Kopi luwak

Kopi luwak
Longgokan biji kopi luwak terkumpul
JenisKopi, penapaian Sunting ini di Wikidata
Tempat asalIndonesia[1]
Bahan utamaCoffea arabica
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kopi luwak ialah sejenis minuman kopi dibuat daripada seduhan biji-biji buah kopi tinjaan luwak; biji-biji ini diyakini memiliki rasa yang berbeza dan tersendiri setelah dimakan dan ditapai dalam saluran pencernaan badan luwak tersebut.[1] Kopi ini diusahakan di pulau-pulau Sumatra, Jawa, Bali dan Sulawesi di Indonesia serta Timor Leste, tetapi ia juga telah disebar kembangkan ke Filipina.[2]

Kemasyhuran kopi ini di kawasan Asia Tenggara telah lama diketahui, tetapi baru menjadi terkenal luas setelah dihebahkan dalam kalangan lingkungan peminat kopi gourmet pada tahun 1980-an. Biji kopi luwak adalah yang termahal di dunia mencapai USD100 per 450 gram.[perlu rujukan]

Kehendak tinggi terhadap kopi langka ini mendesak pengusaha memburu luwak untuk dibiakkan secara haram agar mencernakan buah-buah kopi ini secara intensif dalam sangkar-sangkar yang serba kurang dan sempit dengan bekalan makanan yang kurang sehingga menaikkan kadar kematian luwak-luwak dikurung.[3][4][5]

Sejarah

Wujudnya jenis kopi ini berkaitan dengan penanaman kopi komersil yang digiatkan secara paksa oleh para penjajah Belanda ke atas jajahan kepulauannya pada awal abad ke-18, terutamanya di pulau Jawa dan Sumatera. Baka kopi yang ditanam di jajahan ini adalah biji kopi arabika yag didatangkan dari Yaman.

Pihak Belanda melarang para pekerja "perkebunan pribumi" memetik buah-buah kopi tersebut untuk kegunaan peribadi warga jajahan. Namun, penduduk lokal yang bekerja di kebun-kebun ini akhirnya menemukan bahawa luwak di kawasan mereka gemar memakan buah-buah kopi ini dengan hanya sisa kulit selaput dan biji benih sahaja yang tidak terjejas. Biji-biji kopi dalam kotoran tinja ini dipungut kumpul dan dicuci sebelum diproses sepertimana biji kopi biasa menghasilkan jenis kopi yang tersendiri ini.[6][7] Khabar mengenai kenikmatan kopi aromatik ini akhirnya diketahui oleh warga Belanda pemilik perkebunan juga bahkan kopi ini kemudiannya menjadi kegemaran orang kaya Belanda.

Penghasilan

Kawasan-kawasan yang mengkhusus kepada penghasilan kopi ini adalah seperti berikut:

Penerimaan

Tahap halal

Pada 2010, Majelis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa yang memahamkan biji kopi cernaan ini sebagai "barang terkena najis" (mutanajjis) lalu boleh halal digunakan setelah biji-biji inibdisucikan daripada sisa najis tersebut.[10] Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 turut memutuskan bahawa biji kopi ini jatuh hukum harus atas pendapat sama dengan syarat "keadaan baik" biji kopi tersebut "tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam" serta disucikan terlebih dahulu daripada najis.[11]

Isu keselamatan

Hadiah kopi luwak yang diberikan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono kepada Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd, pada kunjungannya ke Australia di awal Mac 2010 menjadi perhatian pers Australia kerana produk tersebut tidak melalui pemeriksaan ditetapkan pihak kastam Australia terlebih dahulu.[12]

