Telur dadar tiram

Telur dadar tiram

Telur dadar tiram adalah hidangan Cina yang terkenal di Taiwan, Fujian, dan banyak tempat di Asia atas rasa savourinya. Kepelbagaian hidangan tersebut menonjol di beberapa kawasan di selatan China walaupun rasa dan rupa sebenar mungkin banyak berbeza dengan versi asal dari Taiwan. Telur dadar tiram sering dijual di pasar malam, dan telah sentiasa disenaraikan oleh ramai warga asing sebagai masakan terbaik dari Taiwan. Ia juga popular di tempat-tempat lain dengan pengaruh Chaozhou dan Fujian seperti di Guangdong, Hong Kong, Malaysia, Singapura, Filipina and Thailand dan Korea Selatan.

Bahan-bahan

Hidangan itu terdiri daripada telur dadar dengan isi yang terdiri terutamanya daripada tiram Pasifik (Jepun), (Crassostrea gigas) kecil. Kanji (biasanya kanji kentang) dicampurkan ke dalam adunan telur, menjadikan telur yang terhasil mempunyai ketekalan yang lebih tebal. Lemak babi sering digunakan untuk menggoreng telur dadar. Walau bagaimanapun minyak sayuran turut digunakan untuk kawasan makanan yang terdiri daripada pengunjung Muslim. Bergantung kepada perbezaan versi serantau, sos berperisa boleh dicurahkan kemudiannya di atas telur dadar untuk rasa tambahan.

Sos pedas atau cili yang dicampurkan dengan jus limau sering ditambah untuk memberikan rasa yang menyengat.

Udang kadang-kadang boleh digunakan bagi menggantikan tiram; dalam kes ini, ia dipanggil telur dadar udang (蝦仁煎).

Nama

Dalam Bahasa Cina, "telur dadar tiram" dikenali dengan pelbagai nama mengikut kawasan geografi yang berbeza.

Nama Cina Sebutan dalam perbezaan variasi yang dituturkan Kawasan geografi yang menggunakan nama tersebut
蚵仔煎 Dalam Taiwan: ô-á-chian
Dalam Mandarin: ézǎi jiān
Taiwan dan sebahagian Fujian
蚝煎 Dalam Kantonis: hou4 dzin1
Dalam Mandarin: háo jiān
Dalam Hokkien: o-chian
Malaysia dan Singapura
牡蛎煎 Dalam Mandarin: mǔlì jiān kebanyakan kawasan tanah besar China
煎蠔餅 Dalam Kantonis: dzin1 hou4 beng2
Dalam Hakka: jien hao biang
Dalam Mandarin: jiān háobǐng
Hong Kong, Macau dan kawasan berhampiran di Guangdong
蠔仔餅 Dalam Kantonis: hou4 zai2 beng2
Dalam Hakka: hao zhai biang
Dalam Mandarin: háozǎi bǐng
Hong Kong, Macau dan kawasan berhampiran di Guangdong
蠔仔煎 Dalam Kantonis: hou4 zai2 dzin
Dalam Mandarin: háozǎi jiān
Hong Kong, Macau dan kawasan berhampiran dan kawasan berhampiran di Guangdong
蠔烙 Dalam Teochew: oh-luak
Dalam Mandarin: háo lào
dalam Restoran Teochew, contohnya di Amerika Syarikat

Pautan luar

  • Taipei Times (2007-06-02): Oyster omelet the nation's favorite
  • l
  • b
  • s
Hidangan biasa
Melayu
Cina
India
Bumiputera (Sabah dan Sarawak)
Peranakan
Timur Tengah (Arab, Parsi, dan lain-lain)
Serani
  • Ayam ketul
  • Kari
  • Kari debal
  • Shepherd's pie
  • Sup ekor
Siam
Makanan ringan
Kuih dan pastri
Keropok, Kerepek
Kuih
Pencuci mulut
Minuman
Bukan alkohol
Alkohol
Perasa
  • Ikon portal Portal Makanan
  • Kategori Kategori: Masakan Malaysia
  • Senarai hidangan Malaysia