Dodol

دودولcode: ms is deprecated
Jawa: Jenangcode: jv is deprecated JenisManisan/Makanan Ringan/SnekTempat asalIndonesia[1]Kawasan/rantauAsia TenggaraMasakan berkaitanMalaysia, Brunei Darussalam , Singapura, Filipina dan Sri LankaBahan utamaSantan Sunting ini di WikidataBahan yang biasa digunakanPulut, Gula perang, santan, gula, garam, Pandan wangi Sunting ini di Wikidatasunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dodol ialah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka dan di Muar, Johor. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, nisan/gula Melaka dan garam.[2],[3] Istilah perkataan dodol, ada tercatat dalam kamus tahun 1852 yang berjudul "A grammar and dictionary of the Malay language: with a preliminary.", Jilid 2, oleh John Crawfurd, dan menurut kamus tersebut, perkataan "confectionery" memberi erti kata manisan atau dodol[4]

Dodol merupakan suatu makanan manisan yang amat terkenal dan digemari di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, dan Sri Lanka. Manakala di Filipina, khususnya dodol ini terkenal adalah di wilayah Ilocos, Luzon dan di bahagian Lanao, Mindanao serta di India khususnya pada wilayah Goa.

Pada asasnya, manisan dodol ini diperbuat daripada perahan susu dari buah kelapa tua, jageri (gula batu merah yang diperbuat daripada ekstrak tebu atau gula Melaka) serta tepung beras ataupun tepung pulut. Semua ramuan ini akan diadunkan melalui kaedah kacauan yang berlangsung berterusan selama lebih kurang 3 hingga 4 jam pada suhu tinggi untuk masakan yang sesuai. Hasilnya, fizikal dan rasa dodol akan berubah menjadi melekit, pekat dan manis. Di kebanyakan negara Asean, dodol telah menjadi bahan santapan khususnya pada hari perayaan Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Haji. Terdapat banyak versi dodol yang berlainan sama ada dari segi warnanya yang kebanyakannya berwarna perang gelap, hijau dan kuning ataupun dari segi lain. Rasa dodol juga turut dipelbagaikan, namun versi rasanya yang selalu dinikmati adalah dalam keadaan rasa durian, kelapa dan pisang.

Jenis-jenis Dodol

Di Indonesia, terdapat beberapa jenis dodol, diantaranya:

  • Dodol Garut
  • Dodol Durian
  • Dodol Sirsak
  • Dodol Maharani
  • Dodol Kandangan
  • Dodol Betawi
  • Dodol Apel Malang
  • Dodol Nangka

Pembuatan

Dodol dalam bungkusan besar.

Bahan-bahan seperti tepung pulut, tepung beras, gula melaka, kelapa parut, dan daun pandan digunakan. Tepung beras, tepung pulut dan santan, dibancuh, kemudian ditapis, dan dimasukkan ke dalam kuali. Dalam kuali yang lain, gula melaka dilarutkan dengan air dan daun pandan. Cecair gula, disatukan ke dalam adunan tepung. Dengan menggunakan api sederhana dan perlahan, adunan tersebut dikacau dan dimasukkan pati santan, dikacau sehingga masak.

Penggunaan kawah, merupakan peralatan memasak dodol. Dodol perlu dimasak dengan api sederhana besar, sentiasa dikacau atau digaul supaya ia tidak hangus atau terbakar. Perbuatan ini untuk mengelakkan bahagian bawah dodol tidak menjadi hangit dan berkerak. Untuk mendapat hasil yang baik, dodol perlu dikacau bergilir-gilir. Dalam tempoh 2 jam dimasak, warna adunan dodol akan bertukar menjadi perang pekat dan mengeluarkan gelembung buih yang banyak. Ia perlu dikacau sehingga gelembung-gelembung buih itu tidak lagi kelihatan. Apabila warna dodol telah menjadi warna perang tua, berkilat dan pekat, ini bermakna dodol telah siap dimasak. Proses memasak dodol boleh mengambil masa sehingga lebh kurang 4 jam.

Selepas proses penyejukkan dilakukan, dodol tersebut bolehlah dipotong dan dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri.

Rujukan

  1. ^ Wibisono Notodirdjo (7 August 2011). "Sweet treats from the past". The Jakarta Post. Jakarta.
  2. ^ Dodol Daun Palas Kampung Batangan.
  3. ^ Resepi Dodol di Myresepi.
  4. ^ John Crawfurd (1852). A grammar and dictionary of the Malay language Vol.2. Smith, Elder, and Co, 65 Cornhill. m/s. 43.
  • l
  • b
  • s
Hidangan biasa
Melayu
Cina
India
Bumiputera (Sabah dan Sarawak)
Peranakan
Timur Tengah (Arab, Parsi, dan lain-lain)
Serani
  • Ayam ketul
  • Kari
  • Kari debal
  • Shepherd's pie
  • Sup ekor
Siam
Makanan ringan
Kuih dan pastri
Keropok, Kerepek
Kuih
Pencuci mulut
Minuman
Bukan alkohol
Alkohol
Perasa
  • Ikon portal Portal Makanan
  • Kategori Kategori: Masakan Malaysia
  • Senarai hidangan Malaysia