Perhimpunan Bersih 20152015
Gempa bumi Sabah 20152015
Deklarasi Rakyat2016
Serangan bom tangan Movida Bar2016
Perhimpunan Bersih 20162016
Pembunuhan Kim Jong-nam2017
Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah2017
PRU-14 - Peralihan kerajaan2018
Protes terhadap ICERD di Malaysia2018
Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman2018
Perhimpunan Anti-ICERD2018
Pandemik COVID-19 di Malaysia2020-kini
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia2020-2021
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan2021-2022
Kemalangan LRT Kelana Jaya 20212021
Hartal Doktor Kontrak2021
Banjir 2021-222021-2022
Tanah runtuh Batang Kali 2022 2022
Tragedi pesawat Elmina 2023
Mengikut topik
Ikon portal Portal Malaysia
  • l
  • b
  • s

Hartal Doktor Kontrak (HDK) merupakan sebuah mogok pekerja yang dianjurkan oleh para pegawai perubatan di Malaysia pada 26 Julai 2021 di seluruh negara sebagai bantahan terhadap dasar pelantikan pegawai perubatan berkontrak Malaysia yang dilaksanakan sejak akhir tahun 2016.

Latar belakang

Dasar pelantikan doktor kontrak merupakan sebuah dasar yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan Malaysia sejak bulan Disember 2016 sebagai langkah kemasukan pegawai-pegawai perubatan baharu ke dalam sistem penjagaan kesihatan negara serta alam pekerjaan secara am. Langkah ini dibuat susulan pelambakan graduan perubatan akibat pembukaan institusi-institusi pengajian tinggi, terutamanya yang bersifat swasta secara berlebihan.[4]

Sungguhpun begitu, sistem pelantikan ini menimbulkan bantahan daripada pelbagai pihak atas beberapa sebab. Masalah utama yang diutarakan berkenaan dasar ini ialah nasib para pegawai perubatan kerajaan selepas kontrak lima tahun tamat kerana tiada dasar yang jelas bagi penyerapan para pegawai perubatan menjadi pegawai yang tetap.[5] Berdasarkan kenyataan oleh Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba pada bulan Mei 2021, hanya kira-kira 3 peratus (789 orang) pegawai perubatan kontrak yang berjaya dilantik sebagai pegawai perubatan tetap daripada kira-kira 32 ribu orang pegawai perubatan yang terlibat.[5] Selain itu, beberapa lagi isu turut diutarakan termasuk gaji yang tidak setimpal, masalah cuti pekerja dan peluang melanjutkan pelajaran untuk menjadi pakar perubatan khusus.[6]

Kesan utama dasar pelantikan sebegini ialah ancaman pengurangan pegawai kesihatan negara. Hal ini ketara bagi para pelajar jurusan perubatan luar negara yang lebih berkeputusan untuk menyambung pelajaran di negara luar berbanding di Malaysia akibat ketidaktentuan yang terbit daripada dasar ini.[7] Masalah kekurangan doktor pakar di Malaysia juga menjadi ancaman yang diperkatakan dalam isu dasar ini.[8]

Garis masa

Pramogok

Menjelang lima tahun selepas pelaksanan dasar doktor kontrak, para pegawai kesihatan mengugut untuk menjalankan hartal (mogok pekerja) bermula 26 Julai 2021 di seluruh negara untuk menuntut penghentian dasar dan penyelesaian masalah penyerapan para pegawai perubatan ke dalam sistem kesihatan negara. Hal ini berlaku ekoran daripada kenyataan oleh Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba yang dilihat menyokong dasar doktor kontrak serta mendukung pelantikan probumiputera yang bersifat diskriminatif.[9] Susulan itu, dasar kontrak ini diutarakan semula sebagai perbincangan dalam Mesyuarat Kabinet untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini.[10] Selain itu, pihak kerajaan turut membuka suatu kontrak khas selama setahun yang menawarkan pelantikan semula sebagai pegawai kontrak dari 5 Disember 2021 hingga 4 Disember 2022.[11][12] Dalam beberapa hari sebelum mogok, para pegawai perubatan kontrak mula meletakkan jawatan kerana kekecewaan dan kemarahan dengan masa depan pascakontrak mereka yang tidak menentu.[13] Sebagai usaha mengurangkan tekanan dalam para pegawai perubatan, pihak kerajaan pada 22 Julai 2021 telah mengurangkan tempoh pekerjaan mandatori daripada 24 bulan ke 18 bulan; hal ini bermakna bahawa para pegawai kontrak diberi kelonggaran untuk tamat bekerja selepas bulan ke-18.[14]

