Karipap

Karipap
کاريڤڤ / ايڤوق٢
Karipap.
Karipap
JenisPai, makanan Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianPastri
Tempat asalBrunei, Malaysia, dan Singapura
Kawasan/rantauAsia Tenggara
Suhu penghidanganPanas dan sejuk
Bahan utamaAdunan tepung dan pelbagai inti seperti ubi, sardin, dsb
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Karipap atau Epok-epok merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Brunei, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perisa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan. Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut, yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam. Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa.

Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok[1]. Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil curry puff, tetapi lainnya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap. Juga, perbezaan dari segi pembuatan pastri karipap dan curry puff tidak sama. Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan dipanggil kelim.

Di Indonesia, kuih seperti karipap ini dipanggil pastel[2][3], yang intinya daripada bihun, sayur-sayuran dan daging. Nama pastel berasal dari bahasa Portugis[4][5]. Di negeri Sabah, karipap berinti bihun juga dipanggil pastil[6].

Kuih karipap selalunya menjadi pilihan menu dalam mesyuarat kerajaan ataupun swasta. Biasanya ia disertakan dengan kopi dan teh o panas menyebabkan keadaan mesyuarat rasmi lebih ceria[perlu rujukan].

Jenis karipap

Karipap daging

Karipap daging merupakan karipap berinti daging daripada lembu dengan kentang. Karipap jenis ini merupakan inti karipap yang paling banyak dibuat di Malaysia. Pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang. Inti kentang berlada hitam lebih enak dibuat dengan daging [perlu rujukan]

Karipap ayam

Inti karipap ini ialah daging ayam bersama ubi kentang. Penggunaan bahan perasa serbuk kari lebih bersesuaian dengan daging ayam. Ia juga merupakan pilihan karipap yang sering dimakan sebagai sarapan mahupun di kala waktu petang.

Temosa/Karipap ikan

Temosa dengan sambal ikan.

Temosa atau karipap ikan dibuat sama seperti karipap lain, tetapi ia mempunyai inti asas yang diperbuat daripada ikan yang digoreng kering bersama bawang dan isi kelapa muda. Rasanya lebih berlemak dan tidak pedas.Terkenal di pantai timur, Pahang, Terengganu & Kelantan.

Karipap sardin

Karipap sardin merupakan karipap berinti ikan sardin dalam tin yang kerap digunakan sebagai inti karipap ini di Malaysia. Pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang mahupun karipap daging. Bagi membolehkan karipap jenis ini dicam atau dikenal pasti, kebanyakan karipap sardin dibuat berbentuk jenis panjang ataupun bulat yang berlainan dengan karipap biasa yang berbentuk separuh bulatan.

Karipap pusing

Rupa karipap pusing.

Karipap pusing yang berinti merujuk kepada kulit yang digunakan bagi menghasilkan karipap itu. Kulit karipap ini digelek berlapis-lapis dan akan menghasilkan corak berlapis-lapis yang cantik dan lebih garing. Kulit karipap ini juga lebih garing berbanding karipap yang lain. Intinya daripada keledek atau kentang dan bahan perasa daripada serbuk kari.

Karipap mini

Karipap ini bersaiz lebih kecil daripada karipap yang lain. Kebanyakan isi karipap ini diisi dengan serondeng ikan. Karipap mini juga antara pilihan kuih-muih yang disediakan kepada tetamu pada musim perayaan masyarakat Islam di Malaysia iaitu Hari Raya.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Ragavan, Jane.F (2014-09-29). "Epok-Epok". The Star. Star Media Group Berhad. Dicapai pada 2023-03-02.
  2. ^ Tiofani, Krisda (2021-08-04). "Perbedaan Pastel dan Curry Puff, Camilan yang Bentuknya Mirip". Kompas.com. Kompas Gramedia Digital Group. Dicapai pada 2023-03-02.
  3. ^ Yuharrani, Aisyah (2021-11-16). "Apa Itu Karipap, Pastel Renyah dari Puff Pastry?". Kompas.com. Kompas Gramedia Digital Group. Dicapai pada 2023-03-02.
  4. ^ Azizah, Kurnia (2021-08-21). "Cara Membuat Kulit Pastel Renyah dan Menggiurkan, Dijamin Anti Gagal". Merdeka.com. KLY KapanLagi Youniverse. Dicapai pada 2023-03-02.
  5. ^ A, Wanudya (2022-06-05). "5 Serba-serbi Kue Pastel, Jajanan Lezat Berasal dari Eropa". IDN Times. IDN Media. Dicapai pada 2023-03-02.
  6. ^ Azwa, Nurul (2020-04-20). "Pastil Makanan Tradisi Suku Suluk Sabah, Macam Karipap Tapi Beza Ye!". Mingguan Wanita. Nu Ideaktiv Sdn Bhd. Dicapai pada 2023-03-02.


Wikibooks
Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi
Karipap
  • l
  • b
  • s
Hidangan biasa
Melayu
Cina
India
Bumiputera (Sabah dan Sarawak)
Peranakan
Timur Tengah (Arab, Parsi, dan lain-lain)
Serani
  • Ayam ketul
  • Kari
  • Kari debal
  • Shepherd's pie
  • Sup ekor
Siam
Makanan ringan
Kuih dan pastri
Keropok, Kerepek
Kuih
Pencuci mulut
Minuman
Bukan alkohol
Alkohol
Perasa
  • Ikon portal Portal Makanan
  • Kategori Kategori: Masakan Malaysia
  • Senarai hidangan Malaysia
  • l
  • b
  • s
Hidangan individu
Hidangan bersama
Hidangan Isan
  • Chim chum
  • Kai yang
  • Koi
  • Larb
  • Nam tok
  • Sai krok Isan
  • Suea rong hai
  • Tam maak hoong
  • Yam naem khao thot
Hidangan Thailand Utara
Hidangan Thailand Selatan
Makanan ringan
Pencuci mulut
Pelbagai
  • Budu
  • Sos ikan
  • Hot dog dalam masakan Thailand
  • Beras melur
  • Khantoke
  • Khanom chin
  • Khao chae
  • Kiao
  • Kun chiang
  • Mu daeng
  • Mu kratha
  • Mu yo
  • Naem
  • Nam chim
  • Nam phrik
  • Nam phrik phao
  • Sembilan pencuci mulut Thai yang menguntungkan
  • Padaek
  • Phrik khi nu
  • Pla ra
  • Kapi
  • Shumai
  • Sriracha
  • Nasi
  • Pulut
  • Suki
  • Kari Thailand
  • Ukiran buah Thailand
  • Salad Thailand
Minuman
Lihat juga
Kategori Kategori: Masakan Thailand