Rujukan

  1. ^ a b Mahendradatta, M.; Tawali, A. B. (2012). Comparison of chemical characteristics and sensory value between luwak coffee and original coffee from China (Coffea arabica L) and Robusta (Coffea canephora L) varieties (PDF). Makassar: Food Science and Technology Study Program, Department of Agricultural Technology, Faculty of Agriculture, Hasanuddin University.
  2. ^ Ongo, E.; Montevecchi, G.; Antonelli, A. (2020). "Metabolomics fingerprint of Philippine coffee by SPME-GC-MS for geographical and varietal classification". Food Research International. 134: 109227. doi:10.1016/j.foodres.2020.109227. hdl:11380/1200548. PMID 32517906. S2CID 216380024.
  3. ^ Milman, O. (2012). "World's most expensive coffee tainted by 'horrific' civet abuse". The Guardian. Dicapai pada 25 November 2012.
  4. ^ Penha, J. (2012). "Excreted by imprisoned civets, kopi luwak no longer a personal favorite". The Jakarta Globe. Dicapai pada 17 August 2012.
  5. ^ Lynn, G.; Rogers, C. (2013). "Civet cat coffee's animal cruelty secrets". BBC News. Dicapai pada 16 September 2013.
  6. ^ National Geographic Travellers Indonesia. No. November 2010. m/s. 44. Missing or empty |title= (bantuan)
  7. ^ Ifmalinda; Setiasih, I.S.; Muhaemin, M. & Nurjanah, S. (2019). "Chemical characteristics comparison of Palm Civet coffee (Kopi Luwak) and Arabica coffee beans". Journal of Applied Agricultural Science and Technology. 3 (2): 280–288. doi:10.32530/jaast.v3i2.110.
  8. ^ JetStar Magazine:Golden Brew Diarkibkan 2011-05-17 di Wayback Machine diakses 22 Mei 2011
  9. ^ Kopi Luwak Lampung. Kompas. 28 November 2010. Diakses pada 22 Mei 2011.
  10. ^ "Fatwa Majelis Ulama Indonesia tentang Kopi Luwak" (PDF). Majelis Ulama Indonesia. 2010. Dicapai pada 25 Julai 2022.
  11. ^ "Siri ke-142: Hukum Minum Kopi Luwak". Irsyad Al-Fatwa. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Jabatan Perdana Menteri Malaysia. 10 November 2016. Dicapai pada 25 Julai 2022.
  12. ^ Sean Nichholls, Jessica Mahar.So you'll pass on the coffee?. Brisbane Times. 12 Maret 2010.
  • l
  • b
  • s
Topik
  • Ekonomi
  • Perdagangan adil
  • Sejarah
    • Hari Kopi Sedunia
Secawan kopi
biji kopi
Pengeluaran
  • Pengeluaran kopi
  • Senarai negara mengikut pengeluaran kopi
Spesies dan kepelbagaian
  • Arabica
    • Kopi Kona
    • Kopi S795
  • Liberica
  • Robusta
Komponen
Pemprosesan
Penyediaan
  • AeroPress
  • Cezve
  • Chorreador
  • Mesin kopi
    • espreso
    • vakum
  • Handpresso
  • Hyper Text Coffee Pot Control Protocol
  • Knockbox
  • Kopi Arab
  • Kopi bru
    • sejuk
  • Kopi dalam tin
  • Kopi espresso
    • doppio
    • lungo
    • ristretto
  • Kopi Turki
  • Kopi segera
  • Senarai hidangan kopi
  • Susu pekat
  • Teko Moka
  • Perahan Perancis
  • Perkolator
Minuman kopi
  • Affogato
  • Americano
  • Bica
  • Bicerin
  • Black Russian
  • Cà phê sữa đá
  • Café au lait
  • Café de olla
  • Café con leche
  • Caffè crema
  • Café Cubano
  • Caffè mocha
  • Café Touba
  • Caffè corretto
  • Café com Cheirinho
  • Caffè macchiato
  • Cappuccino
  • Carajillo
  • Cortado
  • Espresso
  • Flat white
  • Frappuccino
  • Galão
  • Garoto
  • Karsk
  • Kopi ais
  • Kopi cham
  • Kopi frappé
  • Kopi Ireland
  • Kopi likur
  • Kopi luwak
  • Kopi Turki
  • Kopi putih
  • Kopi putih Ipoh
  • Kopi susu
  • Kopi tapis India
  • Kopi Tenom
  • Kopi tubruk
  • Latte
  • Latte macchiato
  • Long black
  • Lungo
  • Marocchino
  • Mazagran
  • Oliang
  • Red eye
  • Ristretto
  • Rüdesheimer Kaffee
  • White Russian
  • Wiener Melange
Senarai organisasi
  • Syarikat kopi
  • Kedai kopi
Gaya hidup
  • Barista
  • Budaya kopi
  • Caffè sospeso
  • CoffeeCon
  • Fika
  • Majlis kopi
  • Merasa kopi
  • Minum kopi
  • Istana kopi
  • Kedai kopi
  • Kedai kopi Vienna
  • Kopitiam
  • Seni latte
Pengganti
  • Barleycup
  • Caro
  • Cikori
  • Inka
  • Kopi barli
  • Kopi dandelion
  • Minuman bijirin panggang
  • Teh barli
  • Postum
  • Qishr
Berkaitan
  • Cawan kopi
    • Demitasse
    • Sarung cawan kopi
    • Tasse à café
  • Gelombang ketiga kopi
  • Karat daun kopi
  • Kopi dan donut
  • Mesin penjual kopi
  • Sudu demitasse
  • Uncang kopi
  • Ikon portal Portal Kopi
  • Kategori Kategori: Kopi
  • l
  • b
  • s
Masakan Indonesia mengikut kumpulan etnik
Am
Acheh
Bali
Batak
Betawi
Bugis dan Makassar
  • Coto Makassar
  • Pallubasa
  • Konro
  • Sop sodara
  • Kapurung
  • Buras
Chirebon
China Indonesia
Jawa
Lampung
Melayu
Maluku dan Papua
Minahasa
Minangkabau
Palembang
Sasaq
Sunda
Timor
Snek
Minuman