Sepanjang bulan Julai 2021, aktiviti aktivis dilakukan secara dalam talian sebagai usaha menyebarkan kesedaran kepada masyarakat tentang isu doktor kontrak. Perkara ini termasuk pengenalan tanda pagar #HartalDoktorKontrak di media sosial, kibaran bendera hitam dan pemakaian serba hitam sebagai tanda solidariti.[15] Pada 12 Julai 2021, satu kempen sampingan bernama Black Monday dianjurkan sebagai tanda solidariti.[1]

Hari mogok

Kemuncak mogok berlaku pada 26 Julai 2021 dengan mogok sebenar dilaksanakan oleh para doktor kontrak di seluruh negara, dengan hospital-hospital kerajaan menjadi titik tumpuan. Kira-kira lebih 20 buah hospital kerajaan terlibat dalam mogok ini.[16] Secara umumnya, mogok dilakukan secara serentak pada pukul 11 pagi, waktu rehat lazim bagi para pegawai dan protes berhenti setelah waktu tersebut tamat untuk kembali bertugas.[17] Kaedah mogok dilakukan adalah dengan para pegawai berkontrak keluar dari hospital sebagai tanda protes.[18] Sementara itu, beberapa buah hospital kerajaan tidak terlibat dalam mogok ini.[19][20]

Mogok pascabelanjawan 2022

Beberapa hari selepas mogok, wakil gerakan hartal berkata bahawa pihaknya tidak teragak-agak untuk menganjurkan mogok serupa lagi sekali sekiranya perihal dan tuntutan mereka tidak diutamakan dalam belanjawan negara tahun seterusnya.[3]

Susulan pembentangan Belanjawan Malaysia 2022 pada November 2021, sebuah protes susulan, "Hartal Doktor Kontrak 2.0" telah dikemukakan oleh para pekerja kerana belanjawan itu dikatakan tidak membantu serta menyelesaikan masalah-masalah dasar sistem doktor kontrak.[21] Berdasarkan peruntukan belanjawan, pihak kerajaan akan memperuntukkan penajaan program kepakaran dengan sejumlah RM100 juta serta penyambungan pelantikan kontrak lebih selepas tempoh khidmat wajib selama dua tahun.[22]

