Muruku

Muruku
Muruku
JenisMakanan Sunting ini di Wikidata
Tempat asalIndia
Kawasan/rantauJaffna, Tamil Nadu, Kerala, Batticaloa, Andhra Pradesh
Masakan berkaitanIndia, Sri Lanka
Bahan utamaTepung beras, tepung urad dal, garam, minyak
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Muruku[1] (Tamil: முறுக்கு, murukku; Malayalam: മുറുക്ക്) ialah sejenis makanan dari subbenua India yang terkenal di kawasan India Selatan serta Sri Lanka. Perkataan muruku berasal dari perkataan bahasa Tamil yang bererti "berpusar", merujuk kepada bentuk makanan tersebut. Makanan ini masyhur dalam kalangan penduduk Tamil Nadu, Kerala dan Andhra Pradesh dan dikira sebagai salah satu makanan unggul dalam masyarakat Tamil.[2] Selain itu, makanan ini juga terkenal di kawasan dengan jumlah penduduk Tamil yang banyak seperti Malaysia, Singapura dan Fiji.

Pemasakan

Muruku lazimnya diperbuat daripada tepung beras atau tepung urad dal sebelum diproses menjadi doh. Doh tersebut pula dibentuk menjadi bentuk berpusar, sama ada dengan menggunakan tangan ataupun dengan acuan. Pusaran doh yang terhasil kemudiannya digoreng celur di dalam minyak sayuran.

Jenis

Muruku Manapparai merupakan sejenis muruku terkenal yang berasal dari Manapparai, Tamil Nadu. Kerajaan Tamil Nadu bercadang untuk memberikan status penunjuk geografi terhadap muruku Manapparai pada tahun 2010.[3]

Rujukan

  1. ^ Dewan Bahasa dan Pustaka https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=muruku
  2. ^ "செய்முறை" (dalam bahasa Tamil). Dicapai pada 22 Ogos 2015.
  3. ^ "Geographical indication tag for 'Mannapparai Murukku' sought". The Hindu (dalam bahasa Inggeris). Chennai, India. 25 Oktober 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-29. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Muruku di Wikimedia Commons
  • l
  • b
  • s
  • l
  • b
  • s
Hidangan biasa
Melayu
Cina
India
Bumiputera (Sabah dan Sarawak)
Peranakan
Timur Tengah (Arab, Parsi, dan lain-lain)
Serani
  • Ayam ketul
  • Kari
  • Kari debal
  • Shepherd's pie
  • Sup ekor
Siam
Makanan ringan
Kuih dan pastri
Keropok, Kerepek
Kuih
Pencuci mulut
Minuman
Bukan alkohol
Alkohol
Perasa
  • Ikon portal Portal Makanan
  • Kategori Kategori: Masakan Malaysia
  • Senarai hidangan Malaysia