Tindakan

Secara umumnya, acara protes ini dikawal oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).[23] Pada hari mogok, pihak PDRM mula melakukan siasatan ke atas pihak penganjur atas konteks pelanggaran peraturan dalam Perintah Kawalan Pergerakan negara yang mengharamkan sebarang acara perhimpunan.[24] Selain itu, terdapat dakwaan daripada para doktor kontrak bahawa amaran diberikan oleh pihak pengarah hospital dengan tindakan lanjut bakal dikenakan terhadap mereka yang menyertai mogok.[25] Melalui Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Keempat Belas pada 27 Julai 2021, Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba memberi jaminan bahawa tiada tindakan yang akan diambil terhadap doktor kontrak yang menyertai hartal pada hari sebelumnya. Keputusan itu disokong beberapa orang Ahli Parlimen termasuk bekas Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad.[26]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b c "'Code Black' Protest Launched Ahead Of Contract Doctors' Strike". Code Blue (dalam bahasa Inggeris). 28 Jun 2021. Dicapai pada 26 Julai 2021.
  2. ^ "Stop probe against doctors involved in Code Black and Black Monday campaigns, MCA urges cops". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). 14 Julai 2021. Dicapai pada 26 Julai 2021.
  3. ^ a b Mohd. Sulaiman, Mohd. Fadhli (30 Julai 2021). "Doktor kontrak tunjuk perasaan kali kedua jika tidak selesai sebelum Belanjawan 2022". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 Ogos 2021.
  4. ^ "Contract medical officers' strike: What is it all about?". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 29 Jun 2021. Dicapai pada 21 Julai 2021.
  5. ^ a b Ibrahim, Hamdi (7 Julai 2021). "ULASAN | Masalah doktor kontrak hanya nanah dari lutut yang lama bengkak". Malaysiakini. Dicapai pada 21 Julai 2021.
  6. ^ Ahmad, Sophia (27 Jun 2021). "Hartal Doktor Kontrak, Polemik Tanpa Kesudahan Sektor Kesihatan". Getaran. Dicapai pada 21 Julai 2021.
  7. ^ Hoe Chai, Dominic Lau (9 Julai 2021). "Diharapkan Isu 'Doktor Kontrak' Ada Jalan Penyelesaian Terbaik". Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Dicapai pada 21 Julai 2021.
  8. ^ Mohd. Ali, Khairul (1 Julai 2021). "Mogok doktor: 'Berlaku adil kepada mereka'". Utusan Malaysia. Dicapai pada 21 Julai 2021.
  9. ^ Ubaidi, Naseeha (2 Julai 2021). "HARTAL: Amukan Doktor Kontrak Terpinggir". doktorkontrak.wordpress.com. Dicapai pada 21 Julai 2021.
  10. ^ BERNAMA (30 Jun 2021). "Isu Doktor Kontrak KKM Dibawa Ke Mesyuarat Jemaah Menteri – Dr Adham Baba". UMNO Online. Dicapai pada 21 Julai 2021.
  11. ^ Carvalho, Martin (6 Julai 2021). "Health Ministry offers one-year, one-off contract to junior doctors". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Julai 2021.
  12. ^ "Di tengah bantahan, KKM tawar lanjutan setahun buat doktor kontrak". Malaysiakini. 2021-07-06. Dicapai pada 2021-08-26.
  13. ^ "Doctors quitting, giving 24 hours' notice, says group". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 20 Julai 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-21. Dicapai pada 21 Julai 2021.
  14. ^ K., Parkaran (22 Julai 2021). "Docs can leave govt service after 18 months now". 24 Julai 2021 (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-22. Dicapai pada 2021-07-26.
  15. ^ "MMA: Kami sokong Code Black dan Black Monday, bukan gerakan bendera hitam". Malaysiakini. 4 Julai 2021. Dicapai pada 7 Julai 2021.
  16. ^ "Doktor kontrak tunjuk perasaan jam 11 pagi, lebih 20 hospital terlibat". Utusan Malaysia. 26 Julai 2021. Dicapai pada 26 Julai 2021.
  17. ^ Noh, Mohamed Farid (26 Julai 2021). "'Kami berarak ketika waktu rehat' - Doktor kontrak [METROTV]". Harian Metro. Dicapai pada 26 Julai 2021.
  18. ^ "Hartal Doktor Kontrak supporters organise silent demonstration at Raja Permaisuri Bainun Hospital". The Star (dalam bahasa Inggeris). 26 Julai 2021. Dicapai pada 2 Ogos 2021.
  19. ^ Ain Manaf (26 Julai 2021). "Tiada hartal doktor kontrak di HRPZ ll". Harakahdaily. Dicapai pada 26 Julai 2021.
  20. ^ Ramli, Nik Sukry (26 Julai 2021). "Petugas kontrak HTAA tidak sertai Hartal Doktor Kontrak". Kosmo!. Dicapai pada 26 Julai 2021.
  21. ^ "Hartal Doktor Kontrak to hold another protest". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). 2 November 2021. Dicapai pada 6 November 2021.
  22. ^ Mohd Sulaiman, Mohd Fadhli (2 November 2021). "Hartal Doktor Kontrak isytihar tunjuk perasaan kali kedua". Utusan Malaysia. Dicapai pada 6 November 2021.
  23. ^ Mokhtar, Nor Azizah (26 Julai 2021). "Polis pantau mogok doktor kontrak". Berita Harian. Dicapai pada 26 Julai 2021.
  24. ^ "Hartal Doktor Kontrak: Polis buka kertas siasatan". Astro Awani. 26 Julai 2021. Dicapai pada 26 Julai 2021.
  25. ^ Alhadjri, Alyaa (25 Julai 2021). "'Dalam masa 6 jam, 20 amaran terhadap doktor kontrak dari pengarah hospital'". Malaysiakini. Dicapai pada 26 Julai 2021.
  26. ^ Daud, Ridauddin (2021-07-27). "Menteri Kesihatan jamin tiada tindakan terhadap doktor kontrak sertai hartal". www.astroawani.com. Dicapai pada 2021-08-26.

Pautan luar

  • Laman di Wordpress berkenaan inisiatif hartal doktor kontrak
  • l
  • b
  • s
Lokasi
Negeri dan wilayah
Acara
Tindak balas
Dasar
Tokoh
Kerajaan
Penyelidik
Dijangkiti
Institusi
Kerajaan
Pusat kawalan penyakit
Hospital dan pusat rawatan
Pertubuhan
Syarikat
Pertubuhan bukan kerajaan
Isu dan kesan
Budaya masyhur
Filem
Televisyen
Muzik
  • l
  • b
  • s
Malaysia Protes di Malaysia
Kuala Lumpur
Lain